Thursday, June 18, 2015

Family BBQ Before Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan guys!


Ha biasa lah blog beauty nih tajuk entry je mat saleh celup. Entry nya tetap menggunakan bahasa rojak. Cuma tak tau rojak mee, rojak biasa atau rojak special letak ayam. Eh! Pose laaaaaaaaaaaaaaaa. Kang terbayang susah pulak. Hahahahaha

Actually beauty nak buat entry nih dari hari Isnin lagi tapi kekangan masa (ewaaahh) menjadikan tertangguh sampai la hari ni. Ni pun update blog sebab mata stim gila sebenarnya dan beauty perlukan sesuatu untuk segarkan mata beauty balik. Maklumlah 1st day puasa awal gila bangun masak lauk bagai nak hidang untuk sahur. Mih mih mih.

Sabtu lepas bersamaan 13 Jun 2015 bonda beauty hantar whatsapp kat beauty tanya Sabtu ada pi mana-mana tak. Beauty memang tak de plan ke mana pun cuma on that day ada job candy buffet kat Puchong. So dia kata nanti after habis job balik Klang rumah ayahanda sebab family nak buat BBQ. Okay roger that! Rasa bersalah sebenarnya nak datang makan je tapi apakan daya customer punya pasal dan bonda pun sangat memahami jadi memudahkan dan melegakan hati beauty. Tambahan pulak customer sangat happy dengan hasil persembahan candy buffet beauty hari tu. Alhamdulillah :-)

So habis je collect barang-barang after selesai majlis hari jadi anak customer beauty & Wak Piji terus gerak ke Klang dari Puchong. Alhamdulillah traffic menyebelahi kami but still sampai after maghrib. Nasib belum start bakar ayam or what ever bahan yang nak dibakar tu sebab abang beauty baru start bakar arang. So kami pun biarkan abang dan Wak Piji uruskan acara membakar sambil kami menanti untuk makan je. Hik hik hik.

Untuk BBQ last week, bonda jemput sekali semua besan-besannya untuk turut serta makan. Eh macam banyak sangat je besan kan wal hal ada 2 je. Hik hik hik. Alhamdulillah mak & ayah serta adik Wak Piji datang memeriahkan majlis. Adik ipar beauty si Fendi pulak datang dengan parents dia dan adik perempuan dia. Adik ipar bongsu beauty ada game futsal and balik lambat so tak dapat join. Adik lelaki si Fendi maybe kerja sampai malam. Menantu-menantu ayahanda & umi yang lain (akak ipar & abang ipar tiri beauty) pun turut serta jugak. So meriah lah rumah ayahanda. Bonda & ayahanda pepagi dah ke pasar borong katanya beli ayam, ikan, kerang dan lain-lain untuk dibakar. Umi kat rumah sediakan kuih muih (buat kat kedai katanya. hahahhaha) . Bonda ada masak lauk jugak untuk dimakan dengan nasi. So memang kenyang bebenau lah kan. Hik hik hik. Yang tiada dalam ini cerita adalah adik kesayangan beauty Pn. Wawa sebab dia berada di Jepun berholiday dengan kengkawannya. :-D So pict yang ada tu je la yang dapat menghiasa entry kali ni sebab kami busy makan dan bersembang. Hik hik hik

Ni lah job candy buffet yang beauty selesaikan sebelum ke rumah ayahanda. :-)

 Yang ni pulak model suka gigit orang kemain garang tak boleh cuit. Menggaru sampai tersentil-sentil lidah. Hahahahah :-p

 Muka tetap comel macam budak padehal tengah bunting tah anak siapa. Kemain dia. Hahahahhaha (beauty memang suka kucing-kucing color macam ni. Tom beauty kat rumah pun color gini. Hik hik hik)

 Abang tengah gigih hidupkan bara api.... Baraaaaa yang panas membaraaaaaa. Awieeee! :-p

 Wak Piji baru sampai tengok-tengok makanan apa ada. Kecewa la tu lamb tak de. Ha siapa suruh tak beli dah tau kita berdua je makan lamb. Hik hik hik

 Lek lek dulu before mulakan tugas

 Bonda & Ayahanda :-*

 Ni family in law Pn. Wawa. :-)
 Ni abah mentuo den & adik Wak Piji. :-D

Dah kenapa muka si Fendi gitu? :-p

 Cucu-cucu ayahanda & anak perempuannya Kak Wanie :-) Harap maklum masa amik-amik gambar ni mak mentuo den & umi busy kat dalam bilik tengok pemenang pelamin fantasia kahwin. Hik hik hik

 Bakar jangan sampai rentung Wak! :-p Sampai merah-merah mata.

Dah kenyang semua tadah tangan bagi beauty buat inai. Pffft :-p

Alhamdulillah semua berjalan lancar beauty mewakili ayahanda dan bonda ucapkan terima kasih pada semua yang hadir (macam la orang luar yang datang. ;-p) Semua mak mak dah merengek suruh beauty charted chalet nak buat bbq tepi pantai tepi air terjun katanya dah lama tak picnic. Baik lah bonda-bonda sekalian. Lepas raya ok. Anakanda mu ini tak berkesempatan awal-awal tahun hari tu. Hik hik hik

So tamat sudah kisah sebelum puasa. Hari ni bermula dengan sahur sardin + kentang masak kicap dan telur dadar dan jugak sambal meletop. Kemain berselera dua laki bini. Berbuka tak tau lagi kemana hala tuju masih menanti confirmation dari bonda. So you guys, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dengan kita memperbanyakkan amal ibadat dari yang sebelumnya. InsyaAllah. Jumpa lagi di entry akan datang. Wassalam ;-)

No comments: