Wednesday, October 31, 2012

Hal Rumahtangga #1

Beauty selalu baca tweet & tips dari UAI, DMFK dan lain-lain yang orang ada retweet hal-hal rumahtangga... Mudahnya menggugurkan dosa-dosa kecil dan menambah pahala.. Tak kurang juga senang dapat dosa... Jadi jom beauty share sikit ngan kengkawan ye untuk iktibar dan pengajaran bersama... Yang ni beauty amik dari tweet Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus... Moga rumahtangga kita semua lebih indah bahagia dan dirahmati... Amiin ;-)

* Suami isteri tidur berpegangan tangan, dosa-dosa kecil gugur di celahan jari. #dmfk *
(bahagiakan kalau tidur pegang tangan... kalau hug apatah lagi kan kan..;-p)

*Cinta sejati tidak pernah rasa kesunyian walaupun pasangan tiada di sisi. #dmfk*
(sunyi sebab tak de orang nak gusti je... tapi hati tetap tak sunyi dengan kasih sayang yg diberi.. hihi)

*Takkan rugi orang bermesyuarat. Takkan menyesal orang yang beristikharah. #dmfk*
(kalau nak beli apa dan nak buat apa pun dalam rumah memang kene mesyuarat dulu.. kalau ikut hati masing-masing alamat bengkok la...hahaha)

*Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah. #dmfk*
(ye saya perlu berubah jugak... banyak lagi yang kami perlu ubah... insyaAllah)

*Pujian adalah belaian emosi dlm rumahtangga. Latih diri memuji isteri. Ramai suami yg pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. #dmfk*
(suami saya best bab ni!!! hihihiii ;-p)

*Wanita yang cantik akan membuka MATA lelaki. Wanita yang baik akan membuka HATI lelaki. #dmfk*
(untuk para isteri dan bakal isteri... cantik jangan diluar sahaja...:-) )

*Asiah isteri Firaun pun masuk syurga sbb taat kat suami. Cuma tak perlu taat jika dia suruh perkara yg haram atau berdosa. #dmfk*
(insyaAllah... akan lebih berusaha...)


*Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.  *
(subhanallah... mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan ini..)


*Belajarlah menghargai sesuatu pemberian kerana itulah yang mengajar diri erti bersyukur. *
(kene selalu bersyukur dengan apa yang ada.. dan sedar siapa diri kita..)


*Orang perempuan tak pandai masak tak apa, yang penting rajin masak. Air tangan isteri pengikat kasih suami.  *
(adesss.. segedebuk kene kat kepala beauty!! sorry hubby kalo masak tak sedap!! ;-p)


*Syurga seorang isteri adalah dibawah telapak kaki seorang suami. Syurga seorang suami adalah dibawah telapak kaki seorang ibu.  *
(ye akan disemat dalam kalbu...)


*Dulu masa bercinta penuh dengan kesedihan tapi Allah akan gantikan dengan kegembiraan selepas perkahwinan.  *
(Alhamdulillah...:-) )


*Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.  *
(subhanallah.. alhamdulillah...)


*Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap lelaki lain selain suaminya. *
(ya Allah... kalau gediks verangans tengok movie tak pe ke?? tak menaruh perasaan pun... cinta hanya pada suami sampai mati!!)


*Nanti dah berumahtangga, suami kena banyak bersabar dengan perangai isteri  *
(wink wink ;-p)


Ketahuilah wahai lelaki, apabila kamu berkahwin bermakna kamu akan bersama dengan makhluk yang tersangat hebat dan keras kepala.  *
(ahhahahaaaa... sape yg keras kepala sebanarnya nih?? :-p)


*Orang lelaki kalau dia nampak kebaikan isteri dia akan lupakan keburukan isteri.  *
(isteri pun cam tu jugak... :-) )


*Isteri adalah penghibur nombor satu untuk suami. *
(ecehhhh... mari menari gelek depan suami... hahahaa)


Banyak lagi sebenarnya... Boleh follow tweet DMFK & UAI nanti okay... banyak boleh jadikan panduan.. :-)

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup bahagia dah cukup perfect... Sebenarnya banyak yang kita kene belajar dalam hal rumahtangga... Kawen berpuluh tahun pun belum tentu kita faham pasangan kita... Jadi dengan cara menambah ilmu rumahtangga insyaAllah dapat berikan jalan penyelesaian tuk masalah yang dihadapi... Tipu kalau beauty kata beauty tak pernah gaduh tak pernah bertumbuk (whopssss ganasnye... hahaha) dengan suami beauty... Mana-mana rumahtangga pasti ada badai... Ialah kan sedangkan lidah lagi tergigit... Inikan pulak suami isteri.. Cewahhhh...;-) Cuma macam mana kita nak tangani badai tu yang perlu diambil tahu... Orang tua kami lah tempat kami mendapatkan nasihat selain banyak dengar ceramah... Skang kan kat youtube, kat tiwi semua banyak :-) Beauty dan suami alhamdulillah macam mana bertekak bergaduh pun takkan pernah lama.. Paling lama ada lah 4-5 jam kalo waktu malam sebab pas nangis tertidur kan... tapi bila terjaga masing-masing cari gak masing-masing terus hug.. tak pun suami beauty selalu datang usap kepala beauty (masa tu sedar tapi buat-buat pejam... alamak kantoi!! hahahah) hihihiii... Kalau siang paling lama 2-3 jam lepas tu masing-masing dah resah gelisah sebab dua-dua senyap je kan.. Kami kat rumah tak boleh senyap selalu berkejaran bergusti... Kalau dah sampai ada antara kami start bercakap mengadu ngan anak-anak bulus memang dua-dua ketawa balik la lepas tu... Hak hak hak ;-) Sebab bagi beauty setiap kali bertelingkah tu mesti ada sebab yang kene kami baiki so pas baik balik terus bermusyawarah apa penyebab kami bertelingkah... Then lepas tu minta maaf la kan... Ada antara kami yang akan memujuk... Kadang kalau beauty tak salah beauty pujuk gak... Suami beauty pulak selalu ngade majuk... Hak hak hak... :-p Semoga apa yang kami ada sekarang ni akan berkekalan sampai bila-bila... InsyaAllah kami pun akan berusaha... Dijauhkan lah hendaknya perkara yang tak diingini aminnn.... Oke kawan-kawan.. Stop bebels yek.. Sharing is caring.. Beauty punya mood kerja dah tak de today.. Dah ingat nak cuti je.. hahahaha :-p Take care you ols.. Semoga kamu semua berbahagia dengan pasangan masing-masing... Amii...

*p/s : beauty pernah dengar dalam satu ceramah : 

Kalau kamu bercerai, kamu perlu minta maaf pada semua tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kamu kerana mereka telah mendoakan kebahagiaan kamu... (kalau 5000 tetamu yang hadir??? Betapa Allah sayangkan kita dan tak nak kita berpecah belah... Iya, jodoh itu rahsia Allah dan kita tak tau apa yang ada di hadapan kita... Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan seterusnya berserah pada Allah.. InsyaAllah)

6 comments:

ELeEa said...

love diz post dear =)
sihatkah kamu?

misz beauty said...

Eleea : tq dear.. alhamdulillah sihat sepenuhnya... awak sihat?? ;-)

★cik nessa ★ said...

waaa.. sgt sweet. boley copy tak? hehe

Dzil Khadeeja said...

alam rumahtangga sememangnya sgt indahhhhh...syukur Alhamdulillah =)

cha said...

:)

misz beauty said...

Cik neesa - boleh sure... ;-)

Sis Dzil Khadeeja - Alhamdulillah... Syukur kan :-)

Cha - :-)