Friday, March 27, 2015

2015 Trip To Bangkok - Final Day - MBK Mall - Chatuchak - Padang Besar - Butterworth - Kl

Assalamualaikum. Salam penghulu segala hari. Semoga kalian semua dirahmati. :-)

1st of all mintak ampun dan maaf sebab ambil masa yang lama untuk siapkan entry terakhir #kebangkokkekita ni. Dengan segala macam benda terjadi, kekangan masa, dan akhirnya update yang penting dulu semalam. Alhamdulillah semua dah beransur pulih cuma semalam dapat berita nenek beauty jatuh dalam bilik. Bonda beauty dah bawak pi klinik alhamdulillah nothing serious. :-)

So lets sambung cerita ceritun di Bangkok sementara masih ada dalam ingatan. Kalau ditunggu lagi memang den lupo lah nanti. Hik hik hik.

Hari ke 4 di Bangkok adalah hari terakhir dan kebetulan tiket bas yang kami ambil lewat petang pukul 7 waktu Thai. So Wak Piji decide nak pusing once again kat Chatuchak dan member kitorang pulak nak pusing tambah survenir lagi kat MBK Mall. Beauty da cakap kat Wak Piji nak pegi MBK gak sebab nak cari barang tuk family. So kami berempat menuju ke MBK dulu.


Nih lalulan nak masuk hiway. Diorang pun ada tol gak. Lagi mahal dari tol kita. Paling murah pun rm4 kot.

Lengang semua jalan bila hari Ahad. Kalau tak ni penuh ni.

Pagi-pagi kami dah kejutkan 2 orang ni suh bangun awal. Siap-siap packing nak terus check out. So dalam pukul 10 kitorang siap check out tapi tinggalkan beg kat hotel. Bagusnya hotel kami diorang memang bagi kita port beg-beg kita sementara nak gerak balik ke destinasi masing-masing. So tak de lah kami pikul beg berat-berat kan ke hulu ke hilir. Especially nak masuk dalam Chatuchak tu memang tak la sempit-sempit pikul beg.

Suasana hari Ahad di stesen BTS. Lengang dari hari kebiasaan. Kalau kat KL ni Ahad pun penuh. Huk huk huk




Ada orang bising gambar dia tak banyak. Padehal gambar dia je dalam iphone beauty. Cuma dalam camera je gambar beauty yang penuh. Hahahahaha



Nah kami tinggalkan jejak restoran halal dan femes kat MBK Mall

Nih Wak Piji suh amik gambar muka sedih hari last katanya. Ni masa dah berpisah ngan 2 orang yang tinggal di MBK. Kami ke Chatuchak pulak. Hikhikhik

Dan lagi. Bahahahahhaaa

Pastu dia pedajal orang gini

Kami berempat janji tunggu kat hotel pukul 4.30pm waktu Thai. Kami ingat kami lambat rupanya member 2 orang tu lagi lambat shopping banyak. Kami berdua pulak memang dah flat sebab 3 hari berturut dah pulun jalan tak de rest. Hahahahha. So sementara tunggu member 2 orang tu kami lepak kat lobi hotel. Minum air free hotel memang sediakan. Slamber je kan padehal dah check out. Hik hik hik

Kalau korang nak tau barangan dalam gambar ni majoriti barang member. Punya la banyak siap beranak-beranak beg dia. Pastu bila dia sampai hotel je tengok shopping lagi tambah. Hahahahahaa.

So semua dah ada barang pun dah tak de yang tertinggal kami panggil Sam (driver hotel) yang kami dah siap sedia tempah untuk hantar kami ke Southern Terminal Bus Bangkok. Memang kami naik bas pukul 7 lebih tapi nak selamatkan keadaan takut jem ke ada aral apa-apa ke so kami gerak awal. Dan boleh siap-siap makan dulu. Kat Southern Bus Terminal tu ada banyak makanan halal. KFC ada, kat tingkat atas ada 2 @ 3 kedai makan halal.

Pukul 6.45pm kami dah jalan kaki ke platform bas kami. Jauh gak jalan kaki sebab kene seberang bangunan.

Tepat 7.20pm bas kami pun jalan. Yang menariknya walaupun bas kami double decker tapi selesa gila. Tak de pun terasa bergoyang-goyang sangat. Siap bagi selimut, bantal, mineral water dan roti. :-) Perjalanan naik bas ke Padang Besar mengambil masa 12 jam je sebenarnya. Dia akan berhentian di separuh perjalanan yang pertama dekat R&R. Kat R&R tu siap ada bilik mandi semua. Tapi nasib kami la masa tu lepas bas kosong kat hatyai, driver bas boleh buat kepala sendiri menyinggah beli barang-barang dia sana sini baru hantar kami ke Padang Besar. Bermula la episod sedih kami waktu tu. Hurmmmm

Ni la last stesen yakni Padang Besar kami. Memang terkejut tau sebab tak sama seperti bayangan kami. Mati-mati la ingat Padang Besar yang dimaksudkan adalah Padang Besar Malaysia. Rupanya Padang Besar memang ada 2. 1 kat belah Malaysia 1 kat Thai. Kami dah cuak sebenarnya. Ye lah mana lah pernah sampai tempat tu. Pastu dah la tak nampak bayangan teksi bagai. Yang ada cuma motor angkut-angkut. Driver bas tu pulak tak tau cakap english mahupun BM. Pastu driver tu panggil pak cik sorang ni yang boleh berbahasa melayu sebab dia memang asal dari Kedah tapi dah berpuluh tahun duduk Thailand.

Kami berempat macam mana nak naik motor kan. So pak cik yang boleh berbahasa melayu tu menawarkan diri tuk amik kereta sewa dia dan hantar kami ke terminal bas katanya. Dan masa dalam kereta jam dah hampir pukul 11 pagi. Dan kami dimaklumkan bas yang menghala ke Penang memang ada pukul 11 pagi dan 6 petang sahaja. Gila ke apa kami nak gerak pukul 6 petang. Habis tu kami nak balik KL pukul berapa pulak. So dia kata dia akan hantar kami ke Bukit Kayu Hitam sebab sana banyak bas. Kami yang bodoh tak tau apa-apa ni ikut je la sebab cara dia bersembang dan bercakap dalam kereta tu buat kami percaya sangat kat dia. Dan paling bodoh sekali dia kenakan tambang rm60 kat kami untuk perjalanan yang tak sampai 15km. Mintak kurang rm5 pun dia tak nak kurang. Apa nak buat, dah dia sorang je yang ada masa tu kami redha je la.

Dapat amik gambar belakang pak cik ni je. Masa ni memang kami dibodohkan sangat la kan. 

Kami naik kereta yang macam proton ape tah tu yang belakang dia kosong cam ni. Berpanas la beg kami. Huhuhu

Cuaca cerah namun tak secerah hati kami waktu tu.

Jalan punya jalan sampai lah ke Danok. Ya Allah kalau kami tahu macam ni kami amik tiket ke Danok terus dari Bangkok. Tak de lah kami bersusah payah macam ni. Apa nak buat majoriti orang yang bagi information tak de pun sebut pasal tiket bagai semua macam mana. Kami dah buat research pun still tak de info pape. So kami redah jugak je dan tawakal. Dan paling best, pak cik tu tak hantar pun kami ke Bukit Kayu Hitam, dia betul-betul drop kan kami dekat boarder tempat cop passport tu. Dan paling bodoh untuk pak cik tu (dah tak kira nak hormat dah sebab makan duit haram) dia tergesa-gesa tinggalkan kami sampai Wak Piji terpaksa berlari kejar kereta dia nak amik barang kawan yang masih ada dalam kereta tu. Sikit pun dia tak slow kan. Before turun dia kata pergi je kat tempat Duty Free tu ada banyak bas nak ke Penang. *sigh*

Kami berempat pun dengan resah hati beratur tunggu nak cop passport keluar dari Danok. Lepas dah siap cop kami pun berjalan menuju ke Duty Free dan tak de satu pun bas yang ada di sana dalam pengamatan kami. Dan saya pun tanya lah dengan abang polis yang jaga kat boarder.

Muka tengah sejukkan hati isteri. Mujurlah ada suami bersama. Ada hikmat saat2 terakhir cuti dia dah masuk dalam sistem. Rupanya dia kena ada ngan isteri dia waktu genting macam ni.

Kami : Bang, ada tak stesen bas kat sini. Kami nak balik ke Penang

Abg Polis : Mana ada bas kat sini dik. teksi ada la. kalau nak naik bas kat Changlun.

Kami : Jauh ke dari sini nak ke Changlun? Brp km? Jalan kaki boleh?

Abg Polis : Jauh dik. Tak boleh jalan kaki sejam baru sampai kang

Kami berempat dah terduduk dah bila abang Polis tu cakap macam tu. Abang Polis tu suruh kami naik teksi je sebab cuaca masa tu panas sangat. Dia pun kesian ngan kami. Jadi kami bertiga tunggu dekat ngan abang polis sementara Wak Piji pergi cari teksi untuk kami. Nasib ada hero kami :'( . Akhirnya dia da dapatkan teksi dan abang teksi tu inform. Even dekat Changlun pun bas ke Penang ada petang. Sebab pukul 11 dah berlepas. Kalau terus ke KL banyak. Kami pun decide untuk naik teksi tu terus ke Penang. Kesian jugak kat abang tu sebab kami tahu jauh. Tapi sebab dia pun kesian ngan kami dia kata tak pe lah boleh. Tak kisah dah teksi abg tu yang lama ke apa janji kami sampai ke Penang. Abg tu charge rm170 ke Penang, kami mintak tawar rm160 untuk senangkan pengiraan bagi 2 pasang kan. Alhamdulillah abang tu ok. Kami pun faham sebab nanti dari Penang balik Bkt Kayu Hitam belum tentu ada orang naik dengan dia. Sesungguhnya memang orang Malaysia yang selalu berbaik hati. *sigh*

Alhamdulillah hampir 2 jam perjalanan kami sampai di stesen keretapi Penang. Syukur sangat. Member pun cakap nasib beauty dan Wak Piji orang yang tak cepat panik dan boleh cari jalan penyelesaikan. Kalau diorang berdua je tak tau apa jadi. Tak pe, jadikan pengalaman semua tu. Kalau tak jadi macam tu kita tak tau pun mana nak dapat bas, mana nak turun semua akan datang. Beauty pun kuat sebab ada suami kat sisi. Kalau tak lost jugak memang call bonda ayahanda suruh amik kami kat Danok je la. Hihihihiii

Dah nampak Penang empat-empat ucap syukur tak berhenti. Dah boleh senyum. Beauty pun terus call aunty bagi tau dah nak sampai. Dia jemput kami balik rumah. Dalam kereta je macam-macam kami bercerita. Dia kata kesian kami kene tipu. Pengalaman pengajaran buat kami jugak. Sampai rumah aunty mandi-mandi segarkan badan kami pun gerak ke KL. Sampai KL dalam pukul 12am jugak la sebab masuk jalan dalam. Jalan kat hiway jem. Kalau ikut hiway esok subuh baru sampai agaknya. Huk huk huk

Sekian la kisah kami bercuti ke Bangkok. Wak Piji kata pas ni insyaAllah tak de nak jadi macam ni lagi sebab dah tau selok belok semua. Ingat sampai mati. Dan kalau boleh naik flight je. Hihihi. Ye la ye la, naik flight je pasni tapi memang cuti je la kene banyak sebab flight time perayaan mahai nak pengsan. Hik hik hik

So tq so much for reading sayang semua. Jumpa di lain entry ;-)

No comments: