Tuesday, June 25, 2013

Super Moon / Malam Nisfu Syaaban

Semua orang sharing pasal Super Moon ni masa malam Nisfu Syaaban kelmarin kan. Masing-masing menambah amalan sebelum buku amalan dibawa naik untuk dihisab. Beauty hanya mampu memandang bulan yang indah dilangit walau dalam keadaan jerebu kelmarin. Sebab beauty tengah 'bercuti'. Sedih kan, dah 2 kali Nisfu Syaaban beauty dalam keadaan 'bercuti'. 

Beauty harap semua amalan kita diterima oleh Allah dan mudah-mudahan buku baru kita akan dipenuhi dengan amalan kebaikan insyaAllah. :-)

 Ni camera setting low light. Kabur but still nampak bulan yang cantik bulat lagi menawan. Lebih besar dari biasa :-)

Ni setting Live View... Alhamdulillah diberi kesempatan tengok bulan yang cantik ni...

Beauty juga berharap agar keadaan jerebu dinegara kita akan pulih... Lemas rasanya macam ni kan... Sidai baju pun bau asap.. Tu lah, baru sikit nikmat oksigen yang Allah tarik kita dah rasa macam ni... Belum lagi ditarik sepenuhnya kan... Semoga kita sentiasa dalam keadaan bersedia.. Amin


2 comments:

cha said...

subhanallah cantiknya :')

misz beauty said...

Cantikkan u :-)