Tuesday, March 31, 2015

Amalan Sharing Is Caring

Assalamualaikum.

Oke ni topik serius yang sebenarnya tak berapa nak serius gak tapi serius la jugak. Hehehehee


Sekarang ni kan zaman orang suka share share kat fb. Tak kisah la share gambar, share cerita, share ilmu dan share video. Tapi paling parah sekali yang terjadi adalah share video yang tak elok. Yang tu la paling laju jadi viral. Dah lah pulak tu, tak tahu kesahihan dan tak tau cerita sebenar. Lepas tu main share je. Kemudian mendatangkan cacian makian kutukan dan fitnah. Oh mennnnn. Tolong lah kalau nak share video apa-apa fikir dua tiga kali dulu. Cuba bayangkan dalam video tu ada keluarga kamu. Ye tau amalam sharing is caring tu bagus. Tapi tengok la keadaan *sigh*

Beauty tak kata beauty baik. Tapi bila fikir-fikir balik. Ada setengah video tu keluar bukan lah kesalahan orang yang ada dalam video tu. Tapi kesalahan orang yang merakam tanpa pengetahuan terus upload. Pastu rajin pulak tangan-tangan mereka ni share sana sini. Perkara kecil pun boleh jadi besar.


Sama-sama lah kita beringat dan mengingati. Kalau kita tutup aib orang, orang akan tutup aib kita insyaAllah. Kalau dapat share ilmu lagi bagus. Saham kita jugak tu. Kan kan kan :-) Tu je nak taip kat sini. Renung-renungkan dan selamat beramal :-)

Nota kaki : Beauty paling suka share video binatang. Especially tucen. At least boleh hilangkan stress orang. Hik hik hik ;-)

No comments: