Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Assalamualaikum sayangs sayangs semua.... Alhamdulillah today dah masuk Ramadhan yang ke 3 buat umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sama waktu dengannya... Hope beauty tak terlambat nak wish you alls selamat berpuasa... =)

Alhamdulillah jugak permulaan puasa kami bermula dengan bahagia sebab hari pertama puasa dapat berbuka dengan bonda serta keluarga beauty di bangi dan semalam puasa ke dua dapat berbuka dengan keluarga mertua di petaling jaya. Semalam di sana semalam di sini. Adil dan saksama kan. Hik hik hik ;-) Malam tarawikh pertama kami suami isteri bertarawikh di Masjid Subang SS15. Dah lama si suami berhajat nak solat tarawikh di sana so ikutkan je. Katanya tahun ni hari biasa kita bertarawikh di surau bawah rumah bila hujung minggu pergi jauh-jauh sikit. InsyaAllah jika ada rezeki =)

Sabtu lepas puasa pertama di rumah bonda, bonda beauty yang masak sepenuhnya... Sebab awal-awal sebelum kami sampai dia dah masak tinggal panaskan je petang tu... Beauty datang buat sotong goreng tepung je. Yang penting seronok tengok bonda bahagia anakanda anakanda pulang berbuka bersama sekeluarga. Beauty seronok balik bangi sebab jauh dari bandar. Bila subuh dapat dengar kicauan burung, bahagia betul rasanya. Pagi tu pulak hujan menambah kesejukan. Hik hik hik ;-)

Semalam bila pulang ke rumah mertua haruslah tak boleh nak manja diri sangat macam kat rumah bonda sendiri kan. Beauty decide untuk masakkan juadah berbuka buat keluarga mertua. Menu semalam simple je nasi ayam. Balik dari rumah bonda terus ke pasar borong dengan si suami beli ayam dan bahan-bahan lain. Singgah rumah kami sekejap bagi anak-anak kucen makan dan seterusnya ke rumah mertua segera sebab nak perap ayam dan sediakan bahan lain. Tak susah pun ibu mertua ku sentiasa di sisi membantu. maklumlah di rumah mertua hanya kami berdua wanita. So semua kami berdua la yang buat. Adik-adik ipar beauty semua lelaki. =D Seronok tengok juadah berbuka habis clear seperiuk semalam. Untuk sahur diminta untuk buat lagi nasi ayam seperiuk. Heheh. Nasib senang. Kalau suruh buat nasi briyani pitam jugak lah agaknye. Nak kene bukak buku resepi :-p

Hari ni kami kembali berbuka puasa berdua suami isteri di temani anak-anak bulus yang ada. Heheh. Beauty harap ramadhan kali ni akan dapat menambah segala amalan buat beauty dan suami. Mudah-mudahan. Kepada sayangs sayangs sekalian, beauty harap kamu semua enjoy puasa kali ni. Lebih enjoy dari menyambut hari raya sebab waktu ni lah segala amal kebaikan yang dibuat pahalanya berkali ganda. InsyaAllah. Oke sayangs, lets do our job. See yall again next entry. Daaaa ;-)


p/s* tak sempat nak snap snap pict semua makanan berbuka plus tak molek buh pict makanan seketul-seketul bulan puasa ni. makruh. hihihiiii. :-p

3 comments:

cha said...

selamat berpuasa u :)

Dzil Khadeeja said...

selamat berpuasa dear...pandai nya masak nasik ayam..hehe... =)

misz beauty said...

Cha - selamat berpuasa buat u jugak dear ;-)

Sis Dzil Khadeeja - Selamat berpuasa sis.. Nasi ayam senang je sis... Kalo nasi briyani pitam! Hehehe ;-)