Tuesday, June 25, 2013

Puding Telur Beserta Resepi by Miszbeauty :-)

Assalam hellew sayangs.... Hope semua sihat dan jaga kesihatan maklumlah jerebu nih kan... Beauty pun tak berapa sihat akibat jerebu ni, tekak beauty perit merah... Baru pas amik ubat dari doct... :')

Beauty nak story mory kerajinan yang tiba-tiba last week... Sekarang ni kan tengah cuti semester jadinya tak de keje on weekend kecuali if ada event event tertentu... So last week hari sabtu beauty duk sorang-sorang kat rumah, husband ada wedding shoot, lil sis ada class... Makanya duk asik tengok tiwi tiba-tiba nak buat puding telur... Alahai benda senangkan, bukan susah sangat ;-) Kebetulan hujung bulan lepas memang ada beli barang lebih tuk buat puding nih cuma beauty tak berkesempatan... So apa lagi mulalah beauty bergaduh kat dapur sorang-sorang... hihihi :-D So lets tengok cara masak dan resepi yang disertakan gambar... Punyalah rajin amik gambar sampai gula hangus termenitik sikit kat i punya camera... Nasib tak jahanam camera beauty... hik hik hik... :-p

Bahan-bahan diperlukan :

 12 sudu gula kasar. 
(2 sudu untuk blend dengan telur, 10 sudu untuk buat gula hangus)
*beauty kurangkan gula dari resepi asal sebab ni pun da cukup manis ;-)*

 6 biji telur ayam yang dibasuh. 
Bersih itu sihat. Hehehehe

 Perisa vanila

 Susu krimer sejat 1 tin

yeah ini sahaja bahan-bahannya :-)

Cara membuat :

 Blendkan 6 biji telur dengan 2 sudu besar gula, perisa vanilla 1@2 penutup dan susu krimer sejat dan air kosong 1 tin sehingga sebati.

Panaskan air dalam periuk kukus.
Oke ni periuk kukus beauty yang baru... belum pernah rasmi... beli masa gi ganu murah gile!! Hahaha :-p

 Sementara tu lebihan gula tadi masuk kuali tuk kita buat gula hangus...

 Masak sampai cair dan perang gini kemudian masukkan air 1 cawan kemudian masak lagi sampai jadi cair balik. Yang ni kene buat dengan api kecik sebab takut hangus dan rasa dia jadi pahit. Gula hangus ni je mencabar sikit sebab lama. Heheheh ;-)

 Dah siap gula hangus masukkan dalam bekas sehingga menutupi bahagian bawah bekas dan tuang bahan-bahan yang diblend tadi.

Kemudian kukus dalam 20-30 min :-)

 Untuk 6 biji telur biasa beauty akan dapat 2 bekas macam yang beauty tunjuk kat atas ni. :-)

Dah siap!!! Gebussssssssss.... Sila masukkan dalam peti ais sehingga sejuk dan baru nikmat untuk makan.... hihihih


Tu saje resepinya.. Tak susah kan?? Nak beli kat luar puding telur ni memang agak mahal. Sepotong cenoet dalam rm2 ke atas... Kalau kat hotel lagi lah kan kene tunggu makan buffet tu pun if diorang sediakan desert benda ni... hihihi... Buat sendiri amik kau makan sampai lebam... :-D So sayang semua selamat mencuba... Sori lah resepi lapuk je tah bape ramai yang da buat kan... Tapi letak gak kat sini sebab ada kawan-kawan beauty suka makan ni tapi tiap-tiap kali nak buat akan sms beauty tanya resepi... So pasni cari kat sini je ok... Hehehee ;-) Tataaaaaa

2 comments:

cha said...

resepinya senang u tapi i tak suka huhu. anything with telur i kureng boleh makan tapi xdela suka sgt.

misz beauty said...

eh ari tu u bukan buat telur ape tah tu ke u? husband u je la suka telur eh. hehehee