Monday, March 16, 2015

Beauty Turns 30 :-)

Assalamualaikum & hellewwwwww.

Beauty back on track. Mih  mih mih

Konon nak habiskan entry #kebangkokkekita sudahnya macam-macam hal jadi dengan busy lagi. So apa kata skip dulu last entry Bangkok tu kita layan cerita ceritun besday beauty yang ke 30. Huwaaaaa dah tuaaaaaa. Dah masuk 3 series. Nasib tak de sape kata muka beauty nampak 30 semua kata awet muda baby face... Bahahahahahhaa... (Jangan muntah darah hokey :-p)

As you all tau, sebenarnya percutian beauty & wak piji ke Bangkok adalah sempena birthday beauty. Biasalah kalau dah nama birthday memang wak piji akan turut segala kehendaknya vini dia yang mengada-ngada ni. Hik hik hik. Tapi macam you all tengok la, nama je sempena birthday beauty tapi wak piji yang banyak shopping! Blurghhhhhh! Dia kata tak pe la nanti repeat time birthday dia tapi beauty punya time lak shopping manyak. Ok ai pegang janji u wak piji! :-p

Nak makan best-best kat Bangkok risau sangat halal nya makanya wak piji kata blanje makan best best tu kita balik Malaysia baru pegi. Ye lah tu memang kebiasaan kami sambut birthday / anniversary. Nak makan mahal selalu bukan kaya sangat kan. Memang duit boleh cari tapi penat la cari duit je semata nak makan mahal baik beli henbeg! EH! Hahahahha :-p Makanya hujung minggu seterusnya pas balik dari Bangkok wak piji bawak pi outing. Dia suruh beauty pilih nak makan mana. Haaaaaa terus blank tak tau nak makan mana. Beauty teringin nak naik menara kl makan kat atas tu tapi wak piji tak setuju. Pulak dah! Beauty dah start hilang mood sebab dapat bantahan. Boleh lak dia suggest tempat yang dia nak makan wal hal tu birthday treat beauty sabor je la. Last-last dia tengok muncung beauty dah panjang sedepa makanya diturutkan kata beauty jugak asalkan tak naik menara. Heleh gayat pastu nak kata makan tak confirm sedap. Puiiiiii! So beauty pun da pening, hard rock da bosan, chillis bosan, ujung-ujung pilih Dome jek! Hahahahhaaha. Tak kisah la janji rock! Punya la banyak tempat lain beauty pilih Dome jek. So kami having lunch kat Dome Pavi sebab nak survey hadiah birthday sekali. Tu lagi sekali part paling sakit hati sebab tak tau dah nak mintak hadiah apa. Semua benda wak piji dah bagi dan cukupkan. Hehehehhe


 
Tengok laki sape ni kemain bergaya lagi nak sambut besday isteri katanya. Hik hik hik

Tq so much b for everything :-)

 Us

 Suami mamam ni..

 Beauty mamam ni... Yummeh! Sedappp!

Jalan punya jalan survey hadiah beauty terpaut kat seutas jam Marc Jacob Racing tapi color yang dikehendaki out of stock sebab limited edition. So beauty pun pasrah je la. Wak piji lak cakap cool, kalau isteri nak yang tu nanti suami carikan sampai dapat. So sengih je la balik. Muehehhehehee

Beauty mintak beg ni sebenarnya tapi Wak Piji membantah keras. Katanya nak pi sekolah mana pakai beg gitu. Hahahhahaa hampeh betul! Bukan sekolah la, senang nak pi travel nnt bawak air banyak2 tak berat :-p

 Pusing-pusing pas tengok barang beauty Wak Piji shopping lagi. EH! Ni besday sape sebenarnya ni??? Hik hik hik. Dia pi beli baju Furby & Sugar yang baru size besar sikit. Yang Januar Haikal bagi kat dia size S dia tak muat pastu suh beauty pakai dia tengok elok terus bagi kat beauty. Dia pi beli lain. Hahahhahahaha

Dalam pada menanti jam tangan yang diminta tu sampai ke tangan beauty, Wak Piji ada mesej tanya confirm ke nak jam tu. Beauty pun kata confirm la. Benda lain mahal tak sampai hati nak suh dia belikan. Rupanya-rupanya dia dah belikan benda bawah ni....
*
*
*
*
*
 Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! My beloved little baby Go Pro Hero 4... Mih mih mih... Masa beauty dapat benda ni kan kami berdua tengah susah hati kereta problem... Sampai kul 2 pagi settlekan kereta... Tiba-tiba pas da settle hantar kereta ke bengkel masuk je kete lagi satu wak suruh beauty amik barang kat bonet... Beauty pun bebel la cakap why tak tunggu sampai rumah.... Dia suruh jugak beauty hamik... Bukak-bukak bonet tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ya Allah! Kompat-lompat beauty cam kera. HAhahahahahhaa. Terus amik masuk dalam kete shiom shiom wak piji.... Idaman kalbu nih... DUk asik perati je orang pakai hero 3 la hero 3 plus la hashtag bagai... Akhirnya dapat 4 terus... Alhamdulillah...:-)

 Bukan Wak Piji je seprais kan beauty.... Adik beauty pun sama... Dia bagi hadiah henbeg ni masa beauty balik dari Bangkok.... Masuk2 rumah cari anak-anak bulus dulu... Sekali wak piji cakap adik ada tinggal pesanan tergantung depan bilik... Bukak-bukak huwaaaaaaa nangis hokey! Terharu sangat.... Metacih adik syg :-* Bonda beauty pun kasi hadiah best forever buat beauty jadi mami jarum... Tu katanya hadiah dari bonda dan ayahanda... Metacih both of you :-*

Pastu kat opis pun ada celebrate besday beauty dan sorang lagi abang ni yang lahir bulan 2 jugak... Alhamdulillah... Im so blessed to have all my loves in my life :-) Diorang buat potluck pastu belikan kek... Siap ada kad birthday suke suke suke! :-)



So gambar-gambar bawah ni dari My Go Pro non edited yeh... I just love it so much... Kemana pun bawak... Nasib kecik boleh masuk dalam beg putih adik ai kasi... Hehehhehehehe



 My boolat

 Budak boolat suka tengok gambar diri sendiri... Hahahhahaha

My buddies! Semalam dinner after cari shawl brides maid Wanie wedding ;-)

Akhir kata dari beauty.... Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan yang diberikan kawan-kawan dan keluarga melalui wasap, fb, instagram, dan semua-semua la. Terima kasih atas doa kalian juga. Dan yang utama terima kasih pada Allah kerana masih meminjamkan nyawa dan nafas beauty hingga hari ni. Dan terima kasih Allah sebab adakan insan-insan yang penuh kasih sayang keliling beauty :')

P/s : Mohon doakan bonda beauty kembali sihat seperti sedia kala. Kelmarin baru keluar hospital. Semoga Allah memayungi bonda beauty dengan panji-panjinya :'(

No comments: