Thursday, August 09, 2012

Majlis Berbuka - SRF Motorsports + Seminggu Berbuka Di Luar

Assalamualaikum sayangs sayangs... Oke dah tengah hari dah free sikit boleh update blog... Hik hik hik ;-) Untuk straight seminggu lepas beauty & hubby berbuka puasa kat luar... Hamik kau... Ke kampung baru la, ke bukit bintang la, ke damansara la.... Merata kami pi sampai lah penghujung minggu lepas penutupnya kami berbuka puasa di Ampang bersama bala tentera SRF Motorsports... Nasib lah diorang willing nak buat minggu lepas kan memandangkan hujung minggu ni kami pack dengan jemputan lain pulak... Majlis berbuka disambut dengan meriah oleh semua ahli... Dan yang penting majoriti orang lama-lama SRF dapat berkumpul.. Yang bawak laki bini, yang bawak anak... Alhamdulillah... Bahagia je rasanya kumpul kawan-kawan macam tu... Kami buat majlis tu dekat Q Thai BBQ Steamboat... memang marveles la kan... ada steamboat ada bbq... berasap-asap percik percik duk mem bbq ayam la udang la sotong la yang paling meletup-letupnya... Hahahhaa :-p Diorang berulang alik amik makanan tak yah cite la selagi perut tak ketat makan sampai lebam... Berbaloi ngan apa yang di bayar... Hahahhaaa.. Beauty?? Habiskan apa yang dah diambil je, tu pun termengah-mengah.. Tak kuasa nak tambah-tambah lagik... Hik hik hik...=D Jom layan sikit pict kat sana using my tabby.. Maklumlah photog ada 2 orang tapi sekor pun tak bawak camera sebab orang tu ingat yang ni bawak orang ni ingat yang tu bawak.. Cehhhh !!!! :-p

Boleh kita start pict dari hari sabtu tak? Sebab jumaat beauty tak amik pict berbuka kat opis... Sibuk melayan hubby :-p

Bawah ni semua pict hari sabtu lepas... Beauty berbuka dekat rumah mummy memandangkan hari sabtu tu hubby ada class photo dekat KL.. So wifey kene pandai bawak diri pulang ke rumah mummy terchenta... Mummy memang excited la kan... So beauty ngan mummy jumpa di serdang dulu sebab mummy nak jumpa lil Adelia katanya... Dah pergi sana kompomlah kene bawak dak tecik tu berjalan kan... If not shebik-shebik la muka dia... hik hik :-p

 Dalam kete.. Elok je dia duduk ngan kakak dia.. Adelia & Misya =)

 Masa ni Adelia merajuk beauty nak amik pict berdua je ngan kak dia.. Sampai berguling-guling nak duk atas riba beauty gak.. hik hik hik :-p

 Kasi dia duduk dalam troli dia boleh pusingkan badan dia duk cani nak tengok depan.. Hahahhaa :-p

Ni juada yang mummy masak... Ikan kerapu 3 rasa, pucuk ubi & pucuk paku masak lemak, kari ayam, daging goreng kunyit... Perghhh manyak sebab ada tetamu nak datang malam tu... Alhamdulillah masakan mummy no 1 in da world... Hik hik =D


Okey now continue dengan majlis berbuka SRF... Tak banyak pict sebab beauty collage jek...:-p

 Husband & Wife in red ;-)

 Kemeriahan suasana ;-)

SRF Motorsports family ;-)

Monday Selangor cuti so beauty bawak mummy window shopping... Shopping time next week baru best terasa nak raya... Hik hik hik ;-)

My cute mummy ;-)

If bab pilih kasut mummy memang sherewetssss... :-p

Ni kaki tecik sape nih?? :-p

Mummy sememeh gayut ngan daddy... Hik hik hik

Dari One U pergi Ikea dari Ikea pergi The Curve... Fenatssss :-p

 Dan kami akhiri berbuka di penyets again kali ke 2 dalam masa seminggu with my mucuk :-p

Serius best beauty jalan berdua je ngan mummy ilek-ilek buat apa yang kami nak buat... Rasa macam anak tunggal oke... Hahahahaa (lil sis namo jeles yekkk ;-p) Dan setelah seminggu lebih makan di luar dan akhirnya beauty start masak balik for berbuka..... Yihaaaaaaaaa :-p


Hamik kau.. Siap expresso whipped cream lagi... Menu kelmarin chicken wing with cheese, ayam berlada butter, asam pedas sardin dan sayur kacang.... Yums yums... ;-)

Semalam kami berdua tapau menapau di bazar ramadhan je sebab dua-dua tak larat nak kemana-mana dan isteri pun tak larat nak masak.... Huk huk huk... Tapi air susu tuk hubby still kene buat jugak...=) So sekianlah cerita direct beauty.. Sori yek panjang lebau.... Jumpa lagi di waktu lain... Daaaa ;-)









No comments: