Wednesday, May 27, 2015

Baju Raya Ke?

Assalamualaikum.

Oh mennnn. Belum puasa lagi dah kisah nak berbaju raya. APTB! Ni semua gara-gara semalam pi beli barang dapur kat Mydin and jumpa pulakkkkkkk baju songket yang menarik tertarik da bomb! Makanya boleh duduk korek color kat situ sampai Wak Piji call memekak cari kita tak jumpa padehal dia dah suruh gerak ke kaunter nak bayar barang. Hahahahahhahaa!

Serius beauty cakap songket adalah baju evergreen. Tak lapok dik zaman. Dan pula sekarang ni tak kisah nak pakai waktu bila. Pergi kerja pun boleh. Hew hew hew :-D

Songket pulak banyak jenis... Tenun la, tekap la, bunga tabur la, bungan penuh la, jahit tangan la. Pendek kata semua jenis songket memang lawa. Oh dah terbayang-bayang okeeee :-p




Beauty paling suka if buat kurung pahang. Dulu masa bujang boleh dikatakan baju kurung pahang leher cekak musang favourite sebab Tok Ti selalu pakai. Tapi bila dah pakai tudung cekak musang tak sesuai la kan kang tercekik lak duk masukkan inner neck ke dalam. Hahahahhahahaa. Nampak gaya memang telah termaktub tuk beauty buat baju songket. Tak kira nak jugak. Tak dapat beli dah siap beauty tempah je. Ramai lagi yang terima tempahan waktu ni. Hik hik hik

Ok guys! Tu je nak celoteh. Babaiiiii :-)

*Pict kredit kat Pak Cik Google

No comments: