Monday, October 05, 2015

Fizzy Ilham Birthday Celebration - 2015

Assalamualaikum semua....

Huwaaaa lama tak jenguk sini. Kalau jenguk pun baca entry sendiri je sebab tak sempat nak update. So dari jadi bersawang untuk bulan-bulan seterusnya better beauty update satu throwback story dulu. Mih  mih mih ;-)

Macam biasa setiap tahun mestilah sambut birthday suami kan. Dan untuk tidak hilang memori berkenaan dan tidak hilang gambar-gambar berkenaan baiklah beauty simpan di blog picisan ni untuk carian di masa tua. :-)

Bulan Ogos yang lepas adalah birthday Wak Piji yang ke 35 tahun. Oh yes! Dah tua suamiku itu. Kih kih kih. So macam tahun-tahun yang sebelumnya kalau birthday atau anniversary jatuh pada hari biasa kami berdua akan ambil cuti untuk meluangkan masa bersama. Cuma birthday beauty hari tu je Wak Piji tak dapat ambil cuti sebab dia baru je memulakan kerja dia di tempat yang baru. So as a new staff mestilah ada tempoh percubaankan. So beauty sebagai isteri yang baik (ceeewaaahhhh) perlulah memahami keadaan dia. Hik hik hik


Sambutan birthday Wak Piji yang lepas kami tak de bercuti ke mana-mana pun memandangkan ambil cuti sehari je. So kami bercinta memadu kasih beromantik di sekitar KL je. Dari pagi sampailah ke malam. Dan dah tentu gambar-gambar sepanjang hari birthday tu kawan-kawan insta kami terpaksa menahan kemeluatan (jika ada) sebab news feed penuh gambar kami. Hahahahah :-p Tapi nak jugak update kat sini sebab kalau dalam instagram nak scroll balik gambar-gambar lama memang jenuh la kan kalau dah ada beribu riban gambar. Hahahahhaaa. Kat dalam blog senang cari sebab ada labels kan ;-)

Pagi-pagi both husband & wife dah bangun. Kemas rumah dulu. Beauty kemas rumah dan Wak Piji kemas rumah kucing-kucing dia. So lepas kemas semua siap-siap kami terus keluar. Menuju breakfast dulu lapik perut kat area Wangsa Maju sebab Wak Piji nak beli makanan dan pasir anak-anak bulus dia dulu sebelum kami lunch. Pilihan makanan untuk sambutan birthday dia kali ni dia request nak makan Me'nate Steak. As per request beauty on je la sebab beauty pun teringin nak makan kat situ. Hihihihiii ;-) So jom la kita layan gambar. Mohon maaf kepada kengkawan yang dah tengok gambar-gambar kami ni dekat insta ye ye ye. ;-)


 Bam bam husband & wife :-) *Wak Piji with his 1st birthday present. Adidas Sweater*

His 2nd birthday present *A ring that replace his wedding ring yang dah tak muat. Hahahahah*
Kami pilih Me'nate kat Danau Kota sebab senang tak sesak. Hik hik hik

The menu

Sesi memilih lamb lamb lamb! Wot! Wot!


Hari lahir dalam bulan kemerdekaan so tema kita jalur gemilang. Kah kah kah

Tadaaaaaaaaa! Yummeh sangat ni.... Tengok gambar ni terliuq ceq aihhhhh :-D

 Siyes sedap sangat kot. Daging dia lembut, tak payah makan pakai gravy pun dah sedap. Tak faham acaner Azwan Ali mak enon duk kutuk padehal dia sendiri tak pernah rasa. Setakat nandos tu alahaiiiii sodap laie hat ni noksss :-p

Lepas dah kenyang mamam kita jalan-jalan kat Bukit Bintang.. Lets! ;-)
US :-)

 My Hubby bubbly bubble bumble beee. Hik hik hik

Dah penat pusing dalam Pavi. Jom gerak tempat lain sebelum orang balik keje habis jem :-D

Jalan sikit dia suh amik gambar jalan sikit dia suh amik gambar :-p

Lepas tu dia suruh amik dalam kete...

Dan lagi sebab tengah tunggu traffic light hijau. Hahahahhahaa

Lepas tu Wak Piji bawak beauty pegi sini untuk posing-posing. Beauty pulak yang diseprais nye. Dah kompius dah birthday sape sebenarnya nih. Dengan dia dia gelak beauty cakap gitu. Hahahahaha

Aihhhh sukanya buaian nih... Tak sabar nak ada kat sendiri kat rumah buaian ni. :-)

 
Namo jeles oke gambar loving loving. Hik hik hik

InsyaAllah ujung bulan ni buaian yang di pre-order sampai rumah.... Nanti beauty update kat sini... Hik hik hik

 My Man :-*

Happy us ;-)

Model ucuk suami :-p

 Oh melting! Hahahhahaha

 Budget model padehal bam bam sangat! Hahahahha

 Beauty lagi. Haih memang kompius birthday sape sebenarnya dia asik amik gambar kita. Kat dalam Go Pro lagi banyak tau. Ni beauty amik random je. Hehehhee
Lepas dah habis posing kami terus ke The Curve untuk dinner :-)


Dan last check point kami One Utama untuk tengok movie. Yeyyyyyy!
Alhamdulillah... Selesai sambutan hari lahir suami kesayangan..... Lepas dah seharian berdua-duaan penutup kami lepak kat hartamas dengan sahabat-sahabat tersayang... :-) Oh! Ada 1 lagi birthday present yang diorder suami yakni Jam Tangan. Jam lagi! Hahahahahhaaa. Sabor je la. :-)

Buat suami yang dikasihi... Happy belated birthday sekali lagi after 2 months celebration... Isteri sayang suami sangat-sangat walaupun suami selalu cubit pipi isteri sampai sakit sebab geram... :-p Sebelum beauty akhiri coretan kali ni, beauty persembahkan video amatur yang beauty buat sempena birthday Wak Piji yang menyebabkan ramai kengkawan beauty nangis dan Wak Piji pun suka. Hehehehee ;-) Happy watching guys! ;-)




No comments: