Tuesday, October 08, 2013

Nana & Sean Wedding

Assalam semua.. Beauty dah start sleepy ni sebenarnya tapi rindu sangat dengan blog yang bersawang ni.. Huhu

Nak update pasal kenduri kawen adik angkat beauty nanti last week sebelum kenduri akan datang pulak menyusul tapi tak tau nak celah kat mana masa sebab now beauty busy sangat kat opis n life beauty. Kat opis busy sebab kerja dah bertambah memangku setiausaha bos tu yang tak menang tangan. Kat rumah pulak jadi suri rumah which memang kene mengekor je ami ayang aye tu ke mana saje dia suh teman, kerja-kerja rumah bagai lagi. Huhuhu. So beauty update skang je la mana mampu oke.

Anyway beauty nak say congrats dulu buat adik angkat beauty yang selamat bernikah last week dengan buah hatinya yang tercinta. Berbangga sangat sebab diberi penghargaan dan dianggap macam family sepanjang beauty berada kat rumah beliau di Perak. Meriah sangat keluarga diorang. Mak, ayah, ibu, angah, mak ngah, mak tam, mek xara, kak syida, adik aenol, semua semua la terutama yang diraikan my dear lil sis Nana & Sean yang ting tong lagi lawak. Hik hik hik. Serius beauty hppy sangat sepanjang kat sana, dapat menyumbang tenaga mana yang mampu dan diberikan layanan yang buat beauty sedihhhhh sangat nak balik. Tapi kene balik jugak sebab incik suami beauty yang baru sehari kene tinggal dah ceri beri bagai. Hik hik hik. Jom layan pict yang ada beauty amik from phone beauty je ;-)




Kemain lagi beg travel padehal gi sorang je. Maklumlah makeup je half beg nak makeup orang kat sana nanti. Heheheh


Adik kesayangan yang sanggup hantar kakaknye sebab dia tak dapat folo. Tq adik :-*


Masa dah tiba. Beauty naik ets (ketapi baru laju ke ipoh tu) memang laju gila oke tau-tau dah sampai. Hehehe


Sepanjang jalan duk temenung je.. Maklumlah sorang-sorang.. Somi keje.. Huhu


Kul 5pm cam tu sampai kampung. Oh my! Totally change oke stesen ketapi sana. Dulu punya lagi best nampak classic. :')


Ibu & Xara jemput beauty kat stesen sebab pengantin tak boleh kuar rumah dah. Hehehe. Sampai-sampai pelamin da siap santek :-)


Pastu de pak cik sekor ni duk nak makan bunga-bunga mati kat pelamin tu. Hahahah


Awal-awal lagi malam tu tugas beauty buat henna kat depa-depa ni. Sana henna punya lah mahal tak macam kat kl rm10-15 pun boleh buat cantik sangat. So hadap je la henna beauty yg tak seberapa tu. Hik hik hik. Boleh tahan nak patah la pinggang beauty hadap 3 orang sekali malam tu. Tak pe ikhlas. Hahahaha


Esoknya pepagi tambah henna lagi bagi merah santek :-)


Oh ya pagi tu beauty & angah gi Tapah bekpas n cari henna yg beat sikit buat tambah-tambah kat tangan yg lain. Hahahaha


Petang tu masing-masing da siap untuk majlis nikah Nana ;-)


Ibu, beauty & angah. Tiga2 ni sampai tengah malam kul 2am tak tido lagi asik gelak. Ibu la tu macam2. Hahahaha


Oke masa ni lama gila k. Tok kadi tu punya la panjang n banyak gila tanya pengantin lelaki. Most 1 hour dia bebel. Beauty tak pernah attend nikah yang lama cam tu. Sian pengantin. Huhu


Nasib beauty duk sebelah. Pengantin pempuan duk bersimpuh dah tak selesa sakit pinggang duk sejam so beauty tolong tumpangkan badan beauty sebelah tuk dia sandarkan badan bagi selesa. Anything for u sayang ;-)


Ni angah dan anaknya si adik. kesayangan beauty nih rindu sangat2 da ni :')



After 1 hour alhamdulillah semua selamat. Yeyyyyyyy!


Malam ada malam berinai kecil tuk sanak saudara and ada main kompang. Meriah betul. Syok kenduri kat kampung ni :-)


Serba peach. Jangan tak tau guna baju raya je tak membazir plus baju raya si Nana pun da cantik sangat. Hehehehe


Dan finally tiba hari kenduri besar.. Ni kak syida and ibu.. Both memang lawak gila ok! :-D


Photobooth setup by #miszbeautycandylicious ;-)



With adik lelaki bongsu pengantin. Kakak Sayang n rindu aenol jugak :')


Posing sakan nooo. Dah kenapa ibu pakai batch kat kepala. Adodoiiii. Kekekekew


Si penjaga booth eceh! Tudung dari Mine by Maya Abdul. Santek!


Feeling appreciated. Tq Nana sayang ;-)


The photographers ;-)


Tetamu dah start conteng2 ;-)


Beauty with Xara mek paris. Suka betul dia ngan eiffel tower tu. Katanya kawen nanti nak buat pelamin ada eiffel tower. Hahahaha


My somel angah ;-)


Comel lettewwww :-p


With my old friend a.k.a my school team mate midah. Muka industan abis. Heheheh :-D


Angah with groom. :-)


Beauty with my beautiful sista.


Tengok tu mel xara ngan angah yg xde keje. Org duk luar kami curi tulang jap duk kat pelamin sbb ada aircond. Hahahah


Me & angah. I miss u so much! Sob sob sob :'(


Bawah sikit pict from the photographer. Tq so much for the lovely pict ya. Terselit gak muko den. Hahahahaha






Abis majlis semua malam tu jugak beauty balik. Oh myyy!! Allah je yg tahu betapa berat hati. Ayah da siap banyak tanya apesal balik awal tapi sebab suami punya pasal ayah redhakan je. :') alhamdulillah beauty dapat jugak hadir ke majlis my lil sis. Semoga berbahagia hendaknya Nana & Sean hingga ke syurga. Amin :-)

Jangan tak tau esoknya ahad ada majlis lain pulak tapi sebab buat entry ni konon pendek tapi panjang pun mata nak terpejam maka nanti je beauty story mory k. Tataaaaaaaa ;-)

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

eleea said...

Salam
Sayangssss
plz check ur email
ya
tq =)