Wednesday, March 16, 2016

New Work Place. New Environment. Love!

Assalamualaikum.

Lama rasanya beauty tak mencoret segala kisah di sini. Mungkin kerana patah hati sebelum ni dan mengambil masa nak merawat hati sendiri. Tapi jangan risau tiada kena mengena dengan hal rumah tangga atau keluarga beauty. Alhamdulillah hubungan suami isteri masih utuh bersemai dengan kasih setiap hari. Alaaaaa gaduh manja tu ape lah sangat. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ewahhhh ;-p

Ingat tak entry beauty sebelum ni pasal HIJRAH. Ya beauty telah submit surat mintak pertukaran tempat kerja. Alhamdulillah Allah makbulkan doa beauty. Doa orang teraniaya kan :-)

Dalam 2 minggu beauty hantar surat permohonan pertukaran tiba-tiba datang surat tuk beauty kat office. Pergh berdebar-debar masa tu nak bukak. Then bila bukak je sampul surat siap lompat happy tu. Tak kisah dah masa tu di tempatkan kat mana janji ke luar dari lembah hitam. Haaaa gittew. Hik hik hik. Ex boss beauty siap cakap macam terlepas dari sangkar. Hihihihii. Sorry lah bos masa tu buat boss susah hati sebab saya nak pindah ;-) Dapat je surat tu next weeknya patut beauty perlu lapor diri ke tempat baru tapi ex boss beauty mintak kebenaran tuk beauty stay lagi 2 minggu untuk urusan penyelesaian tugas dan juga penyerahan tugas kepada staf yang ambil alih. Dan paling over kan sebenarnya nota penyerahan tugas beauty dah siapkan awal-awal sebelum dapat surat pindah. Kih koh kih koh :-p

Now dah hampir 5 bulan kat tempat baru. Beauty bahagia yang teramat. Alhamdulillah diterima baik oleh kawan-kawan baru. Tak pernah sikit pun rasa disisih dan dijauhkan. Ke mana sahaja bersama. Buat kerja apatah lagi kan. Semua sama-sama. Sampai kalau cuti sehari 2 pun rasa rindu kat diorang. Meriah. Semoga persahabatan ni kekal sampai bila-bila. Walaupun memasing mulut hingaq macam petir gelak sesama mengilai. Miahahahahahaaa :-)


Bawah ni semua dengan kesayangan-kesayangan yang baru beauty cipta kasih dan sayang

We Love Each Other
We Support Each Other
We WORK Together
We EAT Together

Hik hik hik ;-)








Semoga Allah pelihara hubungan kami. Menjauhkan kami dari hasad dan perasaan dengki. Dan limpahkan kasih sayang antara kami. Amiin :-)

No comments: