Monday, November 18, 2013

Burger Bytes (Restaurant Zizan MLM)

Assalam and hello Monday... Dah lama rasanya beauty tak story mory pasal jalan-jalan cari makan kan... Ye lah kalau dah lama tak story tu maknanya beauty masak-masak kat rumah je ataupun pi makan tempat yang dah biasa masuk dalam blog ni... Muehehehe :-D

Oke nak cite pasal malam tadi beauty, hubby, nurul, ray & cuzie nurul lepak kat Burger Bytes restoran burger si Zizan yang baru je dia bukak tu. Restoran tu kat Damansara Perdana. Nurul la tu bising beauty tak nak jumpa dia ke, tak rindu kat dia ke. So oke nanti ada budak merajuk so kami set time & place. Ingat nak layan takoyaki je kat Asia Cafe suddenly nurul cakap jom la test benda baru. Burger Bytes @ Kulcats. So we decide cuba BB dulu. So far so good. Burger dia boleh tahan sedap tak kering sangat dan juicy. Tempat pun just nice tuk lepak-lepak. :-) Malam tadi beauty makan Burger Beef & Bacon. Sebab beauty tak tau nak makan apa and tanya orang cashier tu apa yang best so dia suggest yang tu. Hihihihi. Hubby pulak makan Sizzling Lamb Burger rasanya... And jangan tak tau makan sambil menikmati sampai lupa nak snap gambar... Dah habis baru sedar... Hahahhaaaa... Gambar yang ada pun si nurul main-main henpon beauty and snap snap kitorang candid... :-p

 Asik tengok burger orang pastu cuit sana sini.. :-p

Wifey : alaaaaa... nape amik orang punyeeeee...
Hubby : Eleeee. Sikit je kedekut cuk ni..

hik hik hik :-p

Kedai dia senang je nak cari. Betul-betul depan Friendscino Damansara Perdana. Kedai corner lot. Kalau tak tau amik alamat ni masuk gps ;-)

Jalan PJU8/3A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Oke guys! Selamat menjamu selera kalau pi sana. Makan ingat-ingat kat beauty oke. Next time nak cuba new restoran pulak. Any suggestion? Yang best-best la. Hehehehe. Tataaaa ;-)

No comments: