Thursday, October 15, 2015

Keputusan Nekad - Hijrah

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga semua yang membaca blog beauty dilimpahkan dengan rahmat Allah swt.

Beauty tak de cerita best nak story mory kali ni cuma sempena dengan Maal Hijrah tahun baru kalendar Islam tahun ni beauty dah nekad untuk mendapatkan pembaharuan. Hari Isnin lagi beauty dah ke pejabat pendaftar untuk menyerahkan surat permohonan pertukaran penempatan kerja. Itupun setelah surat pertama yang beauty mohon tandatangan bos besar di tolak pada awalnya. Bos mintak beauty bersabar dan menanti. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Beauty boleh bersabar dalam banyak perkara kalau orang tak sentuh privacy dan hak peribadi beauty. Jadi setelah buat rayuan kepada bos sampai hilang malu berlinang air mata, dengan berat hati bos tandatangan jugak surat permohonan beauty. Ini yang terbaik buat beauty. Kita perlu jaga hati sendiri dari asyik memikirkan hati orang lain. 5 tahun lebih beauty bersabar dan buat tak tahu dan kesabaran tu dah dipecahkan bentengnya oleh manusia berlidah haiwan.

Beauty bersyukur dikurniakan bos yang memahami. Yang cuba menenangkan beauty disaat beauty sedang amarah, yang cuba menasihati beauty cuba mengambil semua dalam keadaan yang tenang. Tapi apakan daya beauty kalah dengan perasaan sendiri. Dari beauty terus menerus berdendam dan biarkan mereka berdosa dengan lidah haiwan mereka baik beauty mengundur diri. Berundur tak bererti kalah. Berdiam adalah lebih baik dari berkata-kata. Allah ada, sekarang pun dah ditunjukkan kebesaran Allah terhadap mereka. Beauty jugak bersyukur mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga. Serta bersyukur mendapat sahabat-sahabat yang berusaha menceriakan hati beauty dari mengenangkan keadaan di tempat kerja sekarang.

Sekarang ni beauty hanya menanti surat untuk dipindahkan je. Paling awal sebulan dan paling lewat mungkin tahun baru 2016. Tak kisah ke mana-mana asal beauty dapat suasana baru yang lebih menenangkan. Kerja banyak tak pe asal jangan mulut manusia yang banyak. Dah penat beralah. Dah penat cuba bersikap positif tapi bukan senang untuk berhadapan dengan manusia yang tak pernah sedar diri.

Semoga Allah permudahkan urusan beauty di dunia ini. Demi kebaikan, demi masa depan beauty. Dan semoga Allah menyedarkan mereka-mereka ini suatu hari nanti dan mengampunkan segala dosa mereka terhadap beauty.


No comments: