Thursday, February 26, 2015

2015 Trip To Bangkok - DAY 1 - Sukhumvit - Siam Paragon

Continue after dah sampai Bangkok dan kiraan harinya adalah hari pertama la kan... Hihihiiiii

Sambil-sambil on da way ke hotel kami tu baru kami tau memang port hotel kami adalah kawasan yang ala-ala Bukit Bintang. Situ jugak ada Marriot, Sheraton semua. Dan paling best BTS (ketapi laju) pun jalan kaki je nak pi. Memang tak salah la pilihan beauty sebab masa booking hotel memang beauty siap search tempat bagai. Sebab kalau tanya orang sangat pun tiap-tiap orang pegi lain-lain tempat so tak tau nak pilih mana satu.

Nak dijadikan cerita kami sampai kat hotel lewat petang la kan sebab menjalani Amazing Race cari tiket. Boleh sampai kaunter receptionist tu cakap booking.com dah batalkan booking kitorang. Nasib laaaaaaaa beauty memang sebelum ni ada pernah email sendiri kat hotel tu untuk maklumkan kami kemungkinan lewat dan diorang pun sedia maklum. So manager dia datang kaunter bg tau receptionist tu kami masih boleh stay situ dengan rate yang kami dapat dalam booking.com. Fuhhhhhh! Lega weeehhhh. Beauty booking 4 hari 3 malam kat situ dapat dalam rm516 tolak tambah la tengok mata wang masa tu cam mane. Kalau duit kita masa tu tinggi mungkin lagi murah. Now kan duit kita tengah jatuh. Hotel ni lengkap dengan wifi, gym dan swimming pool bagai. Ex client Wak Piji cakap murah gila sebab diorang dapat stay tempat harga lebih sikit dari kami tapi ala2 guest house biasa je. So thumbs up to beauty. Kih koh kih koh :-p (moral kat sini kalau korang nak selamat after booking sila email dulu kat hotel untuk sebarang kemungkinan)


Our hotel entrance


Depan hotel kami ada pembuat coffee yang sedapppp. Tapi beauty minum hot choc la. Heheheh

 Sampai hotel dia bagi welcome drink air mango yang sedap bak ang! :-D Masuk bilik teruja. Besar best. Complete dengan microwave semua. Bagus la kan boleh masak megi ngan proper. Ikutkan nak masak sardin tapi pembukak tin nan hado. Beauty lak pi bawak stock dari rumah je memang xpenah beli yang boleh bukak pakai tangan je. Hik hik hik

 Bath tub!!!! Nih syok okeh memang diperlukan after jalan seharian penat rendam dalam air panas. Bestttttt! :-D

Hotel kami duduk memang ramai orang Arab dan Jepun duduk so setiap label ada bahasa jepun dan arab. Tapi cafe je tak boleh nak makan kat situ sebab non halal. Kawasan Sukhumvit pun memang ramai orang arab so makanan halal banyak la kat luar-luar tu cuma mahal la. Sebab dia pun bukan target orang Malaysia makan kan. Target orang Arab yang memang banyak duit. Hik hik hik. Dan hotel memang berdepan ngan hospital. Mana la nak tau kot terpeleot kaki ke kan nak massage2 memang tak heran la cari hospital dulu. Mih mih mih

So after check in, mandi dan rest kejap kami keluar balik tuk tinjau-tinjau keadaan. Ye lah nanti senang untuk hari-hari seterusnya. Jalan punya jalan memang dekat je ngan BTS. Stesen BTS yang berdekatan dengan hotel kami termasuk novotel hotel, nana hotel bagai adalah Phloem Cit. Betul ke spelling? Ha belasah janji bunyi sama. Hahahahahhaaa. Sebab kalau ikut map nampak macam dekat Siam Paragon la, Hard Rock la tapi agak la maraton gak nak sampai kalau 12km kan. So dari Phloem Cit kami amik BTS turun di Siam. Amik BTS yang menghala ke Mo Chit. Tak lama 2 stesen je dari tempat kitorang. So kat Siam tu memang ada bridge terus masuk ke Siam Paragon belah kanan, Festival Mall kot belah kiri. Ha yang belah kiri memang area Hello Kitty House dan kalau nak ke Hard Rock Cafe Bangkok. :-)


 Nih hospital depan hotel

Kami jalan kat sini terus je belah kanan naik stesen BTS dah. Dekat je :-)

My man :-)

 Sebelum BTS tu memang lalu bank ni. Besauuu






 Burger King ni pun dekat. Memang pendek kata semua dekat-dekat la ngan hotel kami




  BTS diorang efisyen jugak la :-)

 Beauty with Aya. Eh! Nape muka Aya cenggitu? Nantuk eh? Hik hik hik

Bangunan kiri kanan memang ada lambang sayap2 tu :-)

Dah sampai Siam. Kiri Festival Mall kanan Siam Paragon @ Siam Center

Masuk-masuk jumpa ngan Pikachu. Bapak comel jalan terkedek-kedek. Hihihihihi


Nih LG Siam Paragon. Kalau suka makan mahal2 sini la tempatnye. Hik hik hik
US :-)

 Beauty bam bam :-p



Kalau nak tau ni landasan BTS kat Siam Station. Kemain berlapis-lapis kau one shot kiri kanan. Lagi maju dari KL. Hik hik hik



 Ha ni sebalik cerita beauty selfie atas tadi. Hahahahha

 Diorang memang jaga tourist sebab tourist bawak duit kayakan negara diorang. Hik hik hik



Siam Paragon tu ala-ala Pavi atau The Garden la kalau nak tau. Orang kaya-kaya banyak la shopping situ sebab ada Hermes, LV, Chanel & so on. Kami? Mampu tengok je la. Pastu hamik gambor kat depan mall. Hahahahahhaaaaa. Jalan punya jalan member kitorang cakap dah lapar and dah tak larat. So kami pun decide tuk balik dan pegi makan. Cari restoran halal area hotel dan kami jumpa Bangla House Restaurant. Makanan memang mahal la, Lamb Kabsah kat Malaysia baru rm12-15 depa punya memang RM25 ke atas. Haaaaaaa makan tuk 2 hari tu. Hahahahhahaa. Tapi sebab dah lapar malas fikir bedal je. Esok-esok je kita cari kedai halal yang lain. :-D

Ni la dia entrance Bangla Jouse Restaurant. Mahal tapi sedap. Sokey janji kami kenyang. huhuhu

So balik hotel taido sebab nak recharge tuk perjalanan jauh esoknya pulak. Membebel-bebel sembang ngan Wak Piji sampai dua-dua dengkuq. Hik hik hik.....

Oke sayangs... Habis cerita day 1... Biasa-biasa je sebab habiskan waktu yang tinggal before hari seterusnya... See you on day 2 my loves... Muackkkkssss :-*

No comments: