Monday, July 06, 2015

6 Years and counting...

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT... 3 Julai 2015 yang lepas genap 6 tahun beauty menjadi isteri kepada suami beauty Fizzy Ilham...

Beauty dah update kat instag terus ke FB... Blog je lambat sikit sebab busy dengan majlis berbuka puasa... Minggu lepas je start dari jumaat sampai ahad fully booked... Alhamdulillah atas rezeki Allah :-)

Bawah ni ucapan beauty buat kekasih hati... Orang lain baca sebak... Beauty yang karang tak tau pulak berjuraian air mata kan... :') 


Tahun ni memandangkan anniversary kami jatuh bulan Ramadhan Al Mubarak dan majlis berbuka puasa berderet menanti maka kami sambut anniversary ala kadar buka puasa ngan kengkawan... ;-) 3hb tu berbuka puasa dengan kawan-kawan photog team The Asmble, 4hb majlis berbuka dengan kengkawan skuter ego nuovo dan semalam 5hb berbuka dengan family kat Bangi,,, Alhamdulillah anniversary kami dikelilingi dengan keluarga dan sahabat handai... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh celebrate kemudian kan... ;-) Beauty pun hadiahkan Wak Piji hadiah murah-murah je tak de special sangat... Kewangan tak mengizinkan kene berjimat cermat nak raya... Hik hik hik :-p


 Pict ni masa nak pi berbuka 3hb...

 Ni pulak masa nak pi berbuka 4hb... ;-)

Ni pun 4hb dekat restoran De Ja Vu, KL

Alhamdulillah beauty bahagia dengan Wak Piji... Bercakar bergusti mesti ada adat rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit kan... Ni kan pulak couple brutal macam kitorang... Bak kata kengkawan brutal naik skuter pi lepak pun sorang sebijik dah macam kengkawan... Hik hik hik... Kene brutal sebab kalau serius sangat dan lembik sangat nanti boring... Kita nak hidup bersama bukan setahun dua... Tapi hingga hujung nyawa dan kalau diizinkan hingga syurga.... Amiin,.. Segala badai macam yang semua orang gembar gemburkan dalam fasa 5 tahun pertama perkahwinan kami dah tempuh... Dan kami cuba bersedia untuk hadap segala benda bersama insyaAllah.... Semoga Allah menguatkan ikatan kami suami isteri dan memberikan kami kesabaran dalam menempuh segala suka dan duka... :-)

Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kami.... Berkat doa kalian lah kami masih berdiri teguh bersama hingga ke hari ini... Buat Wak Piji kekasih hati... Jangan pernah berhenti menyayangi dan mencintai diri yang tak sempurna ini... Isteri sayang suami selamanya :-*




No comments: