Friday, March 25, 2016

Beauty Turns 31 :-)

Assalamualaikum guys!

Dah nak ujung bulan 3 baru nak story pasal birthday celebration diri sendirik kan. Hik hik hik. Macam biasa setiap tahun pada 22 Februari tarikh berkenaan akan menginjakkan umur beauty ke 1 angka lagi. Alhamdulillah syukur masih diberikan peluang bernafas atas muka bumi Allah swt ini dan masih diberi peluang menikmati apa yang Allah ciptakan. Dan yang paling utama masih diberi peluang untuk bertaubat. Huk huk huk :')

Tahun ni beauty celebrate birthday awal sikit dengan Wak Piji la kan siapa lagi. Sebab birthday jatuh hari Isnin, pastu kebetulan kami memang ada amik cuti 2 hari nak ke Perlis nanti so batalkan cuti 22 Februari untuk cover cuti ke Perlis. Macam biasa awal pagi dah bangun Wak Piji duk bising-bising kacau orang tido. Di cubit pipi la, di tarik hidung la, di kiss la. Eh! Hahahahahhaa. So bersiap la beauty awal lagi dah keluar. Kami mulakan perjalanan dengan having brunch sebab tak breakfast. Terus melantak Me'nate kat Setapak. Beauty confuse sebenarnya orang lain punya birthday orang lain punya makanan feveret yang dimakan. Hik hik hik. Beauty memang dah request nak mamam lobster tapi on that day lobster tak dapat dikesan dan tak munculkan diri. Yang paling best kengkawan kat FB semua sangat prihatin tag kat beauty mana-mana tempat yang ada juai lobster. I labiuuuu guys! :-*

Lepas dah mamam kat Me'nate kami park kereta kat Pavi dan jalan-jalan la. Jalan-jalan ushar hadiah. Eh! Ushar hadiah la sangat kan. Huuuuuuuu! Jalan macam orang mula bercinta la kan. Wak Piji asik suh posing sana posing sini amik gambar pakai iphone dia. Harap maklum la kan, walaupun suami saya photographer ada masa dia memang malas gila bawak dslr tu sebab nye kita pun faham benda tu berat. Dan kami ni pulak bukan jenis jalan pastu duduk, jalan pastu duduk. Semua jalan dan jalan dan terus berjalan kaki. Memang dari dulu sampai sekarang tu habit kitorang kalau jalan. Yang berbezanya dulu park kete kat LRT naik LRT now terus park kete dalam mall. Wak Piji risau isteri bebel panas. Semenjak tua ni dah tak boleh berpanas sangat. Jalan pun cari kawasan teduh. Hahahahahaha

Ni muka senyum simpul lepas buat muka tak puas hati sebab makan tempat feveret orang lain. Tetap omel kan? Hik hik hik :-p

Dah kenyang mamam kita pi Pavi pulok. Selfie dulu dalam kete sedas. Hehehehe

Haaaaa gambar ni kat area Bukit Bintang. U ols cari lah sendiri tempat dia. Biar korang pun penat jalan cam beauty. Kih koh kih koh

Dah puas jalan kat Bukit Bintang dah tengok-tengok barang dah penat tak tau nak beli apa kat Pavi bagai tak de yang menarik perhatian. So we decide nak gerak terus ke One Utama. Sebabnya beauty kan dapat free ticket from GSC untuk birthday, kat Pavi ticket Ola Bola sold out. Hades! Sampai kat OU pun tiket tinggal barisan 2 dari depan. Tak kira nak tengok jugak! Nasibbbbb OU punya wayang seat depan pun oke. Hik hik hik. 

Muka ada sinyum sebab dapat tiket. So kita coffeeing dulu kat Toast Box mamam roti dap dap ;-)


Dan paling tak sangka kebetulan barisan pelakon Ola Bola ada kat sana. Nak celebrate birthday beauty jugak lettew! Miahahahahaha! Diorang munculkan diri masa kami dah nak masuk hall. :-p So im the most happiest person on that day. Tq shuben! Tq guys! ;-)

Hoyehhhhh!!!! Ko ade?? Miahahahhaa

Muka happy dapat gift walaupun sticker jek. Hahahahha


Lepas habis tengok wayang yang sampai nangis-nangis sedih dan lawak tu. Kami berdua decide nak pi dinner kat Uptown Hawkers. Roger la jugak teman-teman lepak bff kesayangan. Dan 4 org dapat jumpa malam tu. Macam biasa Ray & Nurul dan Wanie & Pian. Lepak minum, makan dan gosip. Macam biaseeee! Hik hik hik. Dan paling tak sangkaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

 Sayang-sayang bawak cakeeeeeeeeeeeeeeee! Huwaaaaaaaa happyyyyyy! Sayang korang sangat-sangat. sempat je tau. ;-)


Untuk tidak menghampakan isteri kesayangan. Ewahhhhh! Wak Piji telah membawa beauty untuk menunaikan kemengidaman lobster beauty keesokan harinya after work. Wuuuuuuu! Yommanyak kat suami yang ohsem! :-*

 Tak jauh pun kami pi Manhattan kat Pyramid je depan rumah. Hehehehe

Can u see the most excited face there? Hahahaha

Dan sebenarnya Manhattan pun baru je ada menu lobster ni. Sebelum ni udang besar sikit tu je :-)

Weeeeeeee! Happy face sangat. Senyum sampai telinga. Jangan tak tau beauty habiskan lobster je. Makanan lain suami yang habiskan. Nasib la dia kan. Hahhahahaha

Thank you so much my super ohsem husband. :-*

Maka tercapailah hajat beauty untuk mamam lobster buat pertama kali. Yes 1st time! Sebab beauty faham kitorg bukan orang senang nak makan benda-benda macam tu selalu. Selalu kitorang detim makan ayam penyet jek. Bahahahahah ;-)

Dan palinggggggg ohsem! Beauty disurprisekan dengan hadiah 

*

*

*

*

*

Taraaaaaaa...... After a month waiting for the present.... Menduga hati dan perasaan betul.... Hik hik hik... Suami kata ni je dia mampu. Ya ampun ni pun dah bersyukur sangat-sangat.... Sebab katanya sian isteri pakai iphone 5.... Bluwekkkkk. Hahahahhahaaah


Maka sekianlah kisah hari lahir beauty.... Terima kasih tak terhingga buat Keluarga, Sahabat dan semua yang wish beauty dan doakan beauty.... Allah sahaja dapat balas kebaikan kamu semua... Beauty sayanggggggg sangat kat semua... Muahhhhhhh!!! :-* Sehingga bertemu lagi di lain post... Hik hik hik

No comments: