Thursday, July 18, 2013

PUISI NUKILAN DAYANA BUAT ASHRAF MUSLIM !

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..

*** Oh my! kena sedas kat dahi AM. Manusia memang tak pernah kenal erti syukur. Salahkah menerima kekurangan masing-masing seadanya? Betul-betul ke isterinya tak boleh berikan zuriat? Masih ada pasangan lain yang berkahwin sehingga 15 tahun baru dikurniakan cahaya mata. Kalau isteri baru tu pun tak mengandung macam mana? Ya kita merancang Allah yang menentukan. Tapi kita diberikan oleh Allah akal fikiran untuk berfikir dengan wajar. Bukan berfikir dengan nafsu! Lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4. Tapi dengan cara yang betul, bukan cara yang menambah dosa. Ya Allah mudah-mudahan dijauhkan perkara ini dari kalangan keluarga kami. Tak kisah lah nak kata butt hurt ke ape, perempuan yang hati dia keras atau tak punya perasaan je yang rasa benda macam ni remeh. Ingat! berkahwin ramai tu bunyinya senang. Berlaku adil sehingga semua isteri redha belum tentu senang. ***

6 comments:

Dzil Khadeeja said...

atas dasar ape sebenarnya si AM nie berkahwin dgn Dayana nie dulu ek???

misz beauty said...

Tu la sis... Tak tau lah atas dasar apa... Maybe nak kukuhkan ekonomi sendiri kot.. Wallahualam.. :'(

ellsa91 said...

kesian wife dia kn sis..ade je couple yg dh kawen for 10 years,they still happy together,thank GOd few years back the wife pregnant..now ade 2 dh anak..

Anonymous said...

Sedihnyer.... Moga dayana diberikan...ketabahan...

aniszcenna said...

salam ramadhan, dayana ni ada blog ke? puisi tu dia publish katne? hehee..sori nyibuk plak

misz beauty said...

ellsa - yes dear.. berkat kesabaran.. tuhan kan ada... yg penting jangan putus asa..

anon - yea kita doakan sama2 tuk dayana semoga terus kuat... :'(

aniszcenna - mine amik kat someone fb.. blog tak sure.. mungkin dia wrote kat fb and someone copy to us know.. ye lah selama ni dia diam je kan... :'(