Thursday, June 07, 2012

Bila Beauty Berceramah...

Beauty jarang nak komen panjang-panjang kat mana2 blog or fb accept ada perkara yang beauty rasa perkara tu patut ditegakkan demi kebenaran. Sebab people this time selalunya komen atau buat spekulasi tanpa usul periksa. Main pangkah melulu jek kan. Biasanya kalau beauty nak berceloteh panjang lebar beauty akan letak di blog beauty sendiri atau letak di status fb jek. Tapi fb beauty biasanya status panjang lebar kisah rumahtangga semasa mengikut pandangan beauty la kan. Maklumlah orang dah berumagtangga so bercakap pun pusing-pusing hal itu jugak. Kalau tak pun hal dunia permotoran tak kisah lah kereta atau motor. Sebab dah memang duduk dalam dunia itu kan. Pusing kiri pusing kanan member semua terlibat dalam dunia permotoran. Rasanya ada yang sedia maklum mengenai kemalangan yang terjadi sewaktu perhimpunan sejuta belia kan. Yang melibatkan drag punya acara. Amboi amboi abis semua orang HEBAT politik bersuara tanpa sebarang bukti. Dan selamber je nak memaki hamun orang macam orang tak de agama. Hellllooooooooooooooooooo orang yang tak berapa nak alim ulama.... Sila jangan selamber dush dush nak berkata-kata tanpa usul periksa.... Jangan ingat dalam dunia ni kamu lah yang paling baik, kamulah yang paling bagus.... Terus terang beauty kata I HATE people yang mencampur adukkan politik dengan dunia sukan.. Politik politik lah, sukan sukan lah... Yang ko pergi bengong kata orang buat maksiat la ape la ape kejadahnya???? beauty rasa sebagai orang Islam kita perlu berhemah menutur kata bila nak nasihatkan orang... Bukan dengan cara memfitnah atau tuduhan melulu tanpa usul periksa... Haihhhh dan lagi beauty pantang betul bila kawan-kawan beauty terlibat sama padehal mereka buat kerja seikhlas hati.... Piangggg lempang kat muka sekor-sekor baru nak tau!!!


So atas ni adalah komen beauty kat orang-orang yang budget handal nih.... ORANG YANG CERDIK MENGGUNAKAN AKAL bila berkata-kata.... faham?? Jangan harap belajar tinggi-tinggi tapi pendek akal!!! Puiiihhhh!!!!!

Untuk pengetahuan semua, pihak penganjur Drag ni telah memulakan sukan drag ni dah lama... Atas usaha sendiri duit sendiri... Malah kejadian yang menimpa ni mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mangsa-mangsa sampai sekarang perkembangan mereka sangat baik dan semua dah berada di wad pesakit luar dan ada yang dah pulang ke rumah ke sisi keluarga... Cuba lah fikir, mana lah sempat orang yang berlumba tu nak bercium-cium buat maksiat.. Diorang tak tidur lena buat kereta untuk menang... Dan fokus pada perlumbaan... Malah drag ni tak de pun gadis gadis litar tayang body pegang payung... Yang ada kat garisan starting dan penamat tu abang abang gagah perkara yang bertahan di track berhujan berpanas untuk acara ni.... Dan untuk makluman jugak, acara drag ni tak de kene mengena langsung ngan konsert konsert yang berlangsung tu.. Tempat jauh dari sana... Kami yang ada kat situ tak de pun terlompat-lompat menari bagai kat track tu... GILA APE??

Sudah-sudahlah menghakim orang tanpa usul periksa... Nak nasihat orang boleh, tapi gunakan tutur kata yang lembut supaya terbuka hati yang mendengar... Kesian kat mereka yang tak tinggal kewajipan akhirat bila di fitnah buat maksiat... If nak tau, track ulu macam tu pun penganjur siap sediakan tempat yang elok untuk orang bersolat.... jangan lah kerana terlalu taksub dengan politik habis semua jadi mangsa tuduhan....

Oke lah, dah penat berceramah... Tak bebayar pun nih... Heheh... So kawan-kawan, gunakan akal bila berbicara kelak kamu akan dihormati... Chill ;-)

5 comments:

Dzil Khadeeja said...

pjg btol komen beauty, silap hb agi panjang dr entri blogger...hikhik.... =)

misz beauty said...

kennn... jangan tak tau... kekekekee ;-)

Jojoe said...

kerana mulut badan binasa..biasala tu beauty.. manusia ni ada yg kadang2 bcakap xguna kepala otak..tp kepala lutut..huhuhu.

misz beauty said...

Kennn... Nape tah ramai org cam gitu...

Jojoe said...

kadang2 bila bcakap xikot akal..xpikir perasaan org lain..that's why la... sebab tu ler ada pepatah.. :terlajak perahu bleh diundur..terlajak kata...oppssss"