Thursday, March 26, 2015

Tiroid : Punca dan Gejala

TIRIOD Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan. Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid. 

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid. 

Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon. Menurutnya, ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri. 

Menurutnya, di Malaysia, kes tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas. Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. 

Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak. Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser tiroid. Dalam keadaan serius, kanser tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan. “Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi tiroid nodul. 

“Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil,” katanya. Dr Chan berkata, ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah. “Jika bengkak terlalu lama, hormon tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan,” katanya. Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser tiroid akan dibedah. 

Punca: 

· kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 
· kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 
· goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 
· radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 
· genetik · Autoimmune Graves Disease 

Gejala hyperthyroidism: 

· bengkak di leher 
· degupan jantung yang cepat 
· cepat marah 
· cepat berpeluh 
· tidak tahan cuaca panas 
· tangan bergetar 
· kitaran haid tidak teratur 
· sentiasa gelisah 
· penurunan berat badan 
· rambut gugur 
· masalah sukar tidur (insomnia) 
· bengkak di sekeliling mata 
· kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas 
· cirit-birit 
· tubuh badan lemah 
· osteoporosis 

Gejala hypothyroidism: 

· kurang tenaga 
· rasa sejuk 
· denyutan jantung perlahan 
· kemurungan 
· berat badan bertambah 
· kurang daya ingatan 
· kulit kering 
· rambut gugur 
· sembelit 
· beguk 
· nafsu seks turun 
· suara serak

Sumber Google.

Okeh kali nih nak cerita pasal penyakit ni. Nampak macam biasa-biasa tapi merbahaya especially tuk perempuan yang mudah diserang.

For your info, bonda beauty telah dimasukkan ke hospital gara-gara tiroid ni. Dia mengidap hyperthyroidism (boleh rujuk gejala penyakit ni di atas). Setelah hampir 2 bulan lebih merana dan duk berulang alik buat rawatan di satu pusat kesihatan yang sampai ke sudah duk buat experiment kat bonda asik tukat ubat sana tukar ubat sini akhirnya 2 perjumpaan terakhir di pusat kesihatan tu kami tukar jumpa Dr. lain. Perjumpaan pertama Dr. tu dah boleh terus tau gejala yang bonda hadapi tu adalah sakit apa namun malangnya waktu perjumpaan ke dua setelah susulan ke hospital dibuat bonda dah tahap kronik hampir ke Tiroid Storm. Mulanya dijangka bonda kene denggi sebab demam tak baik-baik dan masa jumpa Dr. tu pun dah petang. So bonda beauty kene pergi balik keesokan paginya ke pusat kesihatan tu dan masa tu bacaan jantung bonda sangat laju iaitu 144 dimana menghampiri tiroid storm dan boleh terkena serangan jantung. Tau tak apa perasaan kami waktu tu. Bengang dan marah tapi kene bertindak pantas menyelamatkan bonda. Bengang dan marah sebab kenapa dari bulan pertama tak terus buat surat suruh kami refer ke hospital pakar. Kami bukan Dr., so mesti lah tak tahu. Dah la tak bagi tau punca. Dr. sebelum tu yang rawat bonda hampir 2 bulan tu pun tahu penyakit bonda lepas bonda pergi klinik swasta kat luar dan balik semula kat dia inform pasal sakit tu. Dan paling stupid dia BARU NAK GOOGLE! Heiiiiii! Ni bukan nyawa ikan nak main siang-siang eh. Kalau dah tau tak pakar kenapa tak tanya Dr. lain mintak pendapat. Ada ramai Dr. kat pusat kesihatan tu kan. Haihhhh

Makanya hari yang bacaan jantung bonda 144 tu bonda terus dikejarkan ke Hospital Putrajaya naik ambulance sebab Dr. yang 2nd kat pusat kesihatan tu suruh bonda terus dibawa ke sana takut kene serangan jantung. Allah. Adik beauty diberikan cuti segera uruskan bonda sebab malam sebelum ni dia memang stay rumah bonda, beauty yang memang ada di Hospital Putrajaya pagi tu lepas appt Dr. terus ke Emergency tunggu bonda sampai. Punya sulit dan complicated nye penyakit bonda sampai Dr. pakar di Putrajaya hairan. Dan untuk makluman pakar cakap bonda beauty punya kes sangat complicated dan 1st time dikejarkan dalam keadaan emergency macam tu. Selalunya kalau setakat kene tiroid ni tak de sampai kena tahan wad. Bila masuk emergency sedia maklum kebarangkalian bonda di tahan adalah tinggi sebab dalam emergency tu pun bonda tak keluar-keluar. Jadi beauty dan adik siap sedia balik rumah, beauty dah balik tu amik Wak Piji dan terus ke hospital balik. So beauty dan adik bergilir-gilir lah jaga bonda di hospital. Tak tau nak cakap perasaan kami macam mana. Tengok bonda dimasukkan ubat melalui tiub sampai mengucap-ngucap. Sedih tau. :'(

4 hari 3 malam bonda admit. Sepanjang waktu tu hampir 10 Dr. pakar yang datang kat bonda dan berbincang apa yang sepatutnya dilakukan buat bonda. Antibiotik tak payah cerita, memang diorang bagi yang paling kuat punya sampai bonda kata tiap kali masuk kat tiub tu dia rasa macam urat dalam lengan dia terbakar. Tangan beauty yang digenggam kat sebelah tak payah cerita. Beauty yang tengok pun terasa sakit sama. :'(

Alhamdulillah hari keempat bonda dibenarkan pulang tapi dengan pengawasan rapi. Sebab bonda masih tak kuat untuk berjalan. Kalau jalan jauh sikit jantung dia akan laju balik. Sebab tiroid masih aktif mengeluarkan hormon yang banyak. So beauty dan adik sambung bergilir jaga bonda di rumah pulak sehinggalah sekarang ni alhamdulillah bonda dah mampu bawak kereta sendiri tapi still dalam pengawasan. Kene call selalu. For now Dr. bekalkan ubat untuk stabilkan balik hormon bonda selama 2 bulan. Dan selepas 2 bulan Dr. pakar akan lihat semula dan berikan keputusan tindakan seterusnya. Samada operation ataupun berikan iodin radioaktif. Sebab tiroid bonda tak de bengkak pun, cuma mengeluarkan hormon yang sangat banyak. Kami pun dah tak kisah janji bonda kembali sihat dan ceria macam sebelum ni.

Dan lepas bonda keluar hospital, ayahanda pulak kaki bengkak kena gout. Allahuakbar. Dugaan untuk kami adik beradik. Ayahanda pun bengkak dah mula susut. Kami hanya mampu berusaha jaga mereka dan berdoa agar mereka dikembalikan kesihatan yang baik. Mohon kawan-kawan tolong doakan bersama juga ya.

Untuk perhatian semua, kita yang perempuan lebih cenderung untuk kena tiroid ni terutama usia 40 ke atas. Jadi sama-sama kita jaga kesihatan. Kalau sakit dah lebih seminggu tolong terus je mintak kat Dr. kat klinik atau pusat kesihatan tu buat surat refer pakar. Tak payah nak ikut sangat sampai berbulan-bulan kita merana. Ini memang pengalaman dan peringatan untuk kami. And opkos Dr. tu kami blacklist. *sigh*

Buat bonda yang dikasihi. Kuatkan semangat. Cepatlah sembuh. Along rindu nak tengok bonda ceria dan senyum macam ni lagi. Along rindu shoping-shoping jalan-jalan ngan bonda. Along rindu masakan air tangan bonda. Along rindu tengok bonda ber lipstik merah menyala, pink dan macam-macam warna ceria. Along rindu semua. Makan ubat, kuatkan semangat tuk sihat. Nanti Along & adik bawak bonda jalan-jalan holiday sama-sama ya. Buat ayahanda, terima kasih sebab take turn jaga bonda masa Along dan adik kena kerja. We love you both so much :'(

2 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Pakar Tirod kat Malaysia ada di Hospital Sunway... Dr normally suggest buat rawatan iodin compare to operation... After that continue mkn ubat utk stabilkan hormon... seumur hidup... depand pada condition, kadang tu kalau skip mkn ubat pun boleh...

misz beauty said...

Izni - thanks for your info bro. Alhamdulillah kat Putrajaya pun ada ramai pakar tiroid hari tu. Kami pun tak sangka dan baru tahu tiroid ada pakar dia sendiri. Diorg pun cakap kalau boleh elak operate diorang nak elakkan. Ayah mentua dulu pun makan iodin tu je katanya. Kalau tak de pakar kat situ hari tu memang boleh sangat bawak ke sunway tu dah depan rumah. :-)