Monday, November 04, 2013

Nikah.. Tunang... Nikah... Tunang...

Assalam semua... Beauty percaya most of you ols tengah sambung cuti lagi sampai esok kan? I is jeles! Huk huk huk. Nak buek camno cuti dah tak de kene standby cuti-cuti ganti yang lain tuk emergency or holiday. Tu paling penting. Hik hik hik :-p

Anyway before beauty continue story mory beauty nak mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua yang beragama Islam. :-)

Oke back to the topik beauty nak cite pasal majlis ijab dan kabul kawan kami Puan Qistina & Syafiq serta majlis pertunangan Cik Ain officemate kesayangan beauty... :-) Hari Jumaat lepas beauty amik half day mintak bos kuar awal untuk attend ijab dan kabul pasangan merpati dua sejoli kat USJ 9... Alhamdulillah majlis berlangsung dengan rasa terharu dan gembira setelah mereka selamat dinikahkan dengan sekali lafaz... Good job Syafiq... Hik hik hik... OP tuk video on that day Khairil Aslan Photography dan OP tuk photo from The Kliker Wedding Portrait & Photography... Photog lain pun ada jugak hadir hari berkenaan memandangkan si Syafiq ni sendiri photographer... hik hik hik... My beloved photog Fizzy Ilham pulak tidak dapat menghadirkan diri kerana bekerja, jumpa pengantin this week je kat majlis bertandang... So gambar kitorang je la masuk video & photo semua... Yeyyyy!!! Hubby is jeles.. Kekekeke :-p

Jom layan gambar dari pict ipong beauty ye... Dan dari photog-photog yang ado ;-)

 Amik la intro muka tak silap ni. Hahahaha :-p

 Masjid Al-Falakh USJ 9. Cantik masjid ni.

 My lil sis yang jadi peneman setia ;-) Yang pakai songkok tu photog ensem OP majlis. hik hik hik

 Standby standby

 Sempat senyum makwe cantik ni :-)

 Kusyuk dengar khutbah nikah

 Aku nikahkan dikau

 Aku terima nikahnya.

 Alhamdulillah yeyyyyyyyyyyyyyyyy!!!! :-)

 Pandang camera la capik :-p

 Ciom tangan suami :-D

 :-)

Ehem ehem... ;-)

Pas habis majlis beauty, lil sis & meeza kawan kitorang terus gerak makan kat Murni.. Sebab masing-masing dah kebuluq... Tak pergi pun rumah Qis sebab sian dia nanti tak terlayan kami sebab family semua pun da ramai.. :-) Majlis resepsi kat dewan semalam pun beauty tak pergi sebab hubby ada shoot wedding kat Shah Alam so insyaAllah akan menempek di majlis bertandang sebab sana hubby shoot sekali ngan Aslan.. See you soon Qis :-) 

Ni video by Khairil Aslan Photography... Beauty upload yang ni la k tak yah amik dari iphone sebab yang ni ada muka kitorang sekali... Bahahahah.. Good job Aslan! ;-)

So kat sini Kak Az nak buat shout out untuk Qis & Capik, selamat pengantin baru... Semoga Qis & Capik bahagia hingga ke syurga... Semoga tabah dan sabar menempuh alam perkahwinan... Banyak-banyakkan musyawarah antara suami dan isteri dan keep cool macam selalu oke... Amin amin amin ;-)


Malam tu beauty bawak family dinner tuk celebrate birthday Mummy & Lis so beauty selitkan sini sekali ye... :-p

 Favorite place ever :-p

 Yup, theres no place :-D

 My lil happy family ;-)

 My favorite dishes... Lamb!!!!!

 Mummy with her Ribs & Chicken... Daddy mamam same ngan beauty :-D

Lil sis mamam burger sudahnya dia makan makanan yg kita punya gak... Adedehh!! :-p
TQ staf chilis tolong amikkan pict family kami... Hehehehee...

Beauty happy tengok family happy... Siapa lagi kita ada selain diorang yang susah senang dengan kita ;-)

So tiba hari Sabtu majlis pertunangan partner in crime beauty kat office... Sebab we both same department... Buat segalanya kat opis mesti sama-sama.. Bahagi tugas sama-sama, cheating pun sama-sama.. Hahahhaaaa... Ain ni pangkat adik... :-) Mengenakan baju pinkish dengan shawl turqoise memang menaikkan seri si Ain... Happy tengok dia on that day... Dalam keayuan pun still terselit brutal... Hik hik hik... Majlis ni Fizzy Ilham Photography yang jadi OP.. :-) majlis meriah sangat sebab family Ain sendiri pun dah ramai... Mak Ain sporting habis... Family lelaki pun best senang nak suruh bergambar... Bila semua best kerja hubby pun jadi senang... Asik duk puji je family Ain... Hik hik hik ;-) Jom tengok pict sikit yang beauty amik.. :-)

 My sweet & beautiful Ain.. Congrats sayang ;-)

Mak lelaki sarungkan cincin.. Muda mak dia... :-)

 Kenangan pict dengan future MIL ;-)

So thats all beauty habiskan hujung minggu... Hari ahad keje beauty tido & tido melepaskan segala dendam tak cukup tido... Bangun tuk salam ciom hubby before dia pi keje... Mandi breakfast jap pastu baca novel & tido balik.. Petang sikit baru kuar lunch cum dinner kat ikea dengan adik-adik... Malam tengok bola kat rumah je sebab hujan lebat... Hiihihiiii.... Buat Ain, tahniah kak ucapkan semoga semuanya selamat sehingga hari berbahagia Ain nanti.. InsyaAllah ;-)
So kat bawah pict resepsi Qis & Capik yang beauty tak pegi dari photog

Credit to Shah Mohammed Photography ... 
Superb photo Abg Shah! Rasa nak kawen sekali lagi... hihihi

Credit to The Kliker Wedding & Portrait Photography
Abg Iryma... Boleh amikkan pict anniversary saya cantik macam ni? Heheheh :-p

Dan bawah ni pulak pict majlis Ain by Fizzy Ilham Photography :-)

Makeup by Ain's cousin. Beauty tolong pakaikan tudung je ;-)

 Rombongan lelaki serba biru

 Pak cik Ain berbaju hitam & Ayah Ain berbaju kemeja berbincang dengan pihak lelaki :-)

 Sila lah tengok cincin tanda dari pihak kami.. Kata wakil pihak lelaki.. Ecehhh pepandai je beauty bagi dialog.. Hahahahaha

 Future MIL Sarung cincin ;-)

 The Rings

 Cik Ain and soon to be Puan Ain :-p

 :-)

Selingan dengan adik-adik dan cousins Ain.. hihihi :-p

Oke dah habis... Tataaaaa :-p

No comments: