Monday, June 01, 2015

6.15 a.m.

Assalamualaikum....

Have a great Monday guys! Haaaaa beauty untuk seminggu ni memang perlu keluar rumah macam tajuk berkenaan yakni 6.15 a.m. Kenapa awal gila? Beauty perlu hantar Wak Piji ke pejabat sebab motor dia rosak dan 2 lagi motor kat bengkel tak sempat nak ambil memandangkan Sabtu dia ada shoot wedding dan ahad bengkel tutup. Bengkel pulak hari biasa pukul 6 petang dah tutup. So hari ni kami mulakan rutin keluar rumah pukul 6.15 pagi bagi mengelakkan tempuh jem. Ye lah Wak Piji punya pejabat kat Damansara haru kalau keluar rumah pukul 7 pagi. Pukul berapa pulak beauty nak sampai pejabat beauty kan. So hari ni beauty pun sampai awal tanpa menempuh sebarang kesesakan. Alhamdulillah. Nasib baik jugak beauty tak perlu jemput dia time balik kerja sebab ada kawan yang sudi tumpangkan dia untuk seminggu ni dan kawan tu pulak memang duduk depan blok rumah kami je. Harapnya tak de lah menyusahkan dia. :-)

Seronok sebenarnya pi kerja sekali ngan suami ni. Selalunya siap nak pi kerja je pagi-pagi je sama-sama. Pastu berpisah sorang naik kereta sorang naik motor. :') So hari ni boleh sembang-sembang dalam kereta sementara nak sampai ke Damansara membincangkan isu semasa. Ewaaahhhh! Dan juga terapi untuk beauty di pagi Isnin sebab lately mood nak pergi pejabat ke laut. Jadi bila awal-awal pagi dah sembang seronok ngan suami jadi semangat nak pi kerja. (selalunya sembang ala kadar je sebab masing-masing busy menyiapkan diri nak pi kerja. hik hik hik)

Harap sangat dapat pergi kerja sama-sama hari-hari tapi memang tak kan dapat lah kan memandangkan sorang kerja utara sorang kerja selatan. Melainkan company Wak Piji kerja pindah pejabat kat area sini tu pun jangan nak berangan tah bila la kan. Branch je banyak la company tu tapi department Wak memang kat HQ je. Tu pun katanya tengah kemas-kemas nak pindah tempat kat PJ. So lepas ni lagi dekat la dia nak pi kerja. So boleh lah beauty mintak transfer ke PJ jugak kan? Ye lah UPM ada cawangan kat PJ. Boleh gi kerja sama-sama nek vroom vroom. Ngeh ngeh ngeh. Boleh dipertimbangkan tu. :-)

Oke lah sayang semua. Beauty stop sini dulu. Saje habiskan waktu sementara nak tunggu waktu bekerja mula pukul 8. So sempat lah berceloteh sikit. Tataaaa :-D

Nah cuci mata gambar beauty dan Wak Piji masa outdoor member kami kawin. Diorang yang kawin kami yang beria posing. Hik hik hik ;-)




2 comments:

Puan Jiha said...

mcm pengantin baru

misz beauty said...

feeling feeling penantin baru je yang. heheheheee