Monday, July 11, 2016

7 Years & Still Strong InsyaAllah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas kurnia yang diberikan. Dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

3 Julai 2016 genaplah usia pernikahan Fizzy & Az selama 7 tahun. Allahuakbar kami sambut ulang tahun perkahwinan kami di dalam bulan Ramadhan AlMubarak yang berkat. Actually tak de sambut apa-apa pun kami cuma keluar berbuka dengan family sebelum Ramadhan berakhir. :-)

Alhamdulillah hubungan ini masih kukuh walau banyak badai yang menimpa. Banyak juga suka tawa sepanjang kami menjadi isteri. Terima kasih buat ahli keluarga dan semua sahabat-sahabat yang mengucapkan tahniah dan juga yang telah mendoakan kami. Tanpa doa kalian dan restu Allah kami tetap bertahan hingga hari ini.

Tak pernah menipu diri bahawasanya sepanjang pernikahan ini perkara yang sering dan asyik dipersoalkan oleh orang luar adalah "ZURIAT". Walhal ahli keluarga kami redha dan percaya akan rezeki yang datang dari Allah. Selama Allah belum mengatakan Kun Faya Kun maka tidak akan jadi sesuatu itu. Doakanlah kami, doakan agar kami tidak berputus asa dan berhenti berusaha. Doakan juga kami sabar dan redha akan setiap ujian Allah pada hambanya. Kami tahu Allah menyayangi kami kerana Dia akan menguji hamba kesayanganNya untuk melihat sejauh mana keimanan kami terhadapNya. Dan yang paling penting Allah nak bagi kami masa lebih lagi dalam mengenali hati budi antara kami. Belum tentu 7 tahun nikah dah betul-betul faham tau. Still ada yang kompius. Hik hik hik. Allah tak nak kami merungut bila ada anak nanti kami tiada masa nak faham keadaan masing-masing. Perjalanan yang Allah susun adalah yang terbaik buat kami :-)

Beauty bersyukur dikurniakan Ibu & Ayah Mertua yang amat mengasihi beauty seadanya. Tak pernah sekalipun mereka mempersoalkan perkara ini sedangkan beauty tahu betapa teringinnya mereka menimang cucu mereka sendiri. InsyaAllah Mak & Abah, kalau bukan dari kami mungkin akan hadir cucu Mak & Abah dari adik-adik kami. Amiin :')

Ayah & Bonda dan adik beauty jugak tak pernah berhenti mendoakan kami. Sama-sama berusaha mencarikan alternatif itu dan ini untuk kami. Sanggup meluangkan masa menemani beauty ke sana ke mari demi usaha ini.

Janganlah melihat kami tidak berusaha apa-apa wahai orang luar yang hanya kenal sehari dua dengan kami. Masakan kami ingin memaklumkan setiap usaha yang kami lakukan. Masakan kami perlu mencanangkan setiap titik peluh yang kami buat. Doakan kami. InsyaAllah berkat doa kalian nanti akan ada sesuatu buat kami :-)

Terima kasih buat sahabat-sahabat di pejabat yang teramat beauty kasihi. Mereka tak pernah berhenti memberikan kata-kata positif dan semangat buat beauty. Mungkin ini lah lainnya berada dikalangan para pakar perubatan dan orang yang berpengetahuan dalam perubatan. Beauty jadi bertambah semangat :-)


Eh panjang pulak beauty bebel ni. Padehal nak update pendek-pendek je. Hik hik hik. Perancangan menyambut belated anniversary masih samar-samar lagi. Maybe lambat sikit sebab fulus da yilek buat raya. Miahahahaa.

Doakan jugak beauty rajin hapdet blog bersawang ni selalu k. Huuuuuu :-p

Nah gambar-gambar raya 2016 buat tatapan kengkawan yang rindu beauty yang tak de dalam fb beauty @ instagram beauty k (macam femes je nak rindu beauty kan hihihiii)


 






Haaaaaa still macam pengantin baru kan? Hik hik hik. K bai :-p

No comments: