Thursday, October 22, 2015

The H - Hartamas

Assalamualaikum chuols... Ewah ewah... Kemain nak chuols2 kan... Hik hik hik

Hari ni disebabkan mata dah juling mengadap senarai student so kita cuci mata dan otak untuk satu entry my beloved blog la eh...

Beauty nak cerita pasal port lepak beauty & friends now days... Memang kalau dalam seminggu tu kalau tak datang sana memang terbayang-bayang la makanan-makanan yang ada kat sana hik hik hik... Port baru kitorang kat medan selera The H Hartamas... Untuk orang-orang yang dah biasa kat Hartamas ni sedia maklum memang tak de kedai melayu untuk dijadikan tempat makan dan port lepak... Makanya bila The H ni ada kawan beauty inform dan ajak cuba makanan kat sana... Masa tu The H ni baru sangat bukak... Dia tau awal dah tentu rumah dia kat depan The H je kan... Hik hik hik

So far makanan yang menjadi ulangan kat sana yang menepati tekak kami Ayam Golek, Steak, Nasi Lemak Ayam, Gorpis, Char Kueh Teow, Bubur, Pasta, Laksa telur puyuh (ni kene mintak limau & cili lebih baru ummpphhh sikit), dessert orang arab buat dan ada satu kedai chinese goreng-goreng seafood kat situ yang Wak Piji selalu order siput buluh berlada dia... Semua harga memang affordable... Dah la sedap sesuai lak ngan harga... Pastu now dah ada screen besar bagai port tengok bola & motogp... Motogp dah tentu sebab jadi port Ducati kat situ... Artis-artis pun dah ramai yang tahu & lepak situ... :-)

Malam tadi pun beauty & friends lepak sana sebab nak meeting kan... So kalau xde arah nak makan luar situ la jadi port kitorang... Mih mih mih

 Muka sememeh pun tak pe lepak macam kedai depan rumah je... Hahahaha

 Ni kali 1st kami ajak Aida join makan sini... Now dia pun dah melekatssss... Hik hik hik

 Masa ni beauty single Wak Piji pegi kelas editing... Hik hik hik

 Laksa ni not bad... Macam beauty kata kene tambah limau & cili api bagi dia power sikit bila nak makan... Hehhehee

Ni ayam golek yang memang sodappppp! Murah RM13.90 sahaja untuk suku ayam macam ni... Macam KRR! :-) Abang yang jual tu memang ingat muka kitorang yang regular customer ni... Mashed potato wajib amik 2 sebab Wak Piji suka rembat mashed potato beauty... So biarkan dia makan seketul beauty punya seketul... Hahahhahaa... Gravy mintak extra pun tak de extra charge... Semoga murah rezeki abang ayam golekkkk... Hik hik hik

Gambar-gambar makanan lain tak pernah lak ambik sebab tau mentedarah je sampai licin.... Tak ingat nak amik gambor... Cuba lah korang lepak sana sekali sekala... Hartamas tu memang sini je yang banyak kedai makan melayu... Lain semua mamak & cafe2... Tak lalu la kan asyik nak lepak cafe bukan kayo sangat punggggg! Kih koh kih koh

Ok dah habis cerita... Dah boleh mintak komisen kat The H sebab jadi promoter diorang... Bahahahhaaa... Nanti kita cerita tempat makan lain pulak ;-)

Before korang click X kat kanan atas tu ni budget photo booth yang beauty buat job last week... Siapa mau boleh lawat instagram miszbeautycandylicious ushar-ushar oke... Muaaaacckkksss! :-*

No comments: