Friday, April 12, 2013

Tazkirah Jumaat - Sempena PRU 13

Beauty sebenarnya pening dengan perbalahan orang politik ni. Orang sana kata dia betul, orang sini kata dia betul. Masing-masing nak menang. Masing-masing konon nak berikan yang terbaik pada Malaysia. Yang dah diberikan tanggungjawab pun tak terhabis ditunaikan tamak pulak masing-masing. Entah lah. Beauty kali ni adalah kali ke dua mengundi. Ya baru nak masuk 2 kali, 1st time masa beauty bujang dulu. Ni 2nd time dah berkahwin, insyaAllah jika umur panjang beauty dapat mengundi masa dah ada waris pulak. Amin. Dalam masa beberapa minggu lagi kita akan dapat tahu siapa pulak yang memerintah kita rakyat Malaysia. Dan selama 5 tahun tu lah kita akan tengok apa je yang akan berlaku atau adakah masih ditakuk yang lama. Hari ni beauty dapat tengok video ceramah Ustaz Don sempena PRU 13 ni. Sedikit sebanyak dapat meleraikan kerunsingan hati beauty tuk mengundi nanti. Yang menentukan masa depan anak cucu cicit beauty nanti. Jom sama-sama dengar. Beauty copy ni dari FB je pun.



Berbalik kepada Al-Quran dan Rasul.. Yang sana jangan kata yang sini, yang sini jangan kata yang sana. Kalau dua-dua duk mengata maknanya sama sahaja. Muhasabah diri.. Semoga undian kita nanti dapat menjamin masa depan kita dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah... Amin

2 comments:

Anonymous said...

ija,ida dh create blog baru..yg lm xleh bukak...lp pasword..huhuhu leh view kat http://syurgaku-indah.blogspot.com/

misz beauty said...

oke ida... nnt ija follow ;-)