Wednesday, November 14, 2012

Holiday In Beijing : Day 4

Yes dah masuk hari ke 4... Hari ke 4 nih still laju sejuk beku even salji dah banyak cair... Kalau ada pun saki baki yang depa sapu letak tepi jalan dan atas-atas pokok... :-)

So hari ke 4 ni jugak adalah dikatakan hari kemuncak sebab pergi melawat Forbidden City... Tu kan antara mercu tanda di Beijing selain Great Wall Of China ;-) So kat sana melawat Tian An Men Square... Di mana kawasan luar square sana tempat diorang melakukan segala aktiviti hari kebesaran dan sebagainya... Dalam Tian An Men Square adalah istana-istana Maharaja Destinasi Ming... Yessss beauty adalah orang yang sangat teruja sebab beauty pernah berangan masa tengok cerita sejarah Destinasi Ming... Berangans nak jadi puteri duk dalam tu u ols... Gediks kan?? Hahahhahaaa... Tapi malangnya kami hanya melalui sahaja semua istana di dalam tu... Dari tempat meeting, beradu, makan sampai lah library... Memang tak boleh masuk dalam istana tu.. lagipun semua istana tu memang tak de perabot... Semua istana berada di atas tembok... Sambil jalan tour guide duk bercerita la kat mana dayang2 duduk kat mana tentera duduk dan sebagainya... Macam mana maharaja di panggil untuk cemar duli tengok rakyat... Yesss i love history ;-) 

Driver hantar kat tepi jalan dan kami berjalan merentasi kesejukan even nampak matahari ;-)

  Hubby the Sniper!! ;-)

Dah sampai dataran... Kalau nampak ada 1 jambangan bunga besar kat 1st pict tu... Rupanya diorang baru lepas meraikan hari kemerdekaan... Beauty tak ingat berapa hb tapi hubby ingat... Beauty tau Malaysia punya jek.. hihihi ;-)

Di pintu masuk Tian An Men Square... Lil sis beria nak amik pict ngan pintu tu... Katanya kalau pegang bulat-bulat tu sambil buat hajat akan dimakbulkan... Tapi rupanya salah pintu daaaaaa... Kami masuk pintu kecik... Yang dikata macam tu pintu tengah yakni pintu besar... Hahahahhaaa.... Sengal! :-p

Kalau da nama photog kan... Tapi tu la, sekeping gambor pun ai belum dapat dari camera dia.. puiii :-p

Kat sini hostel para tentera china... Masa ni depa duk jemur kasut... Tentera yang tinggal kat sini yang istimewa dan terpilih sebab kerja diorang memang sentiasa kene ada kat square tu... Kene terpacak sesubuh sepie naikkan bendera dan duk tercongok dalam glas khas tepi bendera china... huiii pitam!!! :-)

yang di dah sampai istana utama... yang mula-mula tempat bersidang, ni tempat main cak cak beradu dan sebagainya... hahahhahaa... belakang-belakang semua patern istana sama je.. :-)

Oleh kerana semua sama tour guide terus bawak kami ke istana isteri-isteri maharaja... Maharaja Ming punya 6 isteri... semua isteri punya istana masing-masing... :-)

kat sini je boleh amik gambar sampai atas dekat pintu... tapi tetap tak boleh masuk dalam..;-) Kami teruja berfikir macam mana la orang dulu-dulu bina istana ni dengan ukiran naga keliling semua hanya menggunakan ukiran tangan... Dah lah tak de teknologi dulu-dulu... Ohhh kagum!! Patut la orang kata menuntut ilmu biar sampai negeri china... :-)

Pastu dah habis berposing lalu park kat belakang square tu... Tiba-tiba jumpa tempat ada serpihan salji... gambor lagi! hihihii ;-)

Masa ni tunggu driver pikap mau Sik Fan... ;-)

Sampai tempat makan... Ramai betul orang Malaysia makan kat sini... Tapi majoriti datang berkumpulan sampai belas-belas orang... Kami je datang private.. So diorang pandang pelik sikit... Keh keh keh

Pas dah habis makan kami dibawa ke Silk Center... Ye kat sana kami diberi pengetahuan macam mana diorang asingkan ulat dari benang suteranya... Kagum oke... Sekecil-kecil kepompong ulat sutera tu dapat menghasilkan benangkan yang lebar dan panjang lagi kuat... huiiiii :-) 

Kepompong pun ada single ada couple... Single maknanya dalam kepompong ada sekor ulat dan yang couple ada 2 ekor ulat... Yang 2 ekor ulat biasanya lagi banyak benangnya... :-)

Ni geli sikit.. Beauty geli ngan ulat-ulat ni.. hihihii... Kepompong direndam dengan air bagi lembut supaya mudah di asingkan ulatnya... Jangan sesekali di potong kepompong ye kawan-kawan nanti benangnya terputus ;-) Tengok tu sebijik kepompong menghasilkan sebesar yang pempuan tu pegang... Allah Maha Mencipta ;-)

Cantik-cantik semua conforter dan sutera.... Tapi kami tak beli pun... Sebab dulu daddy dah datang sini belikan untuk semua... hihihi ;-)

Dan destinasi terakhir hari tu kami di bawa ke tempat batu Rubi, Delima sebagainya... Tak boleh amik gambar dalam tu tak dibenarkan.. Kami di ajar macam mana nak bezakan rubi dan delima yang asli dan tiruan... Jyeahhhh pasni tak de sape boleh tipu we ols... ahhahahhaaa ;-) Dan Bird Nest kami tak pergi dekat-dekat pun just amik pict dari jauh sebabnya nak kene jalan dari situ jauh gila so memang tak pe je lah... Lenkali datang bole pi.. Hahahahaa

Tengok tu suami gagah dukung isteri... Hahahhahahaa :-p

After penat melepet berjalan seharian kami dihantar pulang ke hotel untuk dinner... malam tu masing-masing main game tido lewat... hik hik hik ;-) Oke guyz... Sikit je lagi nak habis... Tinggal hari 5 & 6.... Harap sudi tunggu dan baca eh... Daaaaaaa ;-)

No comments: