Friday, March 01, 2013

Alkisah Sejambak Bunga...

Salam Jumaat semua... Di hari yang penuh berkat ni, beauty nak share something ngan u ols.... Especially bride to be la kan... Hah dah macam beauty lak bride to be kan padehal dah jadi pengantin lama sesangat... Hik hik hik... Oleh kerana rindu nak bercerita tentang persiapan bertunang dan kawen bagai so beauty akan masukkan kisah persiapan satu-satunya adik kesayangan beauty... Hehehhee ;-)

Kelmarin beauty cuti... Cuti meluruskan pinggang sebenarnya sebab kat office duk mengangkat fail-fail susun atur balik semua mengikut susunan yang sistematik... Tapi macam biasa lah, cuti macam tak cuti kan... Tapi tak pe, dah dapat rest setengah hari pun dah oke cukup pastu pukul 2.30 petang beauty kuar rumah sorang-sorang pergi meneruskan misi mencari bunga segar untuk hantaran adik kesayangan kan... Punya lah payah mencari seksyen 25 Shah Alam tu... Ceruk alam rupanya... Dah la orang-orang yang bagi info pasal tempat bunga tu semua tak boleh pakai... Google pun tak jumpa sebab orang lain yang pernah beli kat situ dan masuk kat dalam blog just state Seksyen 25... Alahai sayang sayang ku... Tu tak membantu langsung tau tuk especially orang yang tak mahir ceruk-ceruk Shah Alam tu... huk huk huk :-p

Maka beauty pun berpusing-pusing lah masuk lorong sana, masuk lorong sini dengan line 3G yang agak hampeh hari tu tak boleh guna GPS.... Menduga betul... Nak menyumpah pun ada nasib sorang-sorang masa tu so keep cool sabar dan teruskan perjalanan... Nasib baik jugak beauty ni jenis tak panik bila sesat... Sign board kat Shah Alam pulak sangat tidak membantu sebab ada yang sampai tak nampak nombor seksyen nye depa pi duk tampal-tampal iklan... Alahaiiiiii..... Pusing punya pusing sampai masuk kawasan bengkel kete bagai dan terus kan lagi perjalanan melalui jalan berliku ecehhh :-p Bukan jalan berliku tapi jalan yang lopak-lopak kat shah alam sangat banyak... Grrrrr... Dan terjumpalah beauty satu kawasan gerai-gerai yang menjual bunga... Alhamdulilahhhhhhhhhhhhhhhhhh...... Terus park kereta dan bermulalah sesi pencarian bunga yang dikehendaki oleh si budak kecik... :-p Nak bunga Ustopia la, Carnation la, hape la... Nasib ada whatsapp yang boleh terus hantar gambar ke budak kecik tu untuk dia pilih... Hehhhh :-D

Hah amik kau... Sampai rambang mata nak pilih... Bunga Rose memang dah direject nya awal-awal sebab katanya bunga Rose ramai sangat guna... Adeh baik lah....

Bunga ni namanya Kekwa... Pun kene reject jugak sebab kata mak cik kitorang bunga kekwa tak berapa bagus untuk buat hiasan... Tak tau sebab apa sebab tak dinyatakan.. So kami pasrah je la.. Kalau tak balun je... Hik hik hik

 Ni Carnation... Menjadi pilihan si budak kecik... Tapi bukan color ni la color lain... Pilih bunga ni sebab Ustopia tak dapat jumpa yang besar-besar even Carnation ni pun kami order yang import tak dapat jugak sebab sekarang kat China musim sejuk @ salji so tak de bunga... So amik yang local je la :-(

So alhamdulillah dapat order bunga... Kata akak tu beauty bernasib baik sebab dapat jugak order color yang kami nak untuk sampai Sabtu ni, kalau diikutkan kami dah lewat sangat last min order... So kepada kawan-kawan lain or bride to be yang nak beli bunga yang perlu di order booking dulu at least seminggu sekurang-kurangnya dari tarikh yang kita nak guna sebab takut tak sampai...Dan kat sini beauty kasi alamat kat u ols supaya next time sesiapa nak beli bunga boleh terus sampai ke sana tanpa sesat macam beauty sebab tak de siapa bagi tau alamat yang betul-betul huhuhu ;-p

TEE JOON FLORIST
No. Lot 23 & 24, Jalan Makmur 25/64,
Taman Sri Muda, Shah Alam
H/P : 019-2712407 / 012-3985773
Tel : 03-51213888 Fax : 03-51248175


Hah lupa nak bagi tau, seksyen 25 tu pun orang panggil Sri Muda... Selama ni beauty dengar je nama Sri Muda tu tapi tak pernah sampai... hak hak hak... Kedai bunga ni memang kat tengah-tengah dikeliling bangunan kedai... Kalau dari Hi Com Proton ikut KESAS traffic light masuk kanan, pastu terus sampai jumpa roundabout ada sign seksyen 25 masuk kiri, pastu 1st simpang masuk kiri lagi lalu kawasan kilang sampai jumpa traffic light masuk kiri lagi dan terus sampai seberang jambatan... Pastu terus lagi sampai jumpa rondabout kecik masuk kiri then 100m pastu ke kanan masuk kawasan bangunan kedai2 tu... Hope dapat membantu u ols ;-) Kat sana bunga boleh tawar-tawar harga dont worry di jamin murah ;-) kalau tak nak pergi Tee Joon ni pun kat situ ada beberapa kedai bunga lagi if tak silap ;-)

Oke sayangs... Tu saja tuk story persiapan pertunangan adik kesayangan beauty... Malam ni dah start lagi busy sampai majlis nya 3 Mac nanti... Doakan semua berjalan lancar dan selamat oke... Assalam ;-)


No comments: