Thursday, June 11, 2015

Henna Designer....

Assalamualaikum....

Oh hello! Sebelum apa-apa nak inform beauty belum taraf  nak jadi henna designer lagi... Sebabnya beauty sendiri masih terkial-kial buat henna inspired by any pictures yang ada dalam hashtag instagram... Alhamdulillah ada lah dikurniakan sedikit bakat nak menconteng... Dari sekolah suka lukis-lukis ni cuma confident label tak tinggi... Tu sebab tak ambil subjek lukisan masa kat sekolah... Hahahhahaaa. And for now suka sangat buat henna atas tangan orang... Tapi harap maklum lah memang semua yang diconteng tu adalah tangan saudara mara je... Belum boleh nak risiko kan bakal-bakal pengantin dengan henna yang beauty buat... Even ada kakak yang buat henna tu cakap beauty boleh buat beauty just cakap insyaAllah 1 day tapi bagi beauty training lama sikit... Plus beauty pun busy ngan candy buffet lagi kan... Cuma apa beauty boleh kata now dah makin cekap dan laju dari dulu terhegeh-hegeh... Hahahahhaha... Tak pe lah puji diri sendiri sebab sape lagi nak puji diri kita kan... Hahahhahaa....

Ada la beberapa henna designer yang beauty kagum sebab buat penuh gila kat tangan orang dan sama pulak tu kiri kanan... Kalau beauty buat confirm mesti ada yang terkecik terbesar... Dan orang paling redha terima lukisan kecik besar beauty itu adalah bonda beauty la... Kah kah kah... Mana tak nya pantang nengok muka beauty dia da standby dah henna nak suruh beauty buat... Bonda beauty memang paling suka pakai inai... Dari dulu sampai sekarang... Kalau boleh kaki-kaki sekali nak pakai kalah pengantin :-D

So lets tengok henna yang beauty dah buat... Jangan kutuk tau if tak cantik... Amatur kan... :-)

 Ni design latest. Malam tadi beauty buat. Beauty pusing sikit je dari design asal... Ada budak tu pantang tengok beauty kusyuk buat satu benda dia pun kat situ la nak duduk... Boleh dia duduk atas hp beauty tengah tengok design masa tu... Hik hik hik

 Ni tangan pengantin minggu lepas. Cousin beauty punya wife. Risau nak buat tapi dia yg beria suruh dan mintak design ni. Nasib dia suka. Excited lak tu. Huhuhuu

 Ni macam biasa la tangan bonda. Dia yang cari design ni. Kan beauty cakap sebelah kecik sebelah besau. Hahahhaha

 Ni tangan beauty sebelum buat design sekarang.. Inpired from mak arab mana tah punya gambar... Hik hik hik

 Ni dah lama... Beauty google pastu conteng kat tapak tangan... :-D

 Ni kengkawan office beauty... 3 orang sekali nak design yang sama... Inspired Scha Alyahya punya henna masa dia kawen... :-D

 Ni cousin beauty punya tangan... Buat masa abang dia si Hazim kawen... Design ni ilham dari kawan beauty punya Sasha... Cousin beauty pi godek-godek gambar kat insta beauty dia pilih yang ni... Tq Sasha... Ur the talented one ;-)

 Ni tangan beauty sendiri masa Hazim kawen... :-D

Ni tangan Aunty beauty pun masa Hazim kawen...

Ikutkan hati nak je conteng tangan & kaki Wak Piji jugak... Hahahhahaha.... Tapi apakan daya lelaki tak boleh pakai inai... So you guys! Wish beauty luck eh untuk training sampai profesional... Nanti boleh beauty bagi harga kasih sayang buat henna you all... Hahahhahahaa...

Sekian dari beauty.... Tataaaa :-*

No comments: