Monday, May 21, 2012

Hati Ini...

Hati ini tersentuh...
Tatkala aku dibelai oleh mu
Tatkala aku dikucup oleh mu
Tatkala aku diusap oleh mu
Tatkala aku disayang oleh mu

Hati ini tersentuh...
Disaat aku tidak mampu
Menjadi yang terbaik buatmu
Disaat aku tidak mampu
Menjadi yang solehah buatmu
Disaat aku tidak mampu
Menjadi yang terindah buatmu

Hati ini...
Terlalu mudah untuk tersentuh
Terlalu mudah untuk terluka
Terlalu mudah untuk terguris
Terlalu mudah untuk menangis

Hati ini...
Tidak mampu untuk berkata-kata
Tidak mampu meluahkan bicara
Tidak mampu merencanakan semuanya

Sayangku...
Seandainya kau tahu isi hati ini
Yang memohon keampunan  kepadamu
Setinggi langit yang Allah cipta
Seluas lautan yang Allah cipta

Aku mohon ampun kepadamu...
 Kerana tidak dapat menjadi semulia Siti Khadijah
Isteri Nabi Muhammad s.a.w
Kerana tidak secantik Puteri Balqis
Yang telah ditawan Nabi Sulaiman a.s
Kerana tidak sebaik Siti Fatimah rha
Anaknda Rasulullah s.a.w
 Dan kerana tidak taat sebagaimana
Wanita pertama yang masuk ke syurga sebelum Siti Fatimah
 
 
 

 

5 comments:

ELeEa said...

dear...siyes best =)

misz beauty said...

truly deeply from bottom of my heart :')

mysyara said...

seyesly!
taching!
sgt menyayangi incik suami yek?thumbs up! ;)
nk invite,jmput hadir walimah sy 7/7/12-sabtu
leh share2 care2 nk loving2 suami ala2 ur style hehe

misz beauty said...

InsyaAllah dear.. Tak de aral melintang kami akan sampai.. :-)

mysara said...

we r waiting 4 u dear ;)