Wednesday, February 25, 2015

2015 Trip To Bangkok - (Journey) KL - Butterworth - Bangkok

Assalamualaikum. Siapa tak jawab dosa, jawab dapat pahala. Hehehehe.

Okay lah straight to the point seperti yang dijanjikan beauty akan cerita pasal backpacker trip beauty dan suami serta kawan kami 2 orang ke Bangkok, Thailand menaiki keretapi tanah melayu. :-)

So for this 1st entry beauty akan start from journey to north la kan. Untuk makluman pembaca yang budiman (ewahhhhh) tiket keretapi kami tak dibenarkan untuk beli awal masa tahun 2014, pihak KTM maklumkan kami hanya boleh beli tiket pada 20 Januari 2015. So memang sharp on that date member beauty run pi Kl Sentral belikan tiket kami berempat bertarikh 18/02/2015 Butterworth - Bangkok. Tiket dari KL memang tak de direct ke Bangkok, kalau dari KL memang kene transit di Hatyai. Hanya dari Butterworth yang ada direct ke Bangkok. Untuk makluman jugak tiket ketapi tak boleh dibeli one shot pergi dan balik macam kita selalu beli dalam Malaysia ni. Pihak KTM minta kami membeli tiket balik di Bangkok nanti. So kami yang tak tau pape ni folo je lah apa yang pihak KTM maklumkan kan. Dah keje diorang mesti diorang yang tahu. :-)

Oleh kerana tiket kami bertarikh 18/02/2015 so beauty, suami dan 2 org kawan kami memilih untuk memulakan perjalanan lepas waktu keje pada 17/02/2015. So bila sampai Penang awal dapat la rest kan before mulakan perjalanan jauh selama 24 jam di atas ketapi. Hik hik hik. Mulanya plan kami berempat naik 1 kereta ke Penang dan menginap di rumah mak cik beauty tapi last min kawan kami ubah plan sebab diorang nak balik kampung diorang kat Ipoh masa balik nanti. Makanya dengan pasrah lah kan sebab takkan nak halang orang nak balik kampung. :-) Dari rumah beauty gerak dalam pukul 8.00pm dan kami dah janji untuk berkumpul di RNR Rawang. Bila sampai rawang perut dah nyanyi lagu gigs so makan duluuuuu. Oleh kerana kami sampai lewat sikit member dah habis makan kami suruh diorang gerak dulu la lagi pun diorang da decide nak stay rumah adik diorang dan tempat tu jauh lagi dari rumah mak cik beauty. Dalam pukul 9.30 beauty dan wak piji mulakan perjalanan dan alhamdulillah kami sampai di Simpang Ampat dalam pukul 12... Haaaa jangan tak tau lagi 5km je nak sampai rumah mak cik si wak piji boleh nak makan lagi.... Hadoiiiii orang dah tak larat dia boleh gagah lagi mata nak melantak... Sabor je le.. So sampai umah mak cik kul 1 lebih la jugak menunggu wak piji habiskan makanan... Sampai rumah boleh bersembang lak dulu ngan mak cik kesayangan sudahnya tido pukul 2 lebih... Bahahahhaaaa....

Esoknya pagi dah bangun breakfast dulu mak cik beauty buatkan pulut makan dengan sardin... Hamboiiihhhh menjilat jari u ols... Amaceh acik & cik burn... Muahhh muahhh :-* Dalam 11.30am cam tu kami dah gerak ke Butterworth... Maklumlah 1st time nak naik ketapi jalan jauh cam tu so before jadi apa-apa better sampai awal... Dah sampai stesen ketapi tanya kaunter kul bape nak tunggu semua kami pun pi mamam dulu... Member 2 orang lagi sampai lambat sikit... Untuk makluman boarding ketapi adalah setengah jam awal dari waktu perjalanan... So kalau korang pegi pandai-pandai la budget time... Sebab memang ketapi masa kitorang naik tu cukup time dia terus gerak... Huhuhuuuu

Tempat duduk dalam ketapi memang selesa... Dia punya style 1 tempat duduk sorang... Bukan sharing-sharing... So tak yah gaduh montot besaq bagai... Hang duk seat hang, ceq duduk seat ceq... Mih mih mih... So lets tengok pict yang ada ni... :-)

Mak cik & Pak cik beauty serta anak bongsu diorang hantar kami ke stesen ketapi... Tengok budak musuk ni siap landing gitu atas kerusi kat stesen tu... Siap pakai sarung lengan ala2 kapten bola tu... hik hik hik

Ni cinta hati beauty... Yang selalu ada dengan beauty time travel walaupun banyak dugaan dia nak tempuh before dapat confirmation boleh pergi. Amaceh Wak Piji ku :-*

 Salah satu keseronokan naik keretapi adalah dapat tengok pemandangan yang sangat indah :-)

 Walaupun pemandangan tu adalah sawah dibakar. Hahahahahaaaa

 Tengok kehijauan....

Awan yang cantik....

 Masjid ni masa sampai stesen Arau, Perlis

 Ambil masa dalam 1 jam lebih jugak nak sampai ke arau :-)


Lepas je dari stesen Arau seterusnya adalah stesen Padang Besar which is tak lama pun dari Arau tu... Kat situ lah cop imegresen semua... Dan untuk pengetahuan ketapi akan stop kat situ dalam masa 2 jam... Ha masa tu nak terberak terkucil, nak pi makan bagai silalah pergi... Kami ni beria lah terkocoh-kocoh beli air bagai ingat stop kejap je... Huhhhh!

Sign sign bop cop.... :-)

Dan MESEJ PALING PENTING adalah sampai je Padang Besar ni kira dah masuk Thailand so korang boleh beli tiket balik kat situ jugak asalkan da masuk Thailand... Kami memang zero information about that ketapi dah jalan baru dapat tau dari abg keje stesen ketapi tu kat atas ketapi.... Punyalah frust kami masa tu... Why la info tu tak disampaikan oleh pihak KTM masa kami beli tiket kat KL tu... Dia hanya cakap tiket kene beli kat BANGKOK! Dan masa tu jugak dah dapat bayangan dari abang stesen tu yang tiket balik dah clear stock.... Sebab orang da banyak beli masa kat padang Besar dan masa tu adalah perayaan so memang tak jamin ada... So sementara nak sampai Bangkok untuk beli tiket balik confirm da habis... Huwaaaaaa nak nangis memang tak boleh dah... Kepala ligat cari jalan sudahnya rilek cool teruskan je perjalanan... Kemudian je kita fikir pasal tiket tu... If not karang memang potong mood... Huhuhuhuuu...


 Orang-orang yang masuk dari Padang Besar pun ada

 Mula-mula muka budget lawo

 Pastu kebuluq... Hahahhahaa


Dalam ketapi dia akan bagi borang masuk negara lain untuk diisi so make sure you all bawak pen lebih. If not memang menunggu je la pas sorang-sorang abih nulih. Wak Piji bab nulih memang maleh so beauty la yang isi borang dia. Dia tinggal sign je. Bos la katakan. Hik hik hik


Nih acah-acah je Wak Piji yang tulis... Padehal nan hado! Beauty yang tulis... :-p

Haaa abang ni la yang inform kitorang boleh beli tiket kat padang besar... So korang kalau nak beli tiket boleh cari dia kat stesen ketapi tu sebab dia boleh cakap melayu... Dan dengan dia pun boleh tukar duit BAHT...

 Masa ni Wak Piji tengah tenangkan hati... Sebab da bayang tiket habis. Mih mih mih


Pemandangan sebelum malam di negara jiran.

Wak Piji jangan ditanya. Di sambil makan pun boleh tido. Bahahahhaha

Kami sampai di Hatyai lebih kurang pukul 8 lebih waktu malaysia. Waktu Thai opkos la 7 lebih... Kata orang ketapi tu, ketapi akan slow je sampai Hatyai sebab now diorang tengah construction betulkan jalan ketapi. Tapi pas je dari Hatyai kembali laju seperti sedia kala :-)

Sampai Hatyai memang ketapi akan jadi lebih panjang sebab diorang akan gabungkan lagi 7 gerabak include cafe bagai. Haaaaa yang Muslim jangan gatai pi order makan pulak... Memang hidangan PORK saje... Nak yg bakar yg goreng semua pun ada... Hahahahhaa... So before naik tren makan la siap-siap dan tapau sekali nasi goreng ke mee goreng ke kat Malaysia sebanyak 2 bungkus... Satu tuk dinner dan satu untuk breakfast sebab sampai Bangkok memang dah pukul 2 lebih hampir 3... So boleh lah cover alas perut kan... Beauty and the geng memang harap megi je la yang ada... Wak Piji lah tu orang cakap nak tapau sekali dia kata tak payah sebab takut toilet ketapi tak dak air... JANGAN RISAU! Toilet A plus. Air ada, laju lagi. Nak toilet nyangkung duduk both ada. Siap ada sinki tuk berus gigi bagai if da bangun tido... Hihihi :-)


Sampai Hatyai jugak 'pramugara' ketapi akan datang dan jadikan tempat duduk anda ala-ala transformer jadi katil.

Kami sangat kagum dan batak oke sebab festime kan naik ketapi katil gini. Beauty masa kecik-kecik dulu penah la naik ketapi tido ni tapi mana nak ingat dah 28 tahun yang lepas. Bahahahaha

Siyes cakap katil SELESA gila especially untuk orang yang ada baby sebab katil belah bawah memang luas. Boleh guling-guling. Tilam yang dia pasang tu macam beli kat ikea je. Hik hik hik. Ada bantal ada selimut memang complete la :-)

Wak Piji sleep kat atas pun katanya selesa. Tapi jangan la tak tau ujung-ujung menempel kat beauty gak pepagi buta. Nasib katil bawah luas. Mih mih mih :-p

Muka happy. Kalau nak lebih selesa utk para ibu yang breast feeding baby sila bawak klip tuk klip langsir tu kat tepi dan tak terselak bila orang lalu. Actually tak de terselak mana pun kalau orang lalu. :-)


Kan beauty dah kata ada orang menempel pepagi kat tempat sleep beauty... Mih mih mih :-p

Dalam pukul 9 lebih morning waktu Mesia sampai Hua Hin. Hua Hin ni tempat dia ala-ala Port Dickson. Tepi Laut. Macam menarik jugak bila tengok. Next time la bola cuba teroka. :-)


Hampir separuh jugak penumpang yang turun di Hua Hin

Tokong kecil yang ada di stesen Hua Hin



 Masa ni ramai da turun kat Hua Hin

Our friends yang join. Diorang memang menempek tido berdua kat bawah. Sebab takut nak nek atas. Hahahhaa

Ketapi meneruskan perjalanan gedeng deng deng... gedeng deng deng (bunyi ketapi gitu la kot... hihihih) Dan akhirnya sampai Bangkok!!!!! Hoyehhhhh. Ni lalu atas River Side Bangkok...

Sampai Bangkok pukul 2.20 waktu thai sebenarnya tapi tah hape ketapi yg nak berlepas tu buat lama-lama kat stesen terus delay masa jadi 3 lebih. Adehhhhh

 







Dah sampai Bangkok! Now misi pencarian tiket balik dulu pastu baru boleh senang hati berjalan...

Oleh kerana kami pergi waktu Chinese New Year dan tak beli tiket awal di Padang Besar sebab tak tau boleh beli kat situ maka kesemua tiket SOLD OUT! Punah harapan berangan nak selesa tido waktu balik jugak... Huwaaaaaa! If ada pun tiket ke Hatyai sahaja itu pun semua perempuan sahaja. Lelaki punya tiket tak de. Pelik! So kami pun tanya lah kat kaunter information tu yang cakap english memang macam ayam itik jugak. Orang sini tanya sana orang sana tanya sini. So kami disuruh ke New Southern Bus Terminal Bangkok. Katanya naik teksi dalam 200 baht ke sana. Ok so kami berempat pun rushing la cari teksi. Teksi pertama kata 300 baht. So beauty teringat kawan beauty inform naik teksi bermeter. So teksi kedua pakai meter memang around 220 baht kot sebab jalan ada jem sikit. (TQ Flip bagi information berguna) . Sampai je kat stesen bas kami pun berlari anak la cari tiket bas. Mata terpandangkan Padang Besar. Ada beberapa bas je ke Padang Besar. Yang lain Hatyai, Dannok dan tempat-tempat di dalam Thai. So dah sebulat suara kata turun ke Padang Besar. Alhamdulillah dapat lah beli tiket balik Bangkok-Padang Besar berharga 886 baht. So now semua dah boleh senyum lega hati mulakan perjalanan ke hotel pulak.

Kami amik teksi dari Southern Bus Terminal tu ke Furama Xclusive Hotel yang terletak di Sukhumvit. Memang jauh gak dari terminal bas tu kalau ke hotel kami berbanding stesen ketapi. Dia punya jalan macam pusing 1 town. Nasib pakai teksi meter so harga around 320 baht je. Dan beauty mengambil langkah selamat menggunakan WAZE sepanjang naik teksi sebab takut kene tipu. Orang teksi pun kata Good dekat beauty sebab dia pun tak berapa tahu jalan ke Sukhumvit sebab katanya daerah territory dia lain selalunya. Bagus jugak keje kat tempat beauty sebenarnya banyak belajar pasal soft skill terutama critical thinking. So sentiasa bersedia dalam ape saja keadaan. Mih mih mih :-)


So dah habis part 1 tuk journey sahaja. Nantikan sambungan hari yang sama tapi tajuk Day 1 pulak ye ye ye. See you sayangsssssss. Tq for reading. Muackkssssss :-*

*Pict diatas adalah dari camera canon ku dan ipong pai masuk instagram. :-p

No comments: