Friday, March 29, 2013

Suami Tak Lokek Puji

Credit instagram snapshot from sis #fynnjamal

Petang ni beauty duk godek instagram from pc... Scroll punya scrool ternampak pict atas ni sis Fynn Jamal punya... Tentang suami dia yang sangat tak lokek puji... :-)

Ya, menjadi lumrah perempuan dan wanita yang suka dipuji lebih-lebih lagi bila yang memuji tu adalah suami nyawa dia sendiri... Walau kita tak tau ikhlas atau tidak pujian dia, sekurang-kurangnya ia tetap keluar dari mulut dia tanpa ditanya atau disuruh... :-) Nak-nak kalau orang yang kurang keyakinan diri ni kan... Ye lah macam beauty ni, namanya beauty tapi hakikatnya tak lawa mana pun... Beauty selalu cakap kat suami beauty tak cantik, muka hodoh, gemuk pulak tu... Dan suami akan cakap "siapa yang cakap isteri saya tak cantik? kalau tak cantik tak de la saya kawen ngan isteri saya"... Hah, loyar buruk siap kan!!!  :-p Dan setiap hari dah hampir 4 tahun, rutin dia tiap-tiap malam akan mengadap muka buruk isteri dia ni cium bertalu-talu dan isteri sambung tidur, dia sambung tengok dvd... Dan kalau hujung minggu pulak setiap pagi dia akan bangun dulu tunggu kat muka kita sampai kita celik mata dan ciuman jugak dia bagi sampai kita yang rimas... Hik hik hik.... Ye, beauty sangat tidak yakin dengan diri sendiri especially bab dressup bila nak kuar rumah, rasa macam kenapa lah aku ni tak up to date... Kenapa orang pakai sana cantik sini cantik... Bila suami sendiri kata oke je, cantik je tak de yang tak up to date pun... Terus senyum dan jalan.. :-)

Hati ni berbunga-bunga tiap-tiap kali nak keluar rumah dengan dia, dia akan puji "isteri saya comel la... cuk, cuk comel kan!! kenapa comel sangat" Ha, kalau beauty pakai jubah keluar rumah lagi lah dia asyik puji isteri dia cantik...Dan beauty pun buat-buat bodo jek budget tak suke.. Padehal hati jangan tak tau... Orang kata apa "ini semua poyyyyoooooooo" hahahaha :-p Dia akan alert setiap benda baru kat badan ni, tudung baru ke, pin tudung baru ke, baju baru ke... Orang kata, baru-baru kawen je selalu macam tu kan... Tapi syukur alhamdulillah, sampai sekarang dia macam tu... Dan paling hangin bila dia suka sakat beauty sampai beauty jerit2 marah2... Dia boleh kata dia suka tengok muka beauty marah sebab cute... COiiiiiiii!!! :-p

Cuma tu lah, dia tak panggil beauty si cantik macam suami sis fynn tapi dia panggil beauty "Cuk" sebab dia kata dia suka panggil cam tu nampak manja... Beauty pernah tanya beauty ni busuk sangat ke dia nak panggil cuk... Keh keh keh... Dia kata bukan la, dia panggil sebab dia suka... Lagipun kalau busuk takkan dia asik nak cium je hari-hari kan tanpa jemu... Orang tengah masak berpeluh-peluh masam pun dia boleh nak peluk cium gak... :-D Dan lama-lama beauty pun dah biasa dan memang betul nampak manja especially dia panggil beauty "Cuuuuuukkkkkkkkkk" panjang-panjang dari luar bilik ke, dari dapur ke kalau dia tak nampak beauty dalam rumah yang tak besar tu... Hahahhaa :-p

Bagi para wanita dan perempuan di luar sana... Kalau pun wajah kita tak secantik mana orang duduk kutuk kita tapi kita teruskan jaga tingkah laku kita jangan sampai orang benci... InsyaAllah akan cantik jugak dipandang oleh semua... Dan macam sis fynn kata, suami kita je yang tau kita cantik di mana suatu hari nanti kalau kita dah kawen... Beauty pun akan doakan semua orang dapat suami yang baik suka puji isteri dia nanti... InsyaAllah amin... ;-) Dan sikit nasihat jangan asik bersayang-sayang masa bercinta couple jek, pastu bila kawen sayang tah ke mana-mana apa tah ke mana-mana... Simpan dan bawak bersabar sikit... Hah, nanti pas kawen hembus semua sekalik mesti lagi syokkkkkkkkkkkkkkk ;-)

Oke lah, sampai situ je... Entry ni bukan entry nak show off ye... Tapi entry nak bagi suami beauty kembang setaman sebab beauty tau dia selalu update story dalam blog beauty ni... At least now mesti dia tengah sengih-sengih baca dan dia tau beauty suka pujian dia kat beauty... Sebab if depan-depan dia tanya macam-macam beauty payah nak jawab... Hhehehehee ;-)

 Kejadian dia sibuk menyelit orang nak camwhore.. So jadi la pict ni :-p

 Ayang ami ayeeeee ;-)

Till Jannah insyaAllah :-)

P/s : Esok ada short getaway, unsabar!! yeyyyy!!!! ;-)

No comments: