Monday, January 07, 2013

Ribut SONAMU


Subhanallah. Dulu Tsunami, sekarang Ribut Sonamu pulak. Walau beauty tinggal jauh dari pantai tetap merisaukan beauty sebab kawan-kawan, saudara mara ramai ada merata-rata. Utara, timur, barat, selatan. Beauty sayang semua. So bila keluar amaran-amaran macam ni cukup buat beauty susah hati. Beauty doakan semoga semua selamat dari bencana dan kalau boleh dijauhkan dari bencana. Mari kita sama-sama mendoakan agar bencana ini tidak menghampiri saudara mara dan rakan-rakan kita di Pantai Timur. Kalau boleh semua yang berada di kawasan pantai dan kawasan yang dijangka akan sampai bencana tu segeralah pindah buat sementara waktu. Selamatkan semua ahli keluarga dahulu dan apa yang patut didahulukan. Doa kami sentiasa bersama semua. InsyaAllah.

2 comments:

cha said...

tulah nasib kawan i yg surf kat Cherating dh balik. dorg pun terkejut. mintak2 semuanya selamat la. amin

misz beauty said...

Ye u, sama-sama kita doakan semoga semua selamat... amin