Wednesday, May 08, 2013

5 May : Vote For Malaysia

Awal-awal pagi dah bangun... Siap-siap start motor terus gerak ke tempat mengundi... Naik motor je sebab risau jem susah nak parking... Tahun ni seperti tahun 2008 tempat mengundi beauty adalah di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina 2 Serdang... Duk contact si adik tak berangkat, mummy pun sama... So redah je la, sampai di SRJKC terus ternampak si adik dan mak cik beauty yang sedang berjalan kaki nak beratur... Parking motor dan terus bersama diorang... Suami mengundi di PJ, mummy mengundi di MPSJ... Berlainan arah semua...

Kali ni, kami sekeluarga berpakat.. Untuk memberikan undian pada calon yang beragama Islam, tak kira bangsa apa, atau parti apa... Yang penting Islam... Tidak berniat untuk menyakitkan hati mana-mana agama, kami juga menghormati agama lain, cuma kami ingin buktikan kasih sayang kami pada Islam :-) Tapi kami tidak bernasib baik kerana undian bagi Parlimen kedua-dua yang bertanding bukan Islam... Maka kami mengundi dengan hati yang berat dan bertawakal pada Allah yang mengetahui niat kami.... Niat yang mahukan yang terbaik untuk Malaysia... Yang mahukan keamanan...

Demam PRU 2013 rupanya masih tidak lagi reda... Dengan pelbagai kata-kata, hasutan dan Subhanallah tak sanggup beauty menyenaraikannya... Namun beauty faham, bukan senang kita hendak memuaskan hati semua pihak hendak pula jika pihak yang tidak berpuas hati itu penuh dengan dendam didalam hatinya... Astaghfirullahalazim... :'(

Sekarang timbul pula kaitan berkenaan bangsa... Wahai saudaraku semua, Islam tidak mengajar kita membeza-bezakan warna kulit atau bangsa... Islam mengajar kita berkasih sayang sesama manusia... Malah haiwan juga tahu erti kasih sayang.... Jika tidak masakan ibu-ibu haiwan memelihara anak-anak mereka sehingga anak-anaknya pandai berdikari.... Cukup lah... Cukup sampai disitu sahaja... Jangan disimbah petrol lagi pada api yang menyala... Jangan dihasut lagi sesiapa... Berhentilah dari perbuatan yang durjana itu... Ingatlah, Allah Maha Berkuasa.... Semua kita di atas dunia ini tidak sempurna... Hanya Allah yang sempurna... Jika kita melihat kezaliman dan sebagainya yang tidak baik, berdoalah pada Allah... Merayulah pada Allah, agar diberikan hidayah pada mereka... Bukan dengan menanam kebencian antara satu sama lain... Ingatlah wahai saudara seislam ku, tiada yang lebih hebat senjata kita melainkan doa kepada Allah... Yakinlah pada Allah....

Beauty takut sebenarnya... Takut dengan nasib negara Malaysia, jika berlaku sesuatu yang tak terduga... Ya Allah, semoga Kau mengampuni kami hambaMu yang hina :'(

Itu sahaja beauty rasa untuk hari ni.... gambar dibawah untuk hiasan sahaja, menyedapkan hati yang tengah berduka melihat perkara yang terlalu banyak di share di FB tanpa sikit pun memikirkan apa yang akan terjadi... Salam buat semua...

Bincang hal apa? :-)

Kekasih-kekasih hati :-)

Kawasan pendaftaran mengundi...

Alhamdulillah kami beratur tak lama...
Telah menunaikan tanggungjawab...

Adik jugak dah menunaikan tanggungjawabnya... Untuk kali yang pertama :-)

2 comments:

cha said...

i jadi malas nak on twitter fb sume sebab benda2 ni la. pihak tu provoke sini sini pn sama. entahla. semoga malaysia aman damai hendaknya.

misz beauty said...

kan u. provoke sana, provoke sini sakit jiwa tengok kan.

amin.