Tuesday, May 05, 2015

9 Years And Still Counting

Assalamualaikum.


Sedar tak sedar terlepas tarikh 22 April. Both busy. Ye dua-dua suami dan isteri mencari rezeki demi meneruskan kehidupan yang semakin perit jerih. Nak merungut pun tak boleh hanya berserah pada Allah atas rezeki yang diberikan diatas muka bumi ini. Selagi masih bernyawa hidup mesti di teruskan. Rezeki datang dari Allah. Allah Maha Besar :-)

Diam tak diam dah 9 tahun rupanya hubungan kami. Dari alam persabahatan sehingga sekarang masih meniti dan menghitung manis pahit suka duka alam perkahwinan. Dari sekecil zarah masalah hingga ke sebesar masalah alhamdulillah Allah masih menyayangi kami dan menguatkan lagi hubungan kami.


Tak pernah sangka pada awal perkenalan diteruskan dengan hubungan halal kami suami isteri. Wajah yang tak pernah disangka akan ditatap, ditenung, dilihat dan dihadap sehari-hari. InsyaAllah sampai bila-bila hendaknya. Walau kadang kala ada juga pertelingkahan kecil sampai tak nak tengok muka kononnya. Tapi tak pernah lama pun rajuknya, paling lama 2 jam. Hehehe :-)

Buat kekasihku dunia dan akhirat Fizzy Ilham. Selamat ulang tahun perkenalan buat kita. Semoga kita terus kekal berkawan, bersahabat dan bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah. Semoga B tak pernah jemu melayan kerenah saya sampai bila-bila dan semoga kasih dan sayang B berterusan terhadap isteri yang serba kekurangan ini hingga ke syurga. Jangan pernah berhenti memanjakan diri ini sepertimana dulu, sekarang dan selamanya. Love you so much  :-)





2 comments:

Puan Jiha said...

comel macam selalu :)

misz beauty said...

Jiha - Tq sayangggg. Hik hik hik. Now baru nak aktif balik. Jiha je kental blogging xjemu. Hehhehee