Tuesday, October 29, 2013

Aidiladha 2013

Alhamdulillah sampai ke entry ke dua... Yang beauty rasa paling perlu di sematkan didiary kan dalam blog ni... Sebab tahun ni adalah tahun paling meriah kami sekeluarga menyambut Aidiladha... :-) 

Syukur ke hadrat Allah mummy beauty telah melaksanakan ibadah korban buat dirinya... Disertai dengan mak cik & adik sepupu beauty si Iwan... Dan insyaAllah tahun tahun akan datang kami juga akan turut serta membuat ibadah korban andai panjang umur dan murah rezeki ;-)

Tahun ni meriah sebab jiran-jiran mummy ada buat gotong royong... Memang block mummy je yang buat gotong royong tu untuk semua penduduk lain boleh datang makan... Petang raya tu dah sibuk potong-potong bawang, rebus-rebus mana patut dan paling sibuk masa pagi raya la... Terkocoh-kocoh kami bangun awal siap sediakan makanan tuk orang balik sembahyang raya makan dan seterusnya sembelih lembu... :-) Punyalah seronok gotong-royong sebab dah lama sangat tak rasa suasana tu... Sekarang ni dah susah nak dapat suasana macam tu even dekat kampung sebab masing-masing buat kenduri kendara dah pakai katering tapi yang best nya block mummy beauty duduk tu rajin sangat buat gotong royong... Tak kira lah bbq ke, cuci kawasan rumah ke, jamuan raya ke... They are very closed ;-) Beauty isnin tu memang amik cuti sebab pagi beauty kena pi rumah MIL kat PJ... Sebab mak mintak tolong beauty masakkan kuah spageti tuk dia.. Raya haji ni katanya nak jamu orang makan italian food... "Az, ko buat kuah spageti macam masa open house rumah ko hari tu ye"... Baik lah mak... :-) So sambil beauty masak, sambil MIL beauty tengok dan tanya nak amik apa-apa tak, nak apa apa tak... comel je mak ni hihihi :-) Dah siap masak salam-salam semua beauty balik ke Bangi balik tolong mummy pulak gotong royong...


 Ni depa duk rebus apa beauty tak ingat.... If tak silap masak air kot... huhuhuh

 Badan bau asap tak yah cite.. ni my lil sis yg musuk :-p

 Mummy ketua chef kata jiran-jiran.. hik hik hik :-D

 "Along basuh ni, pastu buat tu buat ni" .. "Yessss mummmm!!!!" :-p

Malam tu meriah rumah mummy sebab pak cik mak cik semua datang... mak itam tido rumah mummy gak sebab dia join korban esoknya... :-D

 Budak manja ni kene ulser sian dia tak makan 1 hari, jumpa beauty baru nak makan besuap.. alahai sayang kak long :')

 budak lagi sorang ni keje dia nangis ketawa nangis ketawa... habis kitorang buli.. hik hik hik

 Ni early morning time raya... Busy potong nasi impit bagai....

 Pastu sambung potong bawang semua tuk masak hasil sembelihan nanti :-D

 Dua lembu ni agresif sikit... Beauty boleh tengok dari jauh je... Kalau dekat kompom tak sampai hati... huhuhu

 Family Mak Itam :-)

 Semua berpusu-pusu tengok lembu

 Ketua Akad bagi korban.. :-D

  Mummy with The Cow :-D

 Mummy lafaz akad ibadah korban :-)

 My family.. Eh daddy mana?? 

 :-)

 Mak itam pun nak gak ada latar belakang The Cow :-p

 Yeyyy daddy baru turun pakai baju ijo :-p



 Tshirt tuk yang masuk dalam list korban :-)

Masa tumbangkan je paling berani nak tengok....

Masa ni adik sepupu yang amikkan gambor...

Serius beauty memang nak nangis masa diorang takbir nak sembelih lembu-lembu nih.... So dari beauty nangis berjurai air mata pastu tak boleh nak makan baik beauty duk jauh-jauh... And my daddy too sama tak boleh tengok darah... Hik hik hik :-p Alhamdulillah selesai semua... Terima kasih penduduk blok yang bekerja keras tuk ibadah korban kali ni... Beauty dengar next year lebih dari 10 ekor lembu akan ditumbangkan sebab kemeriahan suasana masa tu sampai ke orang negeri 9 tau dan ada orang sana nak join sama next year... Thumbs up!!! Kekalkan semangat gotong royong dan silaturrahim yang ada. InsyaAllah. Beauty tumpang bangga ;-)

*some pictures edited vis VSCO ;-)*

No comments: