Tuesday, July 03, 2012

3 Tahun...

Sudah 3 tahun
Kita hidup berdua
Menempuh segalanya suka dan duka
Pahit dan manis ditelan bersama

Sudah 3 tahun
Kita berada di dunia
Menjinjing berat dan ringan bersama-sama
Tiada siapa yang dapat menyangkalnya

Walau telah 3 tahun kita bersama
Tapi seakan kita masih baru berkenalan berdua
Menyulam bahagia setiap masa
Menggamit jiwa rasa di dada

Walau telah 3 tahun kita bersama
Tapi seakan baru semalam ikatan sah itu bermula
Seakan mimpi yang menjadi nyata
Doaku agar ia hingga ke Syurga

3 tahun ini sungguh bermakna
Bagi sang isteri ini sebagai pencinta
Mencintai sang suami sedalam-dalamnya
Mengharapkan kasih setia sepanjang hayatnya

3 tahun ini sungguh bermakna
Bila sang suami selalu menyulam kata-kata
Bahawa dia mencintai sang isteri setiap waktu yang ada
Moga ia berkekalan ia hendaknya
Di dalam hati dan sanubari mu sampai bila-bila

Doaku pada Allah yang Maha Berkuasa
Doaku pada Allah yang Maha Esa
Doaku pada Allah yang Maha Pencinta

Semoga ikatan ini bukan sekadar 3 tahun hendaknya
Semoga ikatan ini bermula dari 3 tahun seterusnya hingga ke Syurga
Semoga  ikatan 3 tahun ini akan berkekalan selama-lamanya
 InsyaAllah... Amin Ya Rabbal Alamin




4 comments:

cha said...

Happy anniversary u. Moga tahun ni bertiga pula. Insyaallah :)

misz beauty said...

tq dear.. insyaAllah... tahun ke 3 utk ber 3... hehehhee.. amin amin ;-)

zaren said...

happy 3rd annvrsry beauty!
smoge bkekalan hgga hujung nyawa,
i pnye 3rd annvsry next month..huu,nie tgh pk2 planning best,kene puase pulak tu...huuuu

misz beauty said...

tq dear... kitorg x boleh nak fikir nak bejalan mana this time punya anni sebab banyak event... but we all da plan tuk holiday after raya.. ;-)

anyway happy anniversary in advance to u zaren & husband ;-)