Friday, May 01, 2015

Tawar Hati

Assalamualaikum.

Tawar Hati.... Dalam erti kata lain Jauh Hati, tak nak ambil tahu, tak de minat atau tak de semangat... Hurmmmm...

Beauty jarang update entry mengeluh macam ni.... Kalau ada pun entry marah yang masa tu dah tahap maksima agaknya.... Itu pun kemarahan yang tiada berkaitan dengan hubungan suami isteri atau keluarga yang dikasihi.... Yang ada cuma keadaan diluar.... Ye lah tak elok kan kalau kita cerita masalah rumah tangga kita umum kepada masyarakat... Berkali-kali ingatkan diri jangan sampai update status yang buat orang tahu masalah rumah tangga kita... Kalau yang macam tu kita belasah dalam whatsapp atau sms je.... :-D

Beauty tak tau nak cerita macam mana.... Beauty tawar hati dengan beberapa perkara.... Antaranya urusan kerja dan persahabatan.... *sigh*

Kita mulakan dengan kerja.... Beauty adalah orang yang paling tak kisah bila berhadapan dengan kerja yang banyak... Serius memang tak kisah... Tapi bila berhadapan dengan suasana yang menjengkelkan beauty kalah... Dan tak tau nak describe menjengkelkan tu dengan erti kata lain yang ada dalam hati ni.... Mengadu dengan suami teresak-esak... Mengadu dengan keluarga pun teresak-esak... Beauty rasa inilah kali pertama beauty berperasaan macam ni sepanjang berbelas tahun beauty kerja... :'( Rasa nak berhenti kerja pun ada.... Tapi bila mengenangkan ingin membantu suami dan keluarga beauty masih bertahan.... Dan cara untuk beauty bertahan dengan membuat kerja sambilan bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti beauty berjaya dan boleh tinggalkan kerja sekarang.... Beauty dah berjumpa dengan orang atasan, ye orang atasan... 1st time.... Tak pernah duga beauty akan berhadapan dengan tekad dan nekad.... Beauty tak dapat kawal perasaan dan menangis dihadapan orang atasan itu... Beauty sayang dengan kerja yang beauty lakukan... Dah cuba berusaha sedaya upaya bersangka baik dengan semua orang... Cuba dengar ceramah ustaz dan ustazah macam mana nak cekalkan hati dan berhadapan dengan keadaan macam ni... Cuba menyalahkan diri sendiri dan muhasabah diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain.... Sehingga sampai tahap ini beauty berdiam diri kerana takut akan keluar benda yang akan menyakiti hati sendiri dan orang lain.... Dan akhirnya benda yang disimpan dalam hati ni kian membengkak dan terus membengkak.... Adakah kerana usia yang meningkat menyebabkan perasaan ni mudah tersakiti dan payah nak memaafkan? Buntu... Buntu kerana diluah mati emak ditelan mati bapak... Ya Allah :'(

Persahabatan.... Rasanya semua manusia di atas muka bumi ni memang akan bersetuju dengan ayat yang sering di ucapkan "Kawan semasa senang mudah dicari.... Semasa susah sukar didapati"

Beauty tak tau beauty ni dikategorikan dalam sahabat yang mana 1 bagi orang lain.... Sebab bila kawan-kawan susah, kawan-kawan tak de tempat mengadu, kawan-kawan perlukan bantuan beauty cuba berada di sisi mereka... Bukan setakat cuba, malah berusaha sedaya upaya... Menghulurkan bantuan, menghulurkan segala kudrat dan tenaga yang beauty ada... Namun akhirnya segala apa yang diberikan bagai tiada apa-apa.... Malah selepas semuanya senang dilupakan begitu sahaja... Lupa sahaja tak jadi apa-apa malah dipijak-pijak rasanya.... Bukan mengungkit atau perlukan balasan tapi sekurang-kurangnya menjaga hati dan perasaan.... Beauty tak tau manusia yang tidak tahu menghormati perasaan orang lain ini adakah kerana diri dia sendiri begitu atau tidak pernah diterapkan dengan nilai-nilai murni menjaga dan menghormati hati orang lain.... Serius like "what kind of human you are?" Benarlah kata pepatah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali" ... Kita tak tahu masa akan datang kita akan dilayan seperti mana kita melayan mereka atau kita dikutuk dan dihina dibelakang kita....

Benar kata ulama, bersahabatlah kita dengan Allah... Sebab Allah takkan pernah lupa kita, takkan pernah hina kita... Malah akan selalu membantu kita walaupun kita sendiri lupa untuk taat kepada Nya... Ya Allah... Hinanya rasa diri ini... Kerdilnya aku saat berhadapan denganMu.... :'(

Beauty masih di sini... Akan cuba terus bertahan.... Bertahan selagi mampu.... Semoga Allah kurniakan tahap kesabaran yang tinggi untuk beauty menghadapi hari-hari seterusnya... Beauty masih ada suami, keluarga dan teman yang lain yang lebih menyayangi dan menghargai beauty... InsyaAllah.... Beauty akan ingat pesan bonda biar mereka atau sesiapa berbuat jahat dengan kita... Jangan sesekali membalas kerana kelak kita akan serupa dengan mereka... Allah senantiasa ada bersama kita...

No comments: