Tuesday, October 06, 2015

Majlis Malam Gala Filem JWANITA

Assalamualaikum....

Dengan rendah diri beauty ingin bercerita tentang kisah seram yang terjadi pada beauty, Wak Piji, adik & adik ipar beauty... Hik hik hik :-p Draft semalam cerita ni untuk auto publish hari ni sebab takut terlupa. Hehehehhe

Still throwback story la kan sebab dah lepas dalam 3 minggu lebih... Kalau takat lepas sehari dua tak berapa nak throwback sangat... Miahahahhaa :-p

21 September 2015 yang lepas beauty & husband serta adik beradik attend jemputan Majlis Malam Gala Filem Jwanita... Actually beauty punya kawan yang bagi jemputan ni... Dengar Bront Palarae & Maya Karin terus accept je la tanpa banyak cerita kan... Ujung-ujung nak pegi baru search filem Jwanita tu filem apa. Hahahahahaa. Lepas tu tekejut monkey la bila tau cerita seram kan. Dah la tak suka cerita seram ni sebab confirm asyik tutup mata. Mih  mih mih :-p Adik beauty Wawa Da Veronica adalah orang paling happy antara kami bertiga sebab dia sorang yang paling suka cerita hantu dan seram ni :-p

So pada tarikh yang dijanjikan kami bergerak ke Nu Sentral la untuk attend. Mula-mula nak naik train je bagi mengelak jem tapi cancel sebab si adik-adik beauty lambat siap. Ades! Nasiblah Wak Piji tau banyak short cut sana sini dan kami sempat sampai sebelum majlis bermula. Dan paling best sempat makan masa sampai. Makanan dah la sedap-sedap. Dessert pun sedap-sedap. Masing-masing tengah lapar lak tu kan sebab pas balik keje terus bersiap. :-p

 Majlis dah start sempat tarik Marsha bergambar ngan kami dulu sebelum dia naik atas pentas balik. Hik hik hik

Comel, cantik dan sweet sangat Marsha ni. Tak sombong dan very simple ;-)
 Barisan pelakon dan pengarah

 Happy faces sebab dapat 1 hall dengan all the stars :-D

 Seat pun very comfort rasa nak taido... Hahahha

 :-)

Ni retis gak tapi lupa nama dia apa. Ramah sangat and lawak. Hehehhee

Lepas movie bergambar lagi dan YES! Dapat Bront! Sedih Maya je tak dapat sebab dia busy kene interview :')

 Soo Winci (sorry if salah eja nama)... Cantik dangat dan tinggi lampai... Si adik dah pakai 6 inch pun still tak dapat sama tinggi dengan dia... Hik hik hik

My BIL Fendi with Bront! Kemain suka org kata kembar Bront! Hahahhaa :-p

Dapat culik Amani jugak :-D

 Kecik nau dia. Rambut cantik!

Nadiaaaa! I love your acting in CUN :-*

Last but not least. My sweety Nor. Thanx syg sebab sudi jemput akak. Jangan serik jemput lagi ya. Muackkkssss :-*

You guys memang kene pi tengok cerita Jwanita ni if belum tengok dan if masih ada i pawagam. If tak de sila beli kat astro first sebab takkan rugi. Sebab cerita dia tak macam cerita hantu or cerita seram Malaysia yang lain. Confirm takkan tertido macam kami tengok cerita Hantu Kak Limah sedar-sedar dah habis cerita. Hahahahaaa. Adik ipar beauty depress tengok Jwanita ni for 2 days. Hamik kau penangan. Beauty tak berapa depress sebab sempat tutup mata bila adengan yang boleh menyebabkan beauty terbayang berbulan-bulan. Bahahahhahaa. Walaupun tutup mata still terkejut. Dengar Maya Karin menyanyi pun dah meremang bulu roma. Marsha belakon best! Watak orang gaji tapi very mantops! Watak sampingan lain pun bagus like Umie Aida. Hidup sangat! Sepanjang movie berjalan kami duk kira berapa lama lagi cerita ni nak habis sebab dah sesak nafas tunggu adengan lain nak keluar. Hak hak hak. Thumbs up atas kejayaan memperbaharui dan meningkatkan lagi kualiti filem melayu kepada penulis, pengarah dan penerbit. Thanx for the good movie :-)

No comments: