Monday, March 30, 2015

Petua : Darah Tinggi & Kencing Manis

Assalamualaikum sayangs sayangs...

Ha since sekarang ni ramai sangat yang ada penyakit darah tinggi dan kencing manis ni termasuk lah my ayahanda... So jom kita simpan petua ni untuk amalan mana tau 1 day kita pulak kena kan. Mintak-mintak dijauhkan la kan...

Petua-petua ni actually beauty dapat dari sorang kakak senior kat office beauty... Dia memang rajin sangat minum air rebusan akar kayu bagai sebab dia pun ada penyakit darah tinggi...

Petua 1 : Daun Saderi + Epal Hijau

Yang ni bapak mentua beauty pun minum sama. Every day setiap pagi tak pernah tinggal. Siap buatkan 1 mug tuk dia dan 1 mug untuk mak mentua beauty. Minuman kesihatan kan. Sesuai untuk orang yang ada darah tinggi. InsyaAllah sekiranya diamalkan darah tinggi tu boleh la kurang. Daun  saderi tu di blend dengan epal 2 biji. So lepas blend kalau suka minum sekali ngan serdak, kalau tak suka minum je la. Hehehehhee. Orang sihat pun boleh buat, lagipun mencegah lebih baik dari merawat kan ;-)

Epal dap dap. Kalau beauty buat candy buffet pun ada pakej yang ada buah epal ni :-)

Daun saderi

Petua 2 : Buah Mahkota Dewa

Haaaa mesti ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar. Beauty pun kalau bukan akak tu minum sebotol sebotol tiap hari memang tak tau pun rupa mahkota dewa tu. Buah mahkota dewa tu kebetulan ayah kepada abang kat office ni ada tanam kat rumah dia. So bila berbuah banyak dia sedekahkan kat semua orang. Cara nak buat, potong buah mahkota dewa jadi potongan kecil-kecil, buang biji kemudian jemur buah mahkota dewa tu. Nanti bila da kering boleh simpan dalam botol. Bila nak guna ambil beberapa potong buah mahkota dewa dan direbus dalam periuk. Rebus lama sehingga airnya sedikit kekuningan. InsyaAllah boleh jugak menurunkan tekanan darah tinggi dan jugak membuang toksin dalam badan. Ayahanda beauty ada inform semenjak dia minum air rebusan buah ni dia punya tekanan darah tinggi dan alhamdulillah dah menurun. Ayah mertua beauty kata sesuai tuk orang kencing manis jugak sebab dia pun minum ni.

Ni rupa mahkota dewa baru lepas dipetik

 Ni rupa bila dah dipotong dan dijemur


Petua 3 : Misai Kucing

Yang ni confirm semua pernah dengar nama misai kucing ni. Ada jugak orang kata untuk kuat la apa la kan. Tapi sememangnya misai kucing ni berkhasiat. Ayah mertua beauty cakap misai kucing ni boleh kurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk sengal-sengal badan. Kan kita selalu kerja kuat so sometimes akan rasa sakit-sakit badan. Jadi elok lah minum tuk tambah tenaga. Cara nak buat, ambil sedikit misai kucing dan rebus dalam periuk. Misai kucing ni kalau direbus lebih kurang macam teh akan keluar warna. So boleh direbus berkali-kali sehingga dah tak de warna maknanya dah boleh buang la serdak dia tu. Air rebusan simpan dalam peti ais dan diminum sekali sehari.


Pokok misai kucing

 Ni yang dah dijadikan macam rupa teh

Buat masa ni ada 3 petua ni je lah yang beauty dapat titipkan kat sini. So sekarang ni tugas beauty kene pi mintak abang kat office beauty tu benih buah mahkota dewa. Ayah beauty, ayah mertua dan pak cik beauty semua nak tanam senang. Hik hik hik.

So kalau kengkawan lain ada petua nak tambah tuk 2 penyakit biasa rakyat Malaysia ni boleh la share kat ruangan komen ya. Sharing is caring katanya. Daaaaa ;-)

*all photo credit to uncle google*

No comments: