Monday, January 12, 2015

Adik Beauty Dah Kawen

Assalamualaikum semua...

Hey beauty is back!! Huak hak hak hak... :-p

Hah dah 3 minggu lebih kot majlis habis baru terhegeh-hegeh nak update kan... Dah basi dah boleh jadikan tapai pun sodap... Hik hik hik..

Anyway beauty nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat beauty yang datang dari jauh dan dekat yang hadir ke majlis perkahwinan adik beauty... Jasa anda semua beauty kenang :-)

Penat majlis tak payah nak cerita dah 2 minggu habis majlis pun still terasa penat nya walaupun buat kat dewan pastu pakai catering... Phewwww... Bayar check in hotel 3 hari 2 malam pun jadi tido 1 malam je sebab 1st night tu beauty busy pasang pelamin dengan aunty dan pastu dengan preparation barang candy buffet tuk majlis adik tu lagi.. Bayangkan beauty tido pukul 5.30am tatkala orang lain beradu lena tinggal nak bangun solat subuh je... 5.30am tido 6.30am bangun... Badan kaki tangan sakit tak payah cerita digagahkan jugak demi menyelesaikan tugasan yang ada... Sian kat mummy jugak yang sampai demam-demam handle majlis ni... Jadi dia memang harapkan beauty je... Anak sulung dan tak de anak lain lagi dah nak harap sebab kami 2 beradik. :') Bangun pagi siapkan barang makanan candy buffet pastu siap-siap pakai baju, siapkan mummy punya tudung sebab dia tak reti pakai shawl hik hik and terus pi dewan standby susun goodies... Nasib lah 2 orang hero cetoet beauty Amir Irsyad dan Amir Irfan ada tuk tolong kak long susun goodies punyalah excited diorang sampai menggunung disusun goodies... Hik hik hik... Kak long owe you sayang nanti balik KL again kak long banje oke :')

Overall alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t majlis berjalan lancar. Para tetamu semua inform makanan sedap, candy buffet ohsem, pelamin simple & cantik, pengantin cantik, suasana majlis meriah dan santai. DJ best terbaek kami jemput khas dari Dengkil. Jangan tak tau kami satu family lepas gian karok tak hengat sampai habis majlis lepas beliau beliau. Hahahhaa. Photog pun best. Mesti lah photog best kan dah nama team photog wak piji. Hik hik hik. Cuma 1 je kami tak puas hati group kompang. Siyes cakap group kompang tu masa majlis kawin beauty dulu we can said they are the best but tak tau kenapa agaknya dah femes terus tak nak jaga kualiti kan.. Kita bayar penuh tapi group yg datang 6 orang if tak silap.. Dah la datang lambat, sampai pengantin terpaksa tunggu pulak kompang datang, pastu datang tak cukup orang tak cukup alat. Alasan ada yang kene kerja lah what ever. So kalau dah macam tu why agree nak amik job? Pastu main kompang betul-betul time berarak je pastu pengantin dah naik pelamin terus stop. Abg DJ pulak siap tanya ada nak main lagu lagi diorang boleh kata tak de dan terus nak blah. Haaaaa memang hangin di situ so kami pun habis majlis buat complain kat pengurusan diorang and get back our money. At least half. Nasib lah kan, dah half yang dtg so half je la korang dapat. Nasib aunty tu tak cakap banyak sebab dah memang salah diorang kan. Mohon jadikan pengajaran jangan buat majlis orang macam tu lagi. Kawen bukan tetiap bulan. Seumur hidup sekali insyaAllah.

Habis je majlis kemas-kemas bersihkan dewan pun dekat maghrib gak habis. Sampai je hotel jangan tak tau beauty & wak piji konon nak mandi bagai dulu bersihkan diri pastu baru tido. Sudahnya memasing sempat tukar baju je konon nak luruskan pinggang before mandi alih-alih dua-dua terlelap sampai pagi. Punyalah penat kan. Dua-dua bangun tido pandang diri masing-masing terus gelak sebab tau masing-masing tido tak mandi. Bahahahahha :-D So bangun tido golek-golek jap then breakfast kat cafe before check out. Ikutkan hati nak je extend semalam lagi sebab tak larat nak balik tapi mengenangkan cuti dah habis abaikan je la. Wak piji cakap nanti kita check in hotel lagi lain hari. Berdua-duaan honeymoon ewaaaahhh :-p 

So dah habis berceloteh jom kita layan gambar. Beauty amik random k ni pun sedut awal gambar dari photog mentang-mentang kengkawan wak piji kan. Nasib jugak dah habis bayar kalau tak segan jugak nak mintak sedut gambar. Hahahahah :-p Non edited pun tetap ohsem gambar diorang ni. :-)

Aktiviti pemasangan pelamin gedabak. Simple tapi susah sebab stage besar gila. Adeh :-D





Solemnization :-)


 
My 1st time put his picture here. My real dad :-)


 

Reception Ceremony :-)



   











 



 

  

































  




Sekian tuk entry panjang beauty dan banyak gile gambar tuk kali ni. Untuk yang memang ada FB beauty memang dah tengok dari awal kan.. Hehehehehe... :-)

Buat adik tersayang... Selamat menempuh alam pernikahan dan perkahwinan buat adik & fendi.... Semoga sentiasa dirahmati Allah dan berpanjangan hingga ke syurga... Jangan lupa ayahanda bonda yang telah banyak berjasa... Jenguk-jenguklah selalu mereka jika ada kelapangan... Semoga tabah dan sabar menempuh segala ranjau dan manis alam perkahwinan... :-)


Deco Dais / Dress / Make Up : D'Cora Bridal & Beauty Studio
Official Photographer : The Assemble
Candy Buffet : Miszbeauty Candylicious
Photobooth & Props : D'Cora Bridal & Miszbeauty Candylicious
Catering : Soon to be update
DJ & PA System : Pak Su Shukor

No comments: