Tuesday, August 06, 2013

Salam Lebaran 2013

Assalamualaikum sayangs semua. Alhamdulillah Aidilfitri hampir tiba. Dan sedih mengenangkan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Sebab belum tentu kita dapat berjumpa di Ramadhan akan datang bulan yang penuh redha penuh nikmat. :'(

Di sini beauty nak ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sanak saudara yang mengenali beauty samada yang kenal secara individu mahupun di alam cyber ni andaikata beauty banyak tersilap kata tersalah laku.... Beauty hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan... Dan Beauty yakin waktu ni ramai yang dah cuti dan dah sampai di kampung halaman... Yang masih bekerja dan masih diperantauan kalau nak balik kampung nanti berhati-hati di jalan raya oke... Biar lambat asal selamat :-) Beauty insyaAllah akan berada di kampung pada malam raya pertama, sebab malam raya tido rumah MIL, pas sembahyang raya terus balik rumah mummy... Dah beraya habis ngan sedara mara beauty kami akan terus balik ke kampung arwah nenek suami... Harap-harap raya kali ni sawah padi tengah cantik hijau kuning... Boleh lah berphotoshoot nanti... Hik hik hik ;-)

Oke sayangs semua... Selamat menyambut lebaran nanti... kalau makan ketupat rendang jangan lupa Beauty kat sini... Kalau berkesempatan mai lah beraya ke rumah beauty yek... Assalamualaikum ;-)

3 comments:

Jojoe said...

Selamat hari raya beauty...maaf zahir batin...:)

Norseila Nawi said...

Az, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Nanti kita beraya sesama plak ok :) Kem salam kat Fizzy.

cha said...

selamat hari raya u maaf zahir batin :)