Tuesday, August 27, 2013

His Birthday... 33 on 2013

Okay back here with new update... Update pasal ape? Update pasal sambutan hari lahir si buah hati pengarang jantung nasib tak jadi batu karang... hik hik hik :-p Sekarang keje tengah free sikit sebab dah siap-siap masuk data kan so baik habiskan entry ni before balik... Keje kene settle dulu baru buat hal lain ;-)

Semalam 26.08.2013 adalah ulang tahun kelahiran suami beauty yang dikasihi... Suami yang manja lagi menggedik dan lagi poyo sehari-hari... hik hik hik :-D Oleh kerana ulang tahun kelahirannya beauty secara paksa telah disuruh amik cuti untuk celebrate ngan dia... Aci ke tak aci? Masa birthday kita dia boleh lupa amik cuti tapi bila kat dia kene paksa amik cuti, so next year kalau dia buat perangai macam tu memang beauty buat tak tau terus ngan birthday dia... Huh!! Penat buat open house tak habis lagi pepagi dia dah kejut kita suh bangun mandi siap-siap... Pastu tanya la apesal kene siap awal sangat nak gi mana, dia kata SUPRISE! Hello! Ni birthday sape sebenarnya? Birthday ai ke birthday u nak suprise kat kita lak. Pastu dia gelak terkekeh-kekeh. Adoi la, suami suami... Rupanya dia nak ajak pi Pejabat Agama, sebab nak buat sijil kawen ngan kad nikah bagai setelah 4 tahun hilang benda alah tu dan setiap bulan beauty bebel kat dia finally semalam pi buat gak benda-benda tu... ITU SURPRISE DIA? ceh! hampeh tol :-p

Dah siap hal kat pejabat agama kami pun menuju ke KL, oleh kerana hari orang bekerja maka jalan smooth jugak la sebab semua still kat dalam opis lagi kan... Dia kata nak ke Sg. Wang so ikutkan je la... Almaklumlah Mr. Wish kan, so follow the flow je la :-D Pas da pusing-pusing Sg. Wang kitorang dah lapar... Boleh tak dia kata nak lunch kat Nasi Ayam Chee Meng je sempena birthday dia... Hello! Dah kenapa nak makan kat situ, hari dating situ, anniversary situ, hari jadi kita pun tuju situ hari tu... Membebel-bebel la mulut beauty sebab this year 1st time tiap-tiap sambut pape dia nak makan kat situ... Dah membebel tu dia mulut tutup-tutup mulut beauty sambil gelak-gelak... Haihhhhh! Makanya dibiarkan beauty decide tempat makan so beauty ajak ke KLCC sebab dah buat janji ngan kengkawan lain ada suprise tuk dia... Meh meh meh :-p Sampai KLCC kami lunch dulu tu pun dia still pilih makan kat Little Penang sebab teringin sangat.. Hah nantak la labu tekak awak, bukan tekak saya plus menjimatkan duit saya gak... Hik hik hik ;-p Makan lah kami kat situ dengan lahapnye sebab both dah kebuloq! Dah makan pusing-pusing KLCC sampai nak patah kaki masuk setiap kedai dalam tu mencari barang dia tak jumpa-jumpa tak bekenan kat mata dia... Actually hadiah birthday dia awal 3 bulan beauty dah bagi sebab dia tak sabar-sabar sangat nak benda alah tu... Yak ni Mac Book Pro! Hah kau! Dia kalau bab bab present ni memang demand habis... Mulut kata tak nak itu tak nak ini last-last amik kau dia dah jumpa yang bekenan memang pitam gua ikat perut berbulan-bulan nak bagi present kat dia... huhuhu :-p Tapi beauty dah boleh tahu firasat mirasat yang akan datang bahawasanya masa celebrate birthday dia mesti dia mengendeng-ngendeng buat muka kesian supaya dapat hadiah lagi... Muehehehee... Oh itu awal-awal beauty dah tahu so dah sediakan budget tuk itu makanya disuruhlah si birthday man memilih hadiah hari jadinya di dalam budget yang disediakan... Jangan ko mintak TODS bagai memang aku terjun dari tingkat sepuluh ratus klcc tower tu... Dah lah beli Mac Book tu pun menggigil cirit birit nak kuarkan duit... Hak hak hak :-D 

Sebut pasal pilih hadiah ke barang keperluan dia, ni lah manusia paling cerewet rasanya... Boleh dia nak beli kasut imitation harga mahal nak mampos tapi tak ori? Baik pergi cari yang ori harga dikalangan tu janji puas hati! Maka itu sebablah beauty terpaksa membontot kemana sahaja dia masuk kedai dalam klcc tu sampai dia jumpa yang berkenan dihati... Dan akhirnya setelah berpusing sana sini kami kembali ke butik yang pertama sekali kami masuk yakni SACOOR... Sakit jiwa tau u ols... Tu pun beauty dah siap perli dia suh buat solat istikharah nak beli apa... Tau pulak gelak terbahak-bahak :-p So sambil menikmati esblended di coffee bean dia duk ke hulu ke hilir kuar masuk butik tu amik gambar dan bawak jumpa beauty suh beauty pilihkan kasut mana yang best... Tak cukup dengan tu both masuk balik butik tu duk tengok dia sarung mana yang cantik.... Adoiiii!!! Lebam dek non!!! Stress pun ada... Oke jom sambung story sambil layan pict pulak :-) 

Ni lah dia muka happy birthday man!! :-p

Ni muka isteri yang bakal terkoyak rabak purse dia.. Hahahahaa (masa ni duk masih tertanya ternanti apa benda yang surprise sangat dia kuar dari kete lama suh beauty tunggu)

Masuk kete dia tak tunjuk lagi dah kene paksa baru tunjuk akuan angkat sumpah ni... Haaaaaaaaa!!! Puas hati!!!!

Dan akhirnya buat jugak sijil kawin balik dan siap dapat kad baru tuk both sebab yang tinggal bukti kat beauty betul-betul kad lama beauty tu sekeping... Jangan tak tau sebelum ni kalau kita bebel dia kata tak pe kita ada album kawen.. Hah jenuh pulak nak mengusung album kawen... Adehhh!! (slamber je dia bagi soft copy gambar gitu kat kawan dia tuk buat kad.. mentang2 ngan kawan, kalau orang lain kompom kene ikut ic punya gambor! :-p)

Ni masa kat Sg. Wang... Sibuk dia suh snap OOTD dia... Maklumlah skang dah dressup ala2 abang2 siap clutch bagai... Dulu budget muda mudi sangat kan asik pakai sport shoes... :-p

 Tengok muka happy birthday man dapat makan feveret kueh teow dia kat Little Penang... Adoiyai!!! :-p

Kesian kan, tak de photog maka amik pict berdua sendiri... hihihiii :-p

kan dia kata tak nak beli sport shoes gak tapi tak de maknanya tetap jugak nak masuk walaupun ushar... Kasut tiger tu kan feveret dia :-p

Ni dah terjelepuk muka penat gila pusing tak jumpa-jumpa barang :-p

Dan akhirnya kasut tengah-tengah tu jadi pilihan.... Punya la beauty pujuk dia suh beli color oren sampai dia setuju last-last nan ado size! Even kat Pavi pun tinggal display punya... Uwaaaaa pasrah je la dia menang :')

Bagusnya sini beli barang terus dapat jadi ahli... Tak sabar nak jadi gold member... Kene make sure before my birthday jadi gold member nanti diorang kasi present!! Yeyyyyyy!!! ;-) Tak sabar jugak tunggu orang tu janji nak belikan kasut kita weeeeee!!! :-D (sape-sape nak beli kat situ dapat extra diskaun boleh pinjam kad beauty eh... hihihi ;-p)

Dan penutup hari untuk sambutan hari lahir kekasih hati adalah di Chili's.... Makan lamb dap dap dengan view yang santekkkkkkkkkkkkk dan ditemani kawan-kawan ;-)

Husband & Wife :-)


video
Yeyyyy!!! Ni 2nd time dia terkejut macam ni untuk birthday dia... Last time 2 tahun lepas kat Empire Subang pun dia kene cam ni... Menjadi suprise kiteeeee.. hihihiii :-p

Dapat rasuah shiom je pas dah berhabis kopak kat dia :-p

Balik rumah orderkan mummy pizza sebab kesian sangat mummy pi tolong kemas yang lebih-lebih saki baki open house... Dah pesan jangan kemas tapi mana dia nak dengar... Habis semua clear kat dapur tu dia tolong kemas nasib lah banyak yang beauty dah kemas dulu... Adoi la mummy... mummy... :')


So sekianlah story beauty kali ni... Next entry tunggu otak berkembang then update lagi ye ye ye :-p

Untuk suami yang dikasihi... Selamat ulang tahun untuk kesekian kali... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah... Semoga kasih sayang terus menghujani rumahtangga kita... Semoga suami berjaya dalam semua yang suami idamkan... InsyaAllah isteri akan sentiasa dibelakang suami untuk semua... Susah senang bersama... InsyaAllah... Isteri sayang suami sangat-sangat :')

No comments: