Monday, March 02, 2015

2015 Trip To Bangkok - DAY 3 - Chatuchak Market - Hard Rock Bangkok - Hello Kitty House - Platinum Mall - Nylon Festival

Assalamualaikum. Jawab tau tak jawab dosa. Mih mih mih

Yes hari ni nak sambung cerita ceritun beauty untuk trip #kebangkokkekita #fizzyaztravel eceh macam dalam instagram pulak. Bole je kalau nak tengok kat insta pun... Hehehehhee

Hari ke 3 adalah hari yang dinanti-nanti yakni hari shopping a.k.a menghabiskan duittttttttt! Hahahahha. So hari ke 3 tu beauty & wak piji macam biasa bangun awal pagi. Siap-siap untuk meneruskan perjalanan. Macam biasa jugak kami call kawan dua orang tu dulu tanya da bangun belum. Dah diorang baru bangun so kami inform kami gerak dulu la. Plus takut lewat nak jalan tengah panas sangat pening kang. At least pepagi tak ramai orang boleh rilek-rilek jalan. :-)

Hari ke 3 adalah hari membeli belah. So destinasi yang diplan dan untuk dituju adalah Chatuchak Market, Hard Rock Cafe Bangkok, Platinum Mall dan beberapa mall lagi. Jom kita cerita sambil tengok gambar bam bam ai ye ye ye :-p

Cucuk duit ada orang kirim nak beli baju Hard Rock jugak. ATM bawah hotel je sonang. Hehehhee. Untuk makluman setiap kali transaksi keluar duit kat atm Thai, kita akan dikenakan fees charge 180 baht dan duit akan ikut tukaran rate bank and of course la mahal sikit dari kita tukar kat money exchange kan. So orang yang mengirim pun dah ambil maklum dia masukkan duit siap fees semua. Nasib beauty dah siap-siap aktifkan card tuk international use :-) Next time kalau nak jimat bagi duit kat kami siap-siap so tak de la bayar extra fees ;-)

Wak piji memang sayang isteri. Duk tanya nak hot choc tak minum sambil jalan. Opkos la nakkkkk. Hehehhehehe

Hoi ape ni amik gambar montot!!!!! :-p

Beauty pakai baju Furby & Sugar by Januar Haikal. Wak Piji kasi sebab baju tu dia tak muat. Hahahahhaa

Oh my man! Muah ciked! Hehehehehe

Dari BTS Phloem Chit kami tak payah tukar train memang kami terus ke Mo Chit. Chatuchak Market memang turun kat Mo Chit which is station last sekali untuk line tu. Ramai bak hang. Mat saleh semua ada on that day.

Ok amik pict isteri vam vam dulu

Awal pagi sampai so jalan tak sesak lagi dan tak panas lagi :-)

Pak cik ni pandai main seruling

Untuk makluman Chatuchak Market hanya dibuka pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Seawal 9 pagi waktu Thai (10 pagi waktu Malaysia) dan tutup pada 7 petang. Tapi tak banyak yang tutup pukul 7. Banyak yang tutup pukul 6. Chatuchak adalah syurga membeli belah segala jenis barangan terutama peminat peminat bundle dan kalau nak beli survenir boleh cari kat sini sebab harga dia MURAHHHHHHHH! Oleh kerana Wak Piji memang HANTU BUNDLE maka dekat Chatuchak je kami habiskan masa dekat 6 jam. Boleh pulak sampai-sampai sana dia terus rambang mata padehal vini punya perut da bunyi. Dia pun mula-mula kata lapar pas nampak bundle terus lupa nak makan. Hoiiii! :-p So vini da merengek-rengek tak nak jalan kalau tak pergi makan makanya dia pun "ok jom kita isi perut cuk dulu. suami teman nanti makan kemudian" hahahhahahaaa. Sampai macam tu sekali da nampak bundle punya pasal. Nantak ko la labu asal perut bam bam ku kenyang. Hahahahhahaah.

Kalau korang nak makan ada 2 tempat makanan halal yang korang boleh makan kat Chatuchak tu. 1 berdekatan dengan toilet awam (tak de la dekat sangat tu penanda je. hehehehe) . Kedai makan tu jual nasi putih & nasi kuning. Berlaukkan ayam goreng berempah atau kari. Sedap! Dan kedai ni jugak tepi dia ada 2 penjual aiskrim kelapa. Haaa senang sangat nak cari. Sebelah kedai makan tu memang jual som tam tapi tak tau la boleh makan ke tak. So far tempat nasi kuning tu memang port orang Malaysia, Indonesia dan Islam yang lain. Yang sebelah kedai som tam belah sana sikit betul-betul depan toilet tu memang jual oink oink la. Erkkkkk! Sabor je la. Satu lagi kedai makan Islam dekat seksyen 16 Chatuchak Market tu. Ha yang tu kedai dia kat tengah-tengah memang banyak choice makanan. Cuma kami da makan nasi kuning tu so da kenyang. :-D Jangan risau kalau korang makan banyak sebab toilet situ bersih dan yang paling penting ada hand bidet. Hahahahhaha :-p Dah habis makan vini da kenyang perut suka hati so memvontot la Wak Piji pusing seluruh Chatuchak Market tu.... Huk huk huk

Tengok tu tengok tu. Nak brand apa semua ada. Burberry, ralph lauren, polo semua ori hokey... Cuma bundle la.. Hik hik hik.... Tapi jangan tak tau bundle-bundle pun kalau kat Malaysia bundle depa juai rm100 ke atas dan ada cecah rm300 tau. Padehal beli kat situ 350-800 baht je. Punya la Wak Piji bebel-bebel bengang sebab beli barang kat JRB mahai. Padan muke! Pastu dia kata pasni setahun tak beli barang dah. JRB da tak nak pegi. Puiiii! Kite tengok la nanti pegi ke tak. Kalau memalam minggu merengek ajak vini teman gi JRB gua suh banje Murtabak Burger seploh! Hahahahaha

Haaaaaa ni lah dia Kulit BOYE.... Bukan kulit je sekali ngan kepala boye dia letak kat beg tu. Hadoiiiiii!

Muka gumbira dpt makan eskem kelapa lagi. Tapi tak boleh tanding yang dekat floating market tu lagi sedap. Cuma ni murah sebab kecik sikit 35 baht je. Haaaaa tempat makan beauty cakap tu kat belakang beauty tu je. Boleh cari payung hijau dan papan tanda merah tu org jual eskem sebagai penanda. Tengah-tengah antara eskem tu belakang dia toilet. Masuk toilet bayar 2 baht :-D

Tu diaaaa bak hangggg., Tak pandang kiri kanan dah. Mana tak nya kasut pun dia jual pukul rata tak kira brand 350 baht je. Tu nasib belum cucuk duit lagi guna apa yang ada je. Kalau tak mau dia borong seploh pasang terus. Hik hik hik

Singgah beli baju kiriman member duk kat JB jugak. Suka betul dia dapat Run BKK ni. :-D

Setelah 6 jam berhempas pulas di Chatuchak beauty suh Wak Piji stop memborong dah. Sebab dah tak larat gila tengok dia pilih barang. Kalau lagi lama duk situ mau satu Chatuchak tu dia memborong. Hik hik hik. Lagipun kami ada amanah yang orang duk kirim kan... Kalau setakat barang sendiri nak beli dapat beli ok tak dapat pun ok :-) So kami naik BTS membawa barangan beli belah ke Siam Station pulak. Kalau dari arah Phloem Chit dekat station Siam kene amik bridge ke kiri. Kami dari Mo Chit amik bridge ke kanan la nak menghala ke Hard Rock. So akan lalu Festival Fashion Mall. Tak pusing pun dalam mall tu kami singgah toilet sat pastu terus je ke arah belakang mall tu. Hehehheheee.

Jalan punya jalan jumpa ni! Ehhhhhh! Ni la Hello Kitty House yang dalam Waze tu. Dan diperkatakan orang ni. Siyesly memang comel gila dia buat cuma rupanya HKH ni bukan tempat shopping brg hello kitty tapi hanyalah sebuah cafe bertemakan hello kitty. Tapi best la kot semua benda hello kitty :-) Beauty bukan peminat tegar, kawan beauty je peminat tegar hello kitty ni. Hehehheheee

Siap ada giant flower cat lagi. :-D


Amik kesempatan jugak la bergambar berlatar belakangkan cafe tu :-p

Lagi.... :-D

Dan lagi. Ada owang jeles oke :-p

Gambar pakai GF2 la terang sikit sebab masa tu matahari terik. Huhuhu


Matahari memacak atas kepala Wak Piji nampak nescafe bukak booth. Sini pun dia nak amik pict beauty :-p

Apa lagi. Mai secawan la. freshhhhh! 

Ha pastu part ni sakit hati. Punya lah payah nak cari Hard Rock tu kat sana. Tanya orang sana tak tau orang sini tak tau. Dah la diorang tak tau cakap english. Pakai map nampak macam dekat duk pusing-pusing pusing-pusing kat situ tak jumpa-jumpa. Sudahnya kami duk tepi jalan laki vini, ternampak sorang mat saleh dengan bini orang Thai dan anak dia. Haaaaa Wak Piji kata kompom dia tau Hard Rock kat mana sebab bini dia orang sini. Dan Alhamdulillah akhirnya dengan mamat tu senang gila explanation dia bagi kami pun sampai Hard Rock tu. Huwaaaaaaa! Rasa nak hempuk kepala padehal dah 3 kali kami pusing tempat sama tak nampak tulisan tu. Mana tak nya punya lah atas sign dia, pastu tak macam Hard Rock KL yang dari jauh orang boleh kenal. Fuhhhhhh!

Tulisan punya la atas kene mendongak nak tengok

Ni depan HRC Bangkok. Punyalah buta mata kami tak nampak. OK Wak Piji bersama barangan yang dibeli

Dah siap membeli di HRC kami masuk Siam Paragon balik sebab Wak Piji nak makan KFC. Yeah KFC sana jangan risau memang halal. Kesahihan ini adalah maklumat dari CEO KFC Holding sendiri yang datang bagi talk Halal kat tempat keje beauty :-)

Pas makan pusing-pusing bergambar dengan si comel ni :-)

Pastu wak piji suh posing depan ni. Tak pe la tak dapat makan sini. Hamik gambar pun jadi. Hahahahahah

Lepas tu beauty cakap ngan Wak Piji nak pegi tengok Platinum Mall tapi tak tau nak pegi macam mana if naik train. Ada orang kata tak boleh naik train so tanya la motor teksi dia kata boleh bawak. 60 baht sorang dari Siam Paragon ke Platinum Mall. Ok la Wak Piji kata so sorang satu naik. Perjalanan amik masa dalam 10 min gak la naik moto. Kalau teksi atau tuk tuk lambat sikit lagi sebab jalan jem. Sampai Platinum Mall lebih kurang dekat pukul 7. Dan Platinum mall memang tutup awal pukul 8 malam (waktu Thai) . Tapi normal la kot kalau waktu kita kul 9 malam kan. So far dalam Platinum Mall tu tak besar sangat dan barangan dia pun tak banyak mana. Besar lagi MBK mall dan memang MBK banyak gila barang. Barang di Platinum Mall jugak harga standart je tak de murah mana. So tak de apa yang dibawa pulang dari Platinum. Bawak kenangan je. Hehehehhee

Ni orang yang bawak beauty ke Platinum. Tak nampak? Ala bukan kenal pun :-p

Banyak belt kat Platinum tu. Konon nak suh kawan beauty pilih dia tengah cari utk baju wedding dia. Tapi dia reply whatsapp lewat kedai da tutup. Tak de rejeki. Hihihihi

Pastu jumpa lak Ray punya kedai! Eh! Bila Ray bukak kedai kat Bangkok? Tak bagi tau pun. Hahahahahhahaa

Pas kedai semua nak tutup dalam Platinum beauty dan Wak Piji decide tuk balik jalan kaki. Sebab wak piji tanya penunggang moto tu sukhumvit jauh tak dari situ. Katanya jalan kaki boleh cuma jauh sikit la. Bukan sikit la bang! Boleh tahan gak jauh. Hahahahhaa. So kami pun pelan-pelan romantik laki vini jalan berduaan berpegangan tangan. Pulak tu malam tu angin sepoi sepoi bahasa. Memang syok walaupun kaki dua-dua laki vini rasa nak patah. Hahahahhaha. Jalan punya jalan kami melintasi ISetan bangkok. World Center apa tah nama besar dia. Depan tu ada banyak gerao-gerai so Wak Piji kata kita jalan tengok nak. Okeeeeeeee :-D Rupanya that is IG Bazaar diorang. Haaaa ala macam bazaar-bazaar kat Malaysia jugak. Yang jual kat situ semua peniaga online dalam instagram & facebook. Menarik-menarik jugak barangan dia tapi disebabkan beauty memang dah sakit gila kaki sebab satu hari berjalan beauty cakap kat wak piji nak duduk. And tak sangka ada live show gak malam tu. Wak Piji pi layan gerai-gerai lagi tengok barang beauty layan show. Best oke! Sempat la tengok 2 group buat show, satu vokalist pempuan satu lagi group lelaki. Malangnya show pempuan tu beauty rekod bunyi bising sikit. So yang lelaki je clear :-D

  Ni 2nd show masa tu.

Wak Piji tanya da boleh jalan balik? Beauty kata boleh kot so before gerak dia suh selfie dulu. Hik hik hik

Pastu sempat dia pi amik gambar all pork foodies ni. Hahahahhaaaaaa

There you go! Boleh tahan kan! :-)

Jalan punya jalan rupanya ada station berdekatan Isetan tu. Situ station Chit Lom rupanya. 1 station je dari hotel kitorang. Cuma perjalanan nak ke station tu lalu jejantas dia panjang kemain. Macam tak sampai-sampai kitorang jalan. Hik hik hik

 
Jalan kat jejantas tu nampak orang budha tengah semayang dan ada tarian thai sekali depan shopping mall hape tah. amik kau depan mall je. hik hik hik

Kami sampai hotel lebih kurang dekat pukul 11 malam. Hamik kau, 9 pagi kuar 11 malam balik. Tak terus naik atas. Berehat jap kat lobi dalam 10 min pastu baru naik. Hihihiiii. Sampai je bilik beauty terus buat air panas kat bath tub dan berendam sampai nak tertido. Masuk je kaki dalam air panas punya la bestttttttttttttttttttt! Ada lah setengah jam beauty berendam. Wak Piji menggodek henpon dia menunggu beauty kuar bilik air tak kuar-kuar. Hahahahahhaaa.

So sekian tu saje cerita Day 3 beauty di Bangkok. FUhhhh 1 jam buat karangan ni... Bepeluh tangan beauty menaip... hik hik... TQ for reading... Jumpa lagi di episod terakhir oke.... Muah ciked! :-*

No comments: