Thursday, January 03, 2013

Warna Warni 2012

Sebelum 2013 pergi lebih jauh... Beauty nak share sikit warna warni kehidupan 2012 beauty... Penuh suka duka onak ranjau... Alhamdulillah kami tempuh semua bersama dan dengan cekal...

Permulaan 2012 adalah permulaan tahun paling struggle buat kami suami isteri... Yang mana sibuk dengan urusan pembelian rumah... Masa tak menentu... Urusan yang sepatutnya ambil masa 2 hingga 4 bulan jadi 1 tahun gara-gara &$$(!%&!^ lawyer tu... Dengan kerja boleh dikatan setiap hujung minggu demi cover balik semua... Duit mengalir macam air.. Ye macam air rasanya sebab kami betul-betul rasa tertipu dengan lawyer yang uruskan pembelian rumah kami... Tak tau silap di mana urusan ulang alik putrajaya dan turun naik bangunan pinjaman perumahan semua beauty buat, hantar dokumen husband beauty yang pergi hantar kat dia sendiri tapi dia senang lenang nak charge kami pengangkutan dia sedangkan dia duduk mengangkang... Siap nak charge phone call yang dibuat sedangkan dia berhubung dengan beauty or husband semua melalui whatsapp!!! free oke!! free!! Call bahagian pinjaman pun beauty call sendiri dan diupdate pada dia... Urusan photocopy tak payah cite la dia boleh letak rm300 untuk itu sahaja sedangkan bahan yang dihantar ke bahagian pinjaman semua beauty buat sendiri... Terkesima bila orang lain kata lawyer diorang boleh buat kerja sehingga habis urusan baru dapat duit tapi lawyer kami belum buat kerja dah mintak separuh pembayaran... Oke itu tak pe lagi sebab zaman sekarang semua kerja nak ada duit dulu... Tapi bila saban hari kerjanya asik salah dan semua beauty update sendiri adakah berbaloi untuk bayaran yang beribu-ribu dihabiskan pada manusia yang kaki tipu?? Nak cakap banyak tak boleh takut makin tergendala... Berkat kesabaran beauty & suami akhirnya urusan pembelian rumah selesai... Kami redha dengan orang yang buat kami macam tu... Dan dengar khabar office lawyer berkenaan yang gah di mont kiara telah pun ditutup kerana gagal mencari duit nak bayar sewa... Hanya tinggal office di Gombak.. Kuasa Allah kan, orang teraniaya doanya sering dimakbulkan... InsyaAllah...

Gara-gara duit yang mengalir seperti air, kami husband & wife berikat perut menahan nafsu kami sendiri... Orang lain shopping sana shopping sini kami hanya memerhati... Alhamdulillah kasih sayang kami yang meneguhkan rasa sakit jiwa tahan semua tu... Duduk rumah menambah kasih sayang eceh ;-) Selesai sahaja semua nama pun telah bertukar ada lebihan rezeki yang di kongsi beauty buat majlis kesyukuran dan tak disangka bersama tu jugak adik kesayangan beauty di pinang orang... Alhamdulillah... Perlahan-lahan kami bangkit semula dan akhirnya setelah kami berhempas pulas mengharungi tahun mengikat segalanya kami tebus dengan percutian kami ke negeri China... Subhanallah... Perasaan kami masa kat sana tak dapat dibayangkan... Segala kusut masai stress yang telah berlaku kami lepaskan semua di sana... Dan pulak bila rezeki kami dapat main salji walau sehari buat kami merindui saat-saat di sana... Ya Allah, sesungguhnya sabar itu pasti indah yang menanti... :-) Dan kerana kesempitan, kepayahan mengharungi semua itu telah mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri serta keluarga... Ya memang di saat kita susah hanya keluarga yang berada disekeliling... Kawan-kawan biasanya hanya berada di ketika senang... Lumrah alam ;-)

Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinmu dapat kami memiliki tempat berlindung ini

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu seorang suami buat peneman diri sehingga kini

 Terima kasih Ya Allah kerana adakan penghibur buat kami si 2 ekor yang nakal dan manja ni

 Terima kasih Ya Allah kerana dalam kesusahan kami Kau kurniakan kegembiraan diakhirnya

 Terima kasih Ya Allah kerana hadiahkan aku sebuah keluarga yang amat menyayangi diri ini

 Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku Ibu dan Bapa mertua yang amat mengasihi diri ini

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami sahabat-sahabat ini

2012 tahun yang amat bermakna buat kami.. Mengajar kami segalanya... Syukur Alhamdulillah masih diberikan nafas sehingga 2013 ini dengan harapan dan impian yang baru... Bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang... Cuma mungkin yang satu lagi jika dapat akan menambah kelengkapan dunia kami... InsyaAllah... Doakan kami kawan-kawan... 2013 ni beauty tak mintak dia jadi yang best tuk beauty tapi beauty akan jadikan 2013 yang paling ohsem buat beauty... InsyaAllah... Oke sayangssss.. Terima kasih sangat-sangat sebab masih sudi meluang masa menbaca celoteh beauty di sini... Yang kene tempias kemarahan pun terasa... Maafkan beauty... Lebiu u ols... Muahhhhh... Tataaaa ;-)

2 comments:

cha said...

Happy new year u. Semoga 2013 lebih membawa kebahagiaan. Amin :)

misz beauty said...

Cha - happy new year kat u jugak dear... InsyaAllah amin.. Semoga 2013 ni ada berita lebih gembira buat kita berdua ;-)