Tuesday, April 23, 2013

22 April 2013

Assalamualaikum....

Semalam 22 April 2013... Dah malam baru beauty tersedar... "Eh hari ni 22 April... Macam mana boleh terlupa..." :')

Semalam jugak beauty selisih faham sikit ngan suami... Biasalah hati perempuan, cepat sangat tersentuh dan nak boom orang bila tercuit... Tapi suami macam biasa balik kerja tetap sengih-sengih ngan isteri... Tetap nak hug isteri... Isteri lari jauh-jauh tak nak suami pegang dia tetap kejar jugak... Buat tak tau jek kita marah dia... Sebab tak nak masalah berlanjutan... Alahai suami... :')

Semalam semua kenangan dari mula kenal satu persatu datang dalam ingatan... Ya masih segar... Tiap-tiap tahun ingat tapi kali ni mengcengkam jiwa... Mana yang baru baca blog beauty... Nak tau kenapa?? Sebab 22 April 2006 adalah hari pertama kami suami isteri keluar dating... Walhal malam 21 April baru je jumpa kenal pun tak sebab beauty malas nak layan sesiapa lagipun baru 2 bulan genap putus cinta... Tapi tiba-tiba balik dari outing dia call... Macam mana tah dia dapat fon number kita :-p Dia call siap tanya takkan tak kenal dia, hek eleh macam lah dia femes sangat orang nak amik tau :-p 

Semalam beauty terngiang-ngiang macam mana dia ajak beauty keluar... Dia tak tanya tau, tapi terus bagi kata putus... "saya amik awak dekat serdang pukul 8.00 malam" ... Hah siapa tak terkejut beruk?? Dan akhirnya okelah, kuar party je pun kawan-kawan... Lagipun tak de siapa-siapa nak cemburu, tak de orang nak marah lagi :-) Tapi 22 April tu tak dating mana pun, tetap ada kawan-kawan lain jugak dah nama pun pergi Quicksilver party... Dekat Sunway Lagoon... Dan sekarang lepas kawen kami tinggal berdekatan tempat pertama kami dating... Alahai semua kebetulan :-)

Semalam tiba-tiba boleh senyum sorang-sorang masa siap masak dan tunggu suami balik... Sebab teringat macam mana dia ajak kita jadi GF dia... Tu pun sebelum tu masa baru 2 3 min kenal dia dah bagi tau orang kita GF dia... Aikkkk??? :-p Masa dalam perjalanan ke Sunway Lagoon, masa dalam kereta... Sambil sembang-sembang, dia kata dia nak kawan ngan kita... Memang lah kita dah jadi kawan kata beauty... Tapi dia jawab dia tak nak jadi kawan biasa, nak lebih dari biasa... Beauty buat apa?? Senyum dan terus pandang luar malas nak layan dan dia terus ulang dan ulang perkataan tu... Alahai suami, awak ingat tak semua tu? ;-)

Semalam rasa nak hug dia kuat-kuat bila teringat tarikh tu... Tapi sebab ego hati tengah marah kita buat dek jek... Padehal dalam fikiran teringat-ingat bila masuk je Sunway Lagoon for party dia genggam tangan beauty kuat-kuat... Dia kata takut kita hilang... What???? Dah lah slamber kan tarik tangan orang... Dan sepanjang dalam theme park tu dia tak lepas langsung tangan kita... Oh myyyyy!!!! Beauty punya muka tak payah cerita, geram malu semua ada... Nasib malam tak nampak muka merah... Ya masa tu tengah muda, tak banyak pergi ceramah agama... jahil juga kami waktu tu.. anak-anak muda yang tau nak enjoy :') Tapi tu lah kali pertama dan terakhir dia tarik tangan beauty sebab lepas tu kami bercinta dalam senyap tak siapa tahu kecuali bff beauty... Jadi pergi mana-mana buat hal masing-masing... Lepak ngan kawan-kawan naik kenderaan asing.. Nak bersembang pun kami pakai sms jek... Tapi Alhamdulillah lepas kawen sampai sekarang dia masih tarik tangan pegang kuat-kuat dan kata "pegang kuat-kuat tangan suami nanti isteri hilang"... Subhanallah indah nya...:')

Dan semalam jugak paling tak boleh tahan nak gelak sendirian bila teringat macam mana dia ulang pertanyaan nak kawan lebih daripada biasa tu macam mana sampai beauty jawab YA OKE.... Hik hik hik... On the way pi party dia asik tanya, balik dari party nak hantar beauty pun dia keep asking... Sampai lah kat rumah beauty dia kata kalau beauty tak jawab YA dia akan duduk kat bawah rumah tu... Beauty dah ngantuk, dah pukul 4 pagi... So nak suruh dia balik punya pasal and I said YES.... Alahai empunya nama Fizzy Ilham... Awak tak romantik tapi awak degil :-p

Kita ada banyak kenangan dalam masa 24 jam dari hari kita jumpa dan seterusnya dating dan seterusnya couple..... Pertunangan kita dalam diam... Perkahwinan kita yang mengejutkan semua orang... Lucu tapi itulah kenangan yang akan disimpan sampai bila-bila insyaAllah... :-)

Dah 7 tahun rupanya kasih yang terikat antara kita... Tapi rasa dia macam setahun dua je kita baru kawen... :-) Selamat ulang tahun kasih yang ke 7 wahai suami yang dikasihi... Terima kasih kerana memberi kasih yang tak terperi... Banyak kenangan indah pahit manis yang abadi... Isteri sayang suami ;-)

4 comments:

ellsa91 said...

aww so sweet ;) guys just being protective to someone they truly love hee~

misz beauty said...

yeah true lil sis... ;-)

Saya Punye said...

alolololo.. sweet sngattt.. hihihi

misz beauty said...

Tiny - sweet like candy ke durian? hahahaaa