Thursday, October 31, 2013

Trip To Krabi : Day 3 & Final - ( Aonang, Poda Island, Chicken Island, Elephant Ride )

Hari yang dinanti telah tiba... For those yang tengah mimpi nak ke Krabi waktu-waktu gini beauty mohon ampun awal-awal sekiranya gambar-gambar ini membuat anda lebih bersemangat berkobar-kobar geram nak ke sana sebab beauty sendiri yang buat entry nih pun sakit jiwa balik nak repeat pi sana... Bahahahaha :-D Dah tengah bersemangat nak update semua kan so beauty pulun habis sebelum semangat berblog merudum semula gara-gara busy... Skang ni ilek ilek sikit bos menanti masa nak pi oversea je.. hehehheee :-D .. Before that pada yang belum baca yang sebelum ni boleh klik kat DAY 1 & DAY 2 ;-)

So hari ke 3 adalah hari bagi muda mudi yakni beauty, hubby & lil sis... Sebabnya hari main air... Mummy, daddy & granny dah surrender hands down sebab masing-masing dah mabuk laut pusing-pusing tak larat nak naik boat lagi... Tu pun kalau tak hubby pun tak nak snorkling island hoping bagai sebab dia sebenarnya tak suka laut... Hello! Beauty pun tak mandi laut sangat tapi dah tujuan utama ke sana kan so mesti la wajib buat benda-benda tu so dengan hati yang paksa rela dia ikutkan jugak kehendak beauty... Kih kih kih :-p So memang dah planning awal pagi hari ke 3 tu wajib pergi cari gajah... Sebab kalau tak jumpa gajah adik kesayangan beauty akan moody dan confirm dia pun tak nak ikut beauty snorkling... Hahahahha :-p So win win situation la kan... Pagi tu kami cadang nak breakfast area hotel tetiba jumpa tut tut so terus tanya harga nak ke elephant ride... Terus contact mummy suh standby depan hotel kami datang dengan tut tut nak gi cari gajah... hihihiii... Driver tut tut kami orang Islam nama dia Abdullah... BAIK SANGAT oke! Kami cakap kami belum breakfast nak makan dulu dia kata tak pe dia boleh bawakkan dan tunggu kami makan... Dan dia bawak kami ke kedai makan biasa-biasa je tapi SEDAPPPPPP!!!!!! Kedai tu if from jeti Aonang jalan terus je sampai hujung jalan ada corner kedai tu betul-betul seberang corner tu.... Nasi apa tah kami makan kaler kuning, kuah gulai, ayam goreng siap air sorang dalam 70baht. Murah dan sedap! Puas hati. Ulam-ulam untuk makan semua free..Tq Abdullah.. Kalau pergi sana lagi confirm cari awak je bawak kami jalan-jalan... (eh macam dia tau bahasa melayu & baca blog ni jek :-p)

Jom layan pict sekali story mory ye... Kali ni entry beauty terpaksa collage semua gambar sebab gambar tuk entry ni je 100 plus so pitam nanti scroll bawah panjang gila... Hahahahhaha :-p



1st tu pict breakfast... Mummy, daddy and granny semua dah breakfast kat hotel kami je belum sebab bangun lambat... Hahahahhaa... What to to :-p Perjalanan ke tempat elephant ride dari hotel kami ambil masa dalam 15-20 min je macam tu... Boleh naik tut tut macam gambar van merah di atas.. Boleh naik hingga 6 orang ngam-ngam je tuk kami... Harga 600baht return saje... Dengan Abdullah ni lagi la siap tunggu kami makan bagai, hantar mummy daddy balik hotel, tunggu hubby nak beli baju, hantar kami ke jeti tuk island hoping siap call arrangekan boat tuk kami but still harga tu... So kami decide tuk bayar dia 700baht... Punya la dia happy... :') Nanti beauty update fon number dia kat sini sebab tertinggal kat rumah... So if sesiapa nak ke sana boleh guna perkhidmatan dia... :-)


Nasib kami malang sebab tempat ride gajah yang muka-mula kami pergi fully booked... Pukul 3.30pm baru free... Dah kalau pukul  3.30pm baru free takkan kami nak tunggu situ berjam-jam dan apa jadi ngan island hoping kami? Dah lah nak tengok gajah pun dia tak bagi... Kami nampak telinga baby gajah je dari jauh... Tapi bak kata beauty awal-awal tadi Abdullah such a good person... Dia bawak kami ke tempat lagi satu tak jauh dari kawasan mula-mula tu dan sampai-sampai je BANYAK NYEEEEE GAJAHHHHH!!!! weeeeeeeeeeeeeee ;-) Si adik la paling happy... :-p Mummy dah tutup-tutup mata geli geleman... Kekekeke :-p Tapi nasib masih tak menyebelahi kami semua gajah kat situ pun fully booked... Uwaaaaaaaa tak tau pulak kene book bagai kan... Si Adik muka dah muncung.. Bertenang-bertenang.... :-D



Dan beauty pun cuba nasib minta Abdullah tanyakan boleh tak bagi Adik beauty naik gajah sekejap je pusing-pusing kat situ dan amik gambar... Tak pe lah kami bayar jangan risau... Janji dapat naik... Setelah berbincang Alhamdulillah diorang bagi Adik naik dengan harga 200baht just pusing-pusing situ sebelum orang yang booking sampai... And she is soooooooooo happy!!! Excited gila dia dapat naik gajah.... Tengok je la dalam gambar-gambar tu.... Hik hik hik... Apa saje asalkan dapat puaskan hati adik kesayangan... Mummy dah gelak-gelak tengok si Adik... Kekekekeeee...... So untuk next time better buat booking awal-awal supaya tak de berlaku keadaan macam ni... Nasib masing-masing tak boleh agak kan... Ada orang tak yah booking tapi dapat ride gajah kebetulan masa tu orang tak ramai agaknya :-) Harga penuh tuk ride gajah jungle tracking, mandikan gajah semua dalam 800baht/person.. InsyaAllah next time :-) Pastu balik hotel ada kesan lebam besar kat lutut dia rupanya dia pi langgar besi tempat duduk atas gajah tu... Alahaiiiii adikkkk adikkkkk :-p

video
Si adik bersama gajahnya.... Hehehehehheeheee



So si adik dah puas hati, kami pun puas hati jugak sebab tak de orang muncung panjang nanti and kami pun dapat bergambar ngan gajah even jauh-jauh... takut nak dekat yang tengah ikat-ikat tu risau kene pijak.. Hahahhaaa... So its time for ME! Hew hew hew :-p Kami sewa Long Tail boat kepunyaan abang si Abdullah... Alamak lupa nama dia... Harga tuk half day visit (2 island) 1700baht per boat... Seuppose tak include barang snorkeling sebab half day tapi sebab dengan abang si Abdullah kami dibagi free... Muehehehhee.... Tak kira la mahal pun tuk 3 orang janji dapat gak... lagipun kami ber 3 je dalam boat so BESTTTT!!! sebab private tak campur ngan orang lain.... Hihihihi..  


Gambar-gambar di atas adalah sepanjang perjalanan ke island pertama yang akan kami visit yakni Poda Island... Poda Island ni tempat persinggahan je.. Tak macam Phi Phi Island yang you all boleh stay ada hotel bagai... Sambil merentasi laut nak island hoping kan, mulut tak habis-habis memuji kebesaran Allah yang mencipta alam semesta yang indah... Langit biru dengan awan yang berkepul-kepul, laut biru kehijauan.. Ya Allah tak jemu mata memandang :-)


Dalam 20min jugak masa yang diambil untuk ke Poda Island tu... Sampai-sampai je hati riang gumbira.... Mana tak gembira laut jernih gila tak sabar nak masuk dalam air... Dan kami ingatkan snorkeling kat area situ tapi pemandu boat cakap sini pantai mandi-mandi lepak-lepak dan ambil gambar je... OK NOTED! ;-) Jangan tak tau Fauziah Gous & husband serta krew produksi astro pun pergi ke Krabi gak time kitorang ada kat sana tapi mungkin schedule aktiviti kami tak sama so tak de terserempak pun... Yang beauty tau dia pun ada singgah ke Poda Island ni sebab tengok gambar dia kat blog gosip... hik hik hik :-D mandi kat tepi pantai tu pun still ada ikan lalu lalang tau... Kene langgar ngan ikan slamber je kan berenang tak de lesen betul ikan ni... hihihihiii :-D


kat Poda Island tu pun ada jual-jual makanan so tak perlu risau la if kebuluq ke apa kan... Tapi sila berhati-hat dengan monyet kat sana.. Kemain ganas kan slamber nak rampas makanan orang... Maybe sebab dia dah dibiasakan dengan orang feed makanan kat dia so dia tak takut ngan orang... Si Adik sampai tercampak la jagung dia... Nasib dalam plastik dan terus beauty simpan masuk dalam beg.. Harga jagung bakar kat pulau tu 40baht, air tin 30baht.. kalau kat cafe yang hubby beauty lepak minum tu air dia mahal sikit... Sebab kiranya tu tempat minum paling class la kat situ... Hahahhahaa... Oh ya, kawasan lepak tepi pantai tak perlu bayar apa-apa tapi kalau nak masuk tengah-tengah kawasan kat pulau tu bawah-bawah pokok banyak perlu bayar 20baht seorang.. :-) Nampak tak beg kelabu yang hubby beauty bawak tu... Beg tu waterproof beg so korang kalau ada beg tu senang boleh bawak snorkling bagai tak masuk air... So if korang guna boat yang share ngan orang lain tak perlulah tinggalkan beg dalam boat kan ;-) Ada di jual disekitar Aonang harga beauty tak sure.. Tapi kalau beli kat Phi Phi Island boleh dapat 280baht tuk 5liter punya beg... After nego lah tu... Cuma tak de lah brand hyper gear bagai kan.. Beauty pakai hyper gear tu pinjam kat cousin hubby sebab dia yang pesan bawak beg tu... Dan skang kami pun ada beg tu sendiri hubby belikan. TQ suami sebab tunaikan semua permintaan isteri... :-D


Pas dah puas lepak kat Poda Island kami dibawa ke Chicken Island untuk snorkeling... Kami melewati kawasan ber stalactite stalagmite ... Cantiknyaaaaa dan tiba-tiba ada tangga... Amboihhhh... Sampai situ diorang main terjun tiruk... Nasib lah beauty tak sekental tu... Kalau tak nak gak cuba.... Snorkling tu pun 1st time... Pastu gian... Hahahhahaa :-D

video
Life video sambil-sambil dalam perjalanan ke Chicken Island :-)


Its snorkeling time and everyone get ready for it.... Hihihihii... Dah macam robot je masing-masing... :-p Jangan tak tau my hubby musuk tu penakut rupanya... Takut sebab tak tau berenang.... Nape tah nak takut, kan ada life jacket... Dan setelah dipaksa dia turun gak tapi duk tepi boat je la... Hahahahhahahaaa... You just soooo funny my hubby... :-D


Beauty sebenarnya tak selesa with the life jacket sebab dia besar & tak boleh nak ketatkan lagi... Size ngam-ngam xde... So bila masuk dalam air dia naik ke atas makanya beauty tak boleh nak explore lebih macam si adik sebab asik duk tenggelamkan my life jacket... Sabor je lah... Bila dah lama sikit baru oke tu pun asik kene betulkan... So puas lah duk dalam air tu amik gambar semua... Sebab gambar yang penting... Hahahahaaa ;-p Paling best ikan ikan tu macam tau orang nak amik gambar so dia akan enter frame selalu if nak amik gambar :-D


Gambar lagi.... Suke suke suke!!!! Tq suami sebab belikan waterproof casing for diving so boleh amik gambar di mana-mana dengan hati yang gumbira... Hik hik hik ;-)

video
Ni si gembala ikan bagi ikan makan... Kekekekekekeee


Setelah semua kepenatan dan puas masing-masing naik atas boat dan ajak pemandu boat balik... Fewwwwwww..... Before balik dia bawak kami tengok kepala chicken yang menyebabkan island tu dinamakan chicken island :-)


Tu diaaaaaaaa... Memang betul-betul macam rupa ayam pulau ni dan kalau diimbas balik macam bentuk unta pun ada... So boleh dipanggil Camel Island jugak EH! Hehehehehee :-D Si adik busy menghabiskan jagungnya setelah kelaparan... Jagung yang hampir diragut oleh monyet masa kat Poda Island... hik hik hik :-D


Dah habis aktiviti snorkling kami decide tuk terjun dalam swimming pool pulak sebab nak bilas badan... Aci kan gitu? Hihihihii... Oh ya, balik dari jeti ke hotel kami naik teksi moto harga 40baht sorang... :-) So bergambar sakan la pulak kami di swimming pool yang memang kami je berenang kat situ... memang best la kan... hik hik hik :-p


Dah habis berenang naik atas mandi, rest kejap dan masing-masing kebuluq dah... So lets having dinner! Naik moto teksi ke pekan Aonang 30baht per person dan kami dah siap-siap bawak payung sebab hari dah gelap... Betul-betul sampai ke kedai makan hujan turun lebat gila... Tapi kejap je la then just hujan renyai-renyai... balik ke hotel kami decide jalan kaki sebab hubby nak beli barang yang orang kirim dan sambil-sambil tu kami menapau segala pancake makanan bagai tuk mummy & granny... Pastu mummy bising why tak bagi tau dia nak terus kuar dia nak beli seluar & baju lagi... Sorry mummy kebetulan je lagipun hujan... Sudahnya mummy balik KL duit baht dia banyak gila lagi sebab tak shopping.... Oke boleh simpan for next trip... Kekekekek :-p Nak bagi tau kat korang if nak kuar duit lagi kat sana better tukar kat CIMB Thailand terus sebab harga murah berbanding money exchange yang lain... Banyak gak la lebih yang hubby dapat masa tukar kat CIMB Thailand... :-)


Rezeki kami balik jalan kaki ke hotel kami dapat tengok sunset... Subhanallah Allahuakbar... Cantikkkkkkkkkkkkkkkk........ Rasa tak nak balik... :')

Malam tu sampai hotel makan segala makanan yang ditapau.... Pastu packing barang standby sebab subuh dah gerak ke airport tuk pulang ke pangkal jalan.... Uwaaaaaaaa... tak puas tak puas... InsyaAllah kami akan repeat ke sana tuk jelajah pulau-pulau yang belum kami terjah lagi... Mudah-mudahan murah rezeki... Aminnnnnn :-)


Beauty akhiri gambar kami kat airport Krabi menanti waktu naik flight tuk pulang.... huhuhuuuu........ :-D Yeyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!! Tamat sudah entry #beautytrip2013 #triptokrabi beauty kali ni... Mohon ampun maaf kalau ada salah silap error dalam blog ni... Beauty dah cuba keluarkan segala ingatan sehabis mungkin... :-) Terima kasih sebab setia menanti entry baru beauty.... Ngam-ngam sejam time lunch duk karang entry ni... Hiihihiiii... Daaaaaaaaaaaaaaa ;-)

*sila click di setiap gambar tuk paparan lebih besar eh. sebab bila beauty terus jadikan besar rasa berselerak pulak. tak kemas jadinya blog ni. hehehehe *

No comments: