Thursday, April 11, 2013

Musim suami sakit..

Assalamualaikum semua.. Beauty cuti hari ni... Cuti jaga suami sakit... Beauty rasa sekarang ni memang musim para suami sakit kot... Kawan beauty pun husband dia sakit, Ya Allah mudah-mudahan semua cepat sembuh dan baik seperti sedia kala... Kadang beauty rasakan memang perempuan atau isteri ni kuat sikit berbanding ngan suami... Sebab isteri kalau sakit boleh jaga diri sendiri tapi suami kalau sakit memang flat habis apa pun tak boleh buat... huhuhu..

Pagi-pagi lagi hari ni beauty bangun paksa suami siap-siap beauty nak hantar pi klinik... kalau tak paksa memang tak bangun la hendaknya melepets nye atas katil tak boleh nak buat apa-apa.. Beauty dah agak dah pagi ni mesti jadi macam ni punya... Sebab malam tadi dia balik dari meeting meredah hujan pastu tak mandi basuh badan... Dah lah pulak tu kita mati-mati ingat dia dah makan kat luar sebab dia kata dia makan kat luar ujung-ujung balik rumah terus gi dapur cari makanan lapar tak makan lagi katanya, hah apa lagi membebel la beauty dia tak makan lagi sebab confirm perut dia dah masuk hangin pastu bukan dia nak message bagi tau beauty awal-awal... Sudahnya pukul 12am tu dia request nak spageti cam kelmarin... Menumbuk lah beauty daging cincang tu tengah-tengah malam buta.... Alahaiiii suamiiii suamiii... Pastu dia dengan happy makan bertambah-tambah malam tadi tak ingat dunia dengan tak mandinya dan pagi ni hamik kau panas satu badan... Haihhhhh

hah tengok la tu.. dah siap makan ubat terus tido.. sian dia hidung asik tersumbat.. nak pi ubat resdung dia pun nanti beauty gak kene ikut, tak boleh pegi sorang2 katanya... macam2 kerenah depa ni =')

Nak marah pun tak boleh sebab sakit bukan main-main kan... So hadaplah beauty pak cik manje sakit sorang ni.. Standby je lah dia bangun sat gi nak makan sup lah apa lah kan.... Doakan suami beauty cepat sihat ye.... Lusa dia nak shoot wedding if dia tak sihat sangat sian dia nak wat keje.. Oke guyz, happy working pada yang bekerja hari ni eh... Tataaaa...

2 comments:

cha said...

huhu husband u pun tak sihat ke? get well soon. alhamdulillah kazaa dh ok sikit. lega hati i cuma dia tak brp selera makanla. kita la kene jaga dorg kn. i risau klau kita sakit sapela nak jaga dorg uhuh

misz beauty said...

cha - kalau kita sakit diorng sihat tak pe u, diorang gagah lagi bole beli makanan kat luar. kita ni nak beli makan kat luar punya lah malas kan.. huhuh ;-)