Tuesday, January 08, 2013

Cinta Atas Kerana?

Mari kita berbicara tentang cinta di petang yang indah ni. Eceh... Tiba-tiba pulak nak bukak topik pasal ni... Maklumlah semua orang tak de meninggalkan office dengan suasana yang tak berapa buzy dan student pun tak de... Mueheheheee ;-)

Ada beberapa kategori cinta yang beauty boleh kategorikan kat sini... 

1. Kerana Hati Budi (baik akhlaknya dan agamanya itu adalah termasuk di sini)
2. Kerana Paras Rupa
3. Kerana Pangkat & Harta

Kalau kita nak mencari pasangan especially untuk dirikan rumah tangga beauty rasa haruslah perkara pertama yakni Kerana Hati Budi perlu menjadi ukuran yang paling penting... Paras rupa, pangkat & harta jatuh tempat yang terakhir... Sebab apa beauty cakap macam tu??

Cinta kerana Hati Budi

Kalau kita kasih dan sayang kepada orang yang baik hati budinya, baik akhlaknya serta elok agamanya... Mereka ini akan berusaha apa sahaja untuk kita... Susah senang bersama dan kalau boleh takkan menyakiti hati kita... Dan bila orang yang penuh dengan budi pekerti itu yang kita pegang, maka rupa paras dah tak jadi keutamaan... Yang buruk jadi elok, yang tak cantik jadi cantik... Tu lah dinamakan menerima seadanya... Beauty rasa cukup sekadar sedap mata memandang antara pasangan masing-masing dari memikirkan pandangan mata orang lain.. :-) Dan bila punya seorang yang elok agamanya tentulah akan sama-sama saling mengingati dan bawa ke arah kebaikan... Pangkat dan harta pulak boleh dicari bersama... InsyaAllah rezeki tu ada kat mana-mana.. Kalau kita kuat berusaha maka datang lah rezeki itu kepada kita dan yang penting dengan cara yang halal.. Ye lah nak bagi anak bini makan takkan nak bagi benda tak elok kan ;-)

Cinta kerana Paras Rupa

Yang ni adalah yang paling tak kekal lama... Ada ke manusia yang sampai masa tak berkedut?? Ada ke orang yang pipinya sentiasa gebu?? Kalau ada Subhanallah, Allah Maha Besar... Sesungguhnya dalam berjuta berapa orang agaknya kita akan jumpa orang yang macam tu.. Kalau buat secara tak asli tu plastik... Ye lah u ols, ingat pakai botox tu cantik ke?? Bengkak sana sini... Yang dicipta Allah semulajadi tu lebih indah walau warnanya hitam didunia ni...Makanya Aaron Aziz yang kacak lagi hensem tu pun akan tua berkedut, rambut akan jadi putih... Masa tu nanti tak tau lah i ols atau u ols nak jerit lagi kalau nampak muka dia kat tiwi... Bahahahahahaha :-p Dan for sure hati pun tak tenang, maklumlah pasangan elok lawa hensem makanya banyak mata memandang... Oh kalau beauty sendiri cemburu melambung-lambung adalah... Takkan ada rasa bangga pun if jadi gitu... Hahahahaha

Cinta kerana Pangkat & Harta

Beauty tak tau sebenarnya perasaan kasih semata-mata sebab harta orang ni.. Pernah je kawan dengan orang kaya-kaya ni tapi memang hati tak pernah tenang... Sebab diorang ni banyak duit, macam-macam diorang boleh buat... Depan kata sayang, belakang melayang-layang... Ye bukan semua orang kaya tu macam tu... Kalau dapat orang kaya yang merendah diri lagi baik hatinya maka itu adalah bonus bagi kita... Tapi tak perlulah mengejar pangkat dan harta semata-mata... Sebab beauty dah tengok depan mata sendiri orang yang terlalu mencari suami kerana pangkatnya yang besar dan kerana duitnya akhirnya diri dia dihina dan ditinggalkan macam tu je... Kita nak ke orang hina kita dan memandang kita macam pengemis?? Berkahwin kerana ingin bermegah "Oh suami saya profesor, suami saya kapten, suami saya engineer"... Dan bangga naik kereta Camry, BMW, Merc... Tu kan semua dunia semata... Belum tentu harta yang melimpah ruah mampu membahagiakan kita... Merendah diri adalah lebih elok.. Ada yang beauty kenal pakai kete mahal-mahal tapi dia kalau boleh nak pergi mana-mana naik train je sebab segan.. Tak de tunjuk pun kemewahan yang dia ada :-)

Macam yang beauty katakan, tu semua pandangan mata beauty... lain orang lain pandangan... yang dapat pasangan hidup lengkap berpakej 1,2 & 3 Alhamdulillah rezeki masing-masing sebab zaman sekarang susah nak dapat berpakej-pakej ni... Kalau dapat 1 & 2 mungkin 3 tak de... Kalau dapat 3 mungkin 1 & 2 tak de... Semua rahsia Allah.. Kita hanya mampu berusaha mencari dan menjadi yang terbaik.. Jangan la pulak harapkan yang terbaik tapi diri sendiri tunggang langgang...

Apapun Cinta pada Allah swt adalah yang paling hakiki... Dia akan setia bersama kita walau kadang-kala kita tak setia pada Dia... Dia akan tetap sayang pada kita walau kadang-kala kita lupa pada Dia... Dia takkan sekali-kali menghina kita dan takkan sekali meninggalkan kita walau kita selalu tinggalkan Dia...

Kawan-kawan yang mencari pasangan... Tengok lah diri kita terlebih dahulu sebelum kita menetapkan siapa yang kita nakkan jadi pasangan kita... Tak perlu mengejar rupa & harta semata-mata... kalau akhirnya jiwa dan diri merana.. Istikharah InsyaAllah Allah tahu yang terbaik buat kita ;-)

bercinta dengan orang yang mampu menenangkan hati kita adalah yang terbaik
bercinta dengan orang yang sentiasa buat kita bahagia adalah yang terindah
bercinta dengan orang yang membawa kita ke syurga adalah yang teristimewa
;-) 

12 comments:

lynn kamarul said...

cinta kerana hati. cintailah pasangan kt apa adanya =)

misz beauty said...

Yeah its true kak aj ;-)

Nadia Zakaria said...

cantik dahh belog sis...

cinta perlu terima seadanya kann..
carlah org yg boleh kongsi airmata dan tawa bersama..

misz beauty said...

Tahun baru blog pun wajah baru. Ye sayang, terima seadanya. Yg boleh kongsi semua bersama ;-)

amirul hakim said...

Cintan cintun.. Yg pntg kerjasama.. Heee

misz beauty said...

Ye dik oii... Ape yg penting??? Kerjaaaaaasamaaaa... Hahahahaha

Anonymous said...

Gгeat post.

My wеb sіte columbiahouse.com promotional codes
Feel free to visit my site : samsung galaxy note 2

ELeEa said...

suka ayat yg akhir tu...
cinta insan yg mampu bimbing ke syurga
wah gitu
hehehehe
=)

misz beauty said...

Eleea - yes dear.. Yg bawa kita ke syurga.. Ewah ;-)

Jehan Najib said...

ooooooooooouuhhh... so sweet! suke sgt gamba polok2 itu!

Jehan Najib said...

ooooooooooouuhhh... so sweet! suke sgt gamba polok2 itu!

misz beauty said...

Sis Jehan - polok polok sejuk sejuk dap dap! hihihiii ;-)