Friday, August 23, 2013

Raya Story Continue Here... Part 2

Assalam semua.. Pagi Jumaat yang indah lagi sejuk menusuk tulang :-)

Oke now beauty nak sambung story raya semalam.. Kan beauty bagi tau suami terchenta beauty kene demam panas on 1st day raya tu... Ha, jangan tak tau petang raya pertama tu sampai je kat Sg. Buloh dia dah suh beauty pegang-pegang kepala dia dan suh bagi dia ubat... Punyalah panas gila bila sentuh kepala dia terus beauty suh masuk dalam rumah mak cik dia dan beauty pi amik kain tuam kepala... Pastu sambung lak berehat kat rumah mak cik dia sorang lagi sampai malam dan beauty decide nak terus balik Tg. Karang.. nasib baik dah siap packing masuk beg dalam kereta... So beauty lah drive kete dari Sg. Buloh ke Tg. Karang while suami duk lena tido kat sebelah.. Siannn dia... siannn dia... :'( Sampai je kat kampung duk sambung lagi basahkan kepala dia dan kaki dia... Serius dia kalau demam memang gitu... Kene jaga lebih... kalau ada anak nanti jenuh kan kiri bapak kanan anak :')

Ni masa kat Sg. Buloh.. Tengok tu tido nak beriba. Dia tak kisah pun ngan adik-adik sepupu dia kat keliling. Janji dia dapat landing sedap :-p

 Nah sampai kampung sambung basahkan kepala. Sambil mulut disuap kek secret resepi :-p

Siannn dia... siannnn dia... :')


Sebab suami masih demam dan tido maka isteri jalan kaki sorang-sorang pepagi buta gi sawah padi :-)

Amik gambar indah ciptaan Allah dan sedih sangat tahun ni tak de orang nak snap snap pict isteri kat sawah cantik sebab photog sakit :'(

Tengah hari siap-siap beraya keliling rumah nenek sebab suami pun dah kebah demam.. Tu pun bila nak malam dah start demam balik... Sabar je la.. Oh raya ke 2 kat kampung MIL semua baru sampai.. Mummy beauty pun hari tu duk beraya kat Tg. Karang gak... Beramai-ramai datang serombongan bersama Mak tiri beauty sekali :-)

Raya ke 2 still tema hitam.. Tapi hitam putih... Hihihi....

 Bila family beauty balik kitorang beraya di Sabak pulak rumah pak cik suami... Sampai ke malam lepak sana beramai-ramai tengok Lawak Ke Der :-D

Raya ke 3 pepagi dah kuar rumah pergi beraya rumah adik Abah Mentua beauty.... Pas da siap beraya kami berpecah, MIL and ipar duai balik rumah arwah nenek while kami suami isteri gerak nak balik rumah mummy kat Bangi... Singgah Serdang dulu hantar kek untuk my 2 boys yang sambut birthday raya ni ;-)

 My boys... Isyraf & Irfan sambut birthday... Happy birthday to you 2 my dear... Semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat ;-)

 Pastu kitorang beraya rumah kakak mak tiri beauty kat bangi....

 my little pwincessss ;-)

Dah habis beraya balik rumah mummy dan berehatttttt... Petang sikit baru gi Nilai rumah mak cik beauty... Dan paling best Cik Nah & family cancel balik Penang on that day sebab jalan jem tak hengat dan Cik Burn dah tak larat nak drive bcoz pagi tu diorang rushing ke Melaka dulu sebab beg & botol segala alam kepunyaan Isyraf tertinggal kat masjid... So stay kat sini lagi 1 malam tido rumah mummy beauty... Hik hik hik :-D Syok lah melayan anak2 teruna semua... Kalau boleh tak nak kasi diorang balik lagi... Tu lah sape suh duk jauh-jauh sangat kan :-p

Mummy pulak sakit perut dia dah start balik... Ke Nilai tu pun dia tak folo... Si lil sis pun sama dah sampai luka tekak dia... So esoknya semua pergi rumah beauty tuk beauty jaga... Tiga-tiga sekali sakit beauty kene tengok... Mujur syukur beauty tak sakit sama... Kalau tak, tak tau nak suh sape jaga semua... :')

Adedeh... Rasanya sampai sini dulu beauty stop... Mahap ke kengkawan, mood update blog merudum sikit skang ni... Ni pun sebab suami sendiri yang dah tanya why dah lama beauty tak hapdet blog... huhuhu :-p Nanti free kita story mory lagi oke... But dont worry beauty tetap akan blog walking kat u ols punya blog... Chow chin chow ;-)


2 comments:

Dzil Khadeeja said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin daling...tema kita sama thn nie, hitam itu menawan..hehe... =')

misz beauty said...

Sis Khadeeja - Eh ramai rupanya tema hitam tahun ni... Ingat tema turqoise je ramai.. hiihihiii... ;-)

selamat hari raya sis.. maaf zahir batin ;-)